Sunday, July 22, 2012

Jujur Kepadamu Bunga Cintaku

Tidakkah kita sama-sama telah terluka dan kesakitan;
tidakkah kita yang sama-sama tahu malu telahpun terlampau malu;
dan tidakkah kita juga telah merindukan, dan menanti-nanti, serta mengharapkan?
Apapun, tidakkah abang pernah memberi salam, juga bertanya khabar, secara bertulis;
pendek kata, tidakkah abang telah memberikan beberapa mesej ataupun tanda yang jelas,
di samping jelas adalah dari siapa datangnya, iaitu dari abang untukmu;
namun, kalau balasan yang abang terima adalah diam ataupun suatu kesamaran,
bukan kemesraan ataupun sesuatu yang pastinya mengandungi nada ataupun tanda cinta,
maka apakah kesimpulan yang tepat ataupun paling masuk akal?
Sesungguhnya, haramkah menurut hukum Allah, Dia, satu-satunya yang patut dipertuan-rajakan,
atau masihkah tetap salah, tidak wajar, kalau engkau memberi salam atau juga kemesraan
kepadaku, sama ada melalui SMS, ataupun secara bertulis, ataupun melalui seseorang,
walaupun setelah mengambil-kira hakikat
bahawa abang telah mendapat panggilan yang melukakan
dari seorang lelaki yang mengaku dirinya tunangmu?
Hmm; tidak ada penjelasan apa-apa darimu mengenai panggilan itu; dan abang bertindak
untuk meninggalkan serta melupakan saja, tidak mahu memastikan duduk-perkara;
namun, kemudian muncul pula entah berapa tanda yang mungkin, mungkin, mungkin adalah darimu;
pendek kata, tidaklah engkau pernah memberi salam, ataupun memberikan abang sesuatu yang jelas
untuk membuktikan bahawa engkau pastinya cintakan, ataupun sukakan, ataupun mahukan abang:
apapun, ketahuilah, wahai bunga cintaku, bahawa nombor yang abang telah gunakan dulu
untuk menghantar mesej kepadamu pastinya sudah abang padam-hilangkan,
dan hingga sekarang, tidaklah abang sesungguh-pastinya tahu nombor telefon yang engkau gunakan;
lagipun, abang malu atau juga takut untuk membuat panggilan ataupun untuk menghantar mesej;
pastinya, abang tidak mahu peristiwa pahit yang sama ataupun serupa terjadi lagi.
Percayalah, bukanlah niat abang untuk menyakitkan, usahkan melukakan,
tetapi abang bukanlah lelaki yang mudah syok sendiri; tidaklah abang mudah perasan dicintai;
dan lelaki, pastinya abang, adalah orang logik, bukan ataupun berbanding orang naluri:
hmm, mungkin, mungkin abang terlampau berhati-hati, lalu abang akhirnya terjerat,
atau bahkan terkurung, dalam keraguan yang sebenarnya membebankan diri abang sendiri.
Percayalah juga, abang bukannya menyombong ataupun mengada-ngada, tetapi dalam asmara,
abang adalah singa ataupun kuda, bukan ataupun berbanding ayam;
pastinya, abang bukanlah bohjan, bahkan bergaul-mesra dengan perempuan bukanlah perkara biasa;
dan takkanlah abang mengahwini kekasih abang yang telah sanggup bersetubuh dengan orang lain.
Hmm, adakah setelah menjadi bekas lelaki lain, maka barulah mementingkan cinta serta kejujuran,
tidak lagi main jual mahal, tidak lagi mengikut resam ayam, tidak lagi mabuk kemarwahan?
Wahai bunga cintaku, apakah yang benar mengenaimu sekarang: adakah engkau sedang menanti,
masih menantikan abang, walaupun setelah berkali-kali engkau kesakitan, serta tertekan;
atau adakah engkau sudahpun meninggalkan, dan membiarkan saja abang yang sedang keraguan;
atau adakah abang, bagimu, sebenar-benarnya bukanlah siapa-siapa, sejak dari bertahun dulu lagi?
Hmm; abang harap, walau apapun perasaan atau kemahuanmu yang membabitkan abang,
biarlah abang tahu, pasti, tidak teragak-agak, tidak ragu: katakanlah;
nyatakanlah; janganlah merahsiakan dariku, pencintamu.
Wahai bunga cintaku, janganlah mahukan abang meneka-neka ada-tidaknya cintamu untukku;
keraguan boleh amat membebankan; dan ketidak-jujuran, hampir juga diam, boleh amat melukakan.
Benar, kalaulah abang mampu, pastinya sudah abang padam-hilangkan engkau dari hatiku,
terutamanya ketika abang merasa sakit, amat sakit di hati, serta merasa amat tertekan di jiwa,
di samping kerana keraguan dan ketidak-pastian abang mengenai perasaanmu terhadapku;
namun, cinta abang bagaikan tidak mengerti serta tidak peduli: hmm, apalah nasib?
Ketahuilah, abang tidaklah rela, usahkan mahu mabuk kepayang,
juga tidaklah abang mahu gila bayang, kalaupun ianya sangatlah menyeronokkan;
percayalah, abang tidak selesa kalau hanya abang adalah yang mempunyai perasaan itu;
dan ketahuilah, bagi abang, mengaku menyintai abang bukanlah bermakna
mesti ataupun sanggup menjadi isteri abang, sebagaimana ia bukanlah bermakna
abang mesti ataupun sanggup mengahwinimu: harap faham; dan janganlah merasa tertekan.
Hmm, cinta: macam macam hal membabitkannya; macam-macam hal akibat adanya;
dan macam-macam hal gara-garanya; namun Allah, si pemberi, si penguasa, pun ada rancangan.
Wahai bunga cintaku, kita patutlah berusaha, tidak hanya bersabar, bukan sekadar menanti;
pihak yang berterus-terang serta jujur tidaklah patut dianggap sebagai pihak yang mempermainkan;
dan bersikap jujur serta adil amatlah penting untuk mempunyai hubungan yang lancar serta indah:
hmm, tidakkah itu adalah yang kita sama-sama mahukan sebenar-benarnya?
Apapun, sekiranya abang telah melakukan kesalahan terhadapmu,
walaupun secara tidak sengaja, maka abang memohon kemaafan darimu;
niat, ataupun matlamat, walau seelok manapun, tidaklah menghalalkan cara;
dan pendek kata, Allah adalah pencipta takdir, serta penentu segala:
assalamualaikum, wahai bunga cintaku.

Tuesday, July 17, 2012

Perpisahan Di Awang-Awangan

Kalaulah si dia, sesungguh-sukanya ataupun tidak, ingin berkahwin dengan lelaki lain, sama ada demi marwah ataupun adat, ataupun demi sesuatu yang lain, maka biarlah, dan biarkanlah; yang penting bagiku adalah kepastian: biarlah, aku tidak akan memaksa ataupun mendesak; biarlah, aku juga tidak akan memujuk-rayu; dan si dia seharusnya sudah faham, cukup faham, bahawa aku bukanlah ayam, tetapi singa ataupun kuda, juga bahawa namaku bukanlah Tong Sampah, ataupun Pusat Kitar Semula, ataupun Kembalilah Asalkan Cinta. Hmm, aku letih; dan kalau benarlah bahawa si dia ingin bersuamikan lelaki lain, maka biarkanlah aku menanti, ataupun mencari, walau seramai manapun perempuan lain; dan semoga Allah, Dia, penilai terarif, Dia, hakim terwajar, Dia yang maha berkuasa serta maha kaya, segera menggantikan dengan yang baik ataupun dengan yang lebih baik. Salam.
       Hmm, perempuan apakah yang sanggup bersetubuh dengan lelaki yang tidak dicintainya atau bahkan tidak dihormati: adakah special, sungguh istimewa; tidakkah low-class; atau tidakkah rendah tahap kewajarannya? Bagaimana pula dengan ibubapa yang menyuruh supaya berbuat demikian? Dan manusia apakah yang tidak mementingkan cinta serta kejujuran, berbanding marwah dan adat: adakah prihatin, berbanding mementingkan diri sendiri; adakah suci bahkan mulia; tidakkah sombong ataupun tamak, atau bahkan adalah sesat serta biadab tak sedar diri? Hmm, anak-beranak derhaka. Anak-beranak derhaka, biadab: itulah yang tepat ataupun lebih betul, serta yang lebih penting untuk disedari mengenai masyarakat Melayu, berbanding anak derhaka, biadab. Dan menshirikkan Allah, ataupun selain Allah adalah yang disembah, sebenarnya disembah: itulah yang terpenting untuk disedari mengenai penderhakaan Melayu, ataupun mengenai ketidak-sopanan Melayu terhadap Allah, termasuk atau bahkan terutamanya oleh mereka yang dipanggil imam ataupun ustaz ataupun ulama.
       Hmm, letih. Banyak yang sudah aku fikir-fikirkan, atau juga jelas-nyatakan. Kalaulah, baginya, ajaran ataupun kata-kata yang telah aku sampaikan itu tidaklah berguna, ataupun tidaklah bermakna apa-apa, maka terima atau tanggunglah padahnya. Dan kalaulah si dia tak reti bahasa, apatah lagi kalau si dia terlalu degil gara-gara marwah ataupun adat, juga janganlah aku dipersalahkan. Hmm, tidakkah bodoh kalau mengambil ataupun menerima sebagai isteri seseorang yang sombong ataupun tidak jujur; dan tidakkah haram kalau aku mengambil ataupun menerima sebagai isteri seseorang yang mempertuhankan Allah, tetapi memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah? Hmm, letih: kalau memberi salam ataupun kemesraan adalah terlalu memalukan ataupun terlalu sukar untuk dia lakukan, maka dia tidaklah harus menanti-nanti kedatanganku; dan kalau berterus-terang serta jujur kepadaku adalah terlalu membebankan, maka dia tidaklah patut mengharapkan sayang apatah lagi kepercayaan dariku. Hmm, manusia apakah yang tidak mementingkan keadilan dan kebenaran dan kejujuran, berbanding marwah ataupun syahwat ataupun kebendaan duniawi ataupun adat: tidakkah pelampau; tidakkah pendusta; dan tidakkah si dangkal yang hebat perasan, bukan hebat betul?
       Hmm, letih; aku sudah letih, amat letih, maka biarlah aku berehat; dan aku sudah terluka, amat terluka, maka biarlah aku pulih, sepenuhnya kalau boleh; pastinya, aku tidak mahu marah-marah.

Sunday, July 15, 2012

Kepada Kekasihku

Cinta bukan syahwat; tidak seperti syahwat, cinta boleh membuatkan lelaki, pastinya abang, menjadi malu serta amat gementar; dan jujur adalah nilai murni, di samping boleh memudah-cepatkan urusan, serta menjadi penawar. Gara-gara cinta kita menjadi perindu, ternanti-nanti, tertunggu-tunggu; kerana adanya cinta kita boleh terluka, amat terluka di hati; dan akibat adanya cinta kita bahkan boleh menjadi marah, serta boleh menjadi amat menyakitkan: maka, kalau abang ada buat salah-silap, maka abang minta maaf. Apapun, berterus-terang dan jujur adalah penting, atau bahkan amatlah penting, untuk mendapat hubungan yang lancar dan mesra serta indah; namun ketahuilah, mengaku menyintai abang bukanlah bermakna mesti ataupun sanggup menjadi isteri abang, sebagaimana ia bukanlah bermakna abang mesti ataupun sanggup mengahwinimu; dan pastinya, kita tidaklah sepatutnya kurang akal, ataupun melekeh sesuatu yang wajar, apatah lagi menjadi pelampau ataupun pendusta.
       Adil, juga jujur, adalah sikap ataupun sesuatu yang baik; adil, juga jujur, membawa ataupun membantu kepada kemajuan yang maksima, juga kepada keamanan serta kemakmuran, tidak seperti perhambaan, tidak seperti perkauman, tidak seperti pemaksaan dalam ugama; dan adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang hampir kepada kemuliaan, sebenar kemulian, juga kepada ketaqwaan terhadap Allah, Dia yang sepatutnya diagungkan, Dia yang sepatutnya dipertuankan, Dia yang sepatutnya diperajakan. Janganlah tertipu; janganlah terpesona; dan janganlah sesat: yang baik, betul baik, adalah yang mementingkan keadilan berbanding keamanan, walaupun keras adalah pendekatan ataupun cakapnya; pelampau ataupun pendusta pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif, Dia, hakim terwajar, tidaklah patut dikatakan pejuang ataupun sebenar orang Islam, usahkan yang bertaqwa ataupun mulia; dan sebenar orang Islam, iaitu yang mempertuan-rajakan Allah serta menyerah diri kepada Allah, bukanlah orang marwah dan syahwat dan kebendaan, tetapi adalah orang akal dan kewajaran dan kesucian. Yang selalu megah, tidakkah itu orang marwah? Yang lembut cakapnya, tidakkah itu pendusta? Dan yang pandai mengorat, tidakkah itu orang syahwat, atau bahkan patut dikatakan si dangkal mata ke-ranjang?
       Cinta bukanlah syahwat; cinta adalah perasaan, tetapi syahwat adalah keinginan; dan cinta tidaklah sama saja kebaikan ataupun kekuatannya. Cinta sejati; cinta syahwat; cinta kebendaan: sebaik dan sebanyak mana cinta yang kita dapat adalah urusan Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi, Dia yang tidak bodoh serta tidak sedikitpun zalim. Dan cinta, begitu juga jodoh, bahkan begitu juga pertemuan, adalah di tangan Allah; pendek kata, Allah adalah pencipta takdir dan penentu segala; namun kita haruslah berusaha, di samping berfikir dan bersabar serta bertawakkal. Cinta bukanlah syahwat, namun sikap adalah yang lebih penting untuk diambil-kira. Cinta tidaklah patut diletakkan di atas kewajaran; cinta tidaklah patut diletakkan di atas kejujuran, apatah lagi di atas keadilan; dan cinta tidaklah lebih penting berbanding hidayah Allah, apatah lagi berbanding kasih ataupun keredhoan Allah, walaupun cinta, pendek kata, adalah lebih tinggi martabatnya berbanding syahwat, juga berbanding marwah serta adat. Apapun, kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah, iaitu Dia yang paling berkuasa bahkan akbar tiada tandingan, iaitu Dia yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran kepada sesiapa saja, iaitu Dia yang tidaklah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta; Allah adalah, sewajarnya adalah, tuan kita, raja kita, tuhan kita; dan kepada Allah kita pasti dikembalikan.

Wednesday, July 4, 2012

Cinta Dan Resam Ayam, Dan Kebenaran Dan Kepatutan

Si ayam jantan mengejar-ngejar si ayam betina: adakah itu kerana cinta; dan begitukah sepatutnya kita dalam hal cinta ataupun kasih-sayang, ataupun dalam hal seks? Si ayam jantan mengejar-ngejar si ayam betina, atau bahkan sanggup bergaduh dengan ayam jantan yang lain: adakah itu akibat ataupun gara-gara cinta, terutamanya cinta sejati; tidakkah itu sebenarnya kerana syahwat, atau juga kerana marwah? Hmm, berita mengenai perkahwinan si dia telahpun aku terima: kalau benar, maka salam; oh Allah, salam; dan semoga Allah segera menggantikan dengan yang baik ataupun dengan yang lebih baik. Macam bisu; macam batu; ataupun macam tunggul kayu: begitulah sikap ataupun pendekatan si dia terhadapku; tidak mesra, juga tidak berterus-terang, atau bahkan si dia sudah pun curang. Sesungguhnya, haramkah, yakni berdosakah kalau si perempuan berterus-terang dan jujur, di samping memberi salam dan kemesraan, kepada si lelaki yang dicintai ataupun disukainya? Malangnya atau tidak, aku adalah singa ataupun kuda, pastinya bukan si jantan yang berkokok; malangnya atau tidak, aku bukanlah bohjan ataupun orang syahwat, juga bukanlah aku si muka tembok ataupun tak tahu malu, di samping bukanlah aku si jantan yang mabuk ataupun pening di buaian marwah; dan malangnya atau tidak, aku tidaklah mahu menjadi tong sampah ataupun tempat kitar semula, terutamanya untuk si dia.
        Kalau si dia adalah macam pelacur ataupun macam penari gelek Arab, itu Allah tahu; begitu juga kalau si dia bukanlah perempuan yang cukup sesuai untukku; dan begitu juga kalau si dia bahkan adalah kafir serta mushrik, tidak taat-setia kepada Allah yang konon disembah. Sedarlah, walaupun memakai purdah ataupun serban, ataupun kupiah ataupun songkok, dan walaupun mengucap dua kalimah syahadah serta melakukan solat, seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah tetaplah kafir mushrik, iaitu biadab, amat biadab terhadap Allah, di samping sesat, amat sesat; sedarlah, mushrik adalah najis menurut ayat 28 surah Taubah, maka mushrik adalah hina, tidak suci usahkan mulia; dan walau seramai manapun membantah, tidak rela, tidak lapang dada, Allah tetaplah berkuasa, juga sewajarnya berhak, sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Ilah, bukan rob, adalah tuhan; solat bukanlah sembahyang; dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: siapakah yang engkau sembah, sebenarnya; dan siapakah yang sebenarnya disembah oleh si ustaz atau si imam, atau oleh seseorang yang engkau sanjung atau hormat atau sayang?
        Kalau ada hamba ataupun abdi maka mestilah juga ada tuannya; abdi dan hamba adalah sama ertinya; dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya: maka, engkau adalah hamba ataupun abdi siapa, yakni siapakah tuanmu, atau bahkan rajamu; sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Dan erti menyembah adalah menghambakan diri; dan raja adalah berhak sebagai tuan: maka, kepada siapakah engkau menyembah, yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri; maka, siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Sebenarnya, menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, tetapi menyembah siapapun selain Allah adalah menshirikkan Allah; betul, raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, tetapi tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan sedarlah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah: fahamkanlah, Allah bukanlah sekadar tuhan dan penguasa, juga bukanlah Allah Si Bangang Yang Mabuk Kemarwahan, ataupun Si Bodoh Yang Patut Diajar; fahamkanlah, tidaklah Allah letakkan keadilan dan kebenaran dan kejujuran di bawah telapak kaki siapapun rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa, usahkan di bawah telapak kaki suami; dan fahamkan serta ingatlah, bahawa tidaklah Allah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta; subhanallah, walhamdulillah, wallahu akbar.