Thursday, February 12, 2015

Ulama Temberang Dan Ajaran Sesat Syahadah

Rasulullah masuk Islam bukanlah dengan “syahadah”, maka takkanlah Rasulullah mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan “syahadah”. Apapun, Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka; maka, ikutlah ajaran Allah, kalau ingin masuk Islam, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga. Fahamilah bahawa Allah adalah si tuan, sedangkan Rasulullah adalah si hamba; maka, sanjung dan utamakanlah Allah. Dan pengertian yang salah, terutamanya mengenai sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan hadis dan sunnah dan ulama dan najis, janganlah tidak disedari, usahkan diikutkan. Allah mencipta kita untuk menyembahNya; maka, sedarlah bahawa menyembah Allah adalah penting, sangatlah penting, termasuklah berbanding menutup aurat dan mempertuhankan Allah dan melakukan solat. Dan fahamilah bahawa menyembah selain Allah adalah bercanggahan, tersangatlah bercanggahan dengan menyembah Allah. Kalau menyembah Allah adalah suatu kewajaran, maka menyembah selain Allah adalah suatu kezaliman ataupun sesuatu yang melampau. Dan kalau menyembah Allah adalah sesuatu yang mulia atau baik, maka menyembah selain Allah adalah sesuatu yang hina atau jahat. Jujurlah. Munasabahlah. Sesungguhnya, menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, yakni bersetia kepada Allah, tetapi menyembah selain Allah adalah shirik, yakni shirik terhadap Allah atau menshirikkan Allah. Sesungguhnya, al Quran, bukan Hadis, adalah sumber Islam. Wallahi, Hadis bukanlah pelengkap al Quran, juga bukanlah kata-kata Nabi Muhammad.
    Bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Dan sedarlah bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah. Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; oleh itu, kalau tidak menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah menyembah Allah. Hakikatnya, kalau ada hamba, maka adalah tuan; oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan menghambakan diri bermakna mempertuankan; oleh itu, kalau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah menyembah Allah. Hakikatnya, raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya; oleh itu, memperajakan adalah mempertuankan. Hakikatnya, perkataan “abdi” adalah berasal dari bahasa Arab yang ertinya adalah hamba; dengan lain perkataan, abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh itu, mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Dan hakikatnya, beribadat adalah sama ertinya dengan menyembah. Bayangkanlah. Fikir-fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional. Dan fahamilah sepenuhnya. Sedar dan ingatlah, bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Sesungguhnya, yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah sesat, sangat sesat, bahkan adalah kafir, biadab, serta adalah mushrik, najis, walaupun menutup aurat dan melakukan solat serta menyayangi Rasulullah. Dan Allah tidaklah meletakkan SyurgaNya di bawah telapak kaki rasulNya, maka takkanlah Syurga berada di bawah telapak kaki makhlukNya yang lain. Sedar dan ingatlah, bahawa tidaklah bijak dan berjaya, juga tidaklah untung, serta tidaklah selamat, kalau mati sebagai seorang yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, apatah lagi kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya sombong terhadap Allah. Dan sia-sia, atau bahkan membawa ke Neraka adalah solat dan amal ibadat lain, kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah.
    Menyembah, begitu juga perhambaan, adalah mengenai ketuanan, bukan ketuhanan. Kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Dan yang tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam, begitu juga yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan, amatlah tidak patut dikatakan ulama ataupun alim Islam, bahkan tidaklah sepatutnya dikatakan orang Islam sebenar. Sesungguhnya, Muslim atau orang Islam sebenar adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, bukan yang mempertuankan selain Allah, usahkan yang memperajakan selain Allah. Dan sesungguhnya, Muslim atau orang Islam sebenar adalah yang menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Masuk Islam bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap. Sedarlah, bahawa mengucap kalimah syahadah bukanlah bagaimana untuk masuk Islam, tetapi mengucap kalimah syahadah adalah bagaimana untuk menjadi Muslim palsu ataupun orang Islam konon. Dan sedarlah bahawa masuk Islam bukanlah dengan marwah dan keyakinan, tetapi dengan akal dan pengetahuan. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, serta hakikat bahawa erti Muslim adalah yang aslam, yakni menyerah diri kepada Allah. “Wahai kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau sembah apa yang aku sembah” adalah antara mesej di dalam surah Kafirun. Soalnya, siapakah yang si “aku” sembah, tetapi siapakah yang si “kafir” sembah? Sedarlah, bahawa yang tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, dan bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir. Dan sedarlah juga bahawa yang membezakan orang Islam dari kafir adalah sembahan, bukan solat. Hayatilah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam”. Ingat-ingatlah mati. Dan takutlah kepada Allah yang kepadaNya kita dikembalikan.