Sunday, January 18, 2015

Pendekatan Dalam Cinta Dan Kehidupan

Aku bukan pengorat, maka janganlah minta diorat, atau carilah lelaki lain.Tidak semua manusia adalah seperti ayam atau itik. Ada manusia yang seperti singa atau kuda. Apapun, berdosakah kalau engkau memberi salam dan bertanya khabar, serta mesra kepada seseorang yang engkau sebenarnya suka? Janganlah tak tahu apa yang engkau rasa, usahkan tak pandai menilai. Dan janganlah sempit pemikiran gara-gara keangkuhan ataupun marwah. Berterus-terang dan jujur memudahkan. Berahsia, lebih-lebih lagi berdusta, boleh menggagalkan atau merosakkan hubungan, selain boleh melukakan atau menyakitkan hati. Dan marwah, juga malu, tidaklah patut dipentingkan berbanding kejujuran, apatah lagi berbanding keadilan dan kewajaran. Fahaman yang salah mengenai perigi dan timba, lebih-lebih lagi ajaran sesat syahadah, janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya, usahkan diikutkan. Dan Syurga bukanlah untuk pelampau dan pendusta. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Dan jadilah orang Islam sebenar, bukan orang adat, usahkan orang perhambaan dan shirik.

Saturday, January 10, 2015

Bomoh Temberang Dan Bahaya Ulama Dan Ustaz

Bomoh temberang? Tidakkah ulama dan ustaz yang sebenarnya pro-perhambaan adalah lebih merugikan serta merosakkan? Tidakkah ulama dan ustaz yang bercanggah dengan al Quran, atau dengan keadilan atau hakikat, adalah lebih berbahaya? Ingatlah Allah dan mati. Awas, ulama dan ustaz temberang! Awas, ulama dan ustaz yang sebenarnya bercanggahan dengan ajaran Allah! Awas, ulama dan ustaz yang sepatutnya atau lebih patut dianggap sebagai barua murahan syaitan! Siapakah ulama atau alim betul? Adakah yang mengajar bahawa anjing atau babi atau dadah adalah najis, sedangkan Allah mengajar bahawa mushrik adalah najis? Adakah yang mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah, sedangkan berlandaskan surah Kafirun, yang menyembah selain Allah adalah kafir, dan yang tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, dan sedangkan erti Muslim adalah yang aslam? Taat-setialah kepada Allah. Janganlah terpedaya oleh ulama. Ingatlah, berimamkan ulama tidaklah membawa ke Syurga, berbanding berimamkan al Quran. Dan pengertian yang salah janganlah tidak disedari. Allah adalah satu-satunya pengarang al Quran. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam. Dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka.
    Berpeganglah kepada ajaran Allah, kalau ingin menjadi orang Islam yang sebenar, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga. Berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai sembah dan aslam dan kafir dan najis dan akal dan ulama dan hadis dan sunnah. Dan sedarlah bahawa Allah, pencipta kita, adalah yang berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita. Allah, hanya Allah, adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Jujurlah. Merdeka. Kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Sedarlah bahawa al Quran adalah pro-kemerdekaan, tetapi Hadis adalah pro-perhambaan. Pendek kata, al Quran, kitab wahyu, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, juga sumber kebenaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dan kebodohan. Kaji-selidik atau tadaburlah al Quran. Dan ikutlah wahyu. Janganlah tersalah guru, usahkan tersalah kitab. Dan janganlah takut atau tidak mahu untuk berfikir, usahkan sombong atau mabuk kemarwahan. Masuk Islam bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan dua sikap, iaitu menyembah Allah, hanya Allah, dan aslam, yakni menyerah diri, kepada Allah. Hayatilah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam.” Kawallah marwah. Jujurlah. Dan wajarlah.