Sunday, December 18, 2016

Berani Bergaduh Dan Mubahalah @ Tempang Akal Dan Miskin Kewajaran

Petang Sabtu, tidak kusangka dia tergamak memukul aku dengan topi keledar. Mujur ada seseorang yang campur tangan. Apapun, dua kali kepala aku kena pukul, lalu pandangan mataku yang kanan menjadi agak kabur. Sebelum itu, dia sekali lagi berkata-kata, seolah-olah atau sememangnya mengatakan bahawa aku bodoh atau salah ataupun tidak patut kerana “percayakan” cakap si An yang dikatakan gila itu. Aku membalas dengan berkata bahawa si An mungkir, tetapi dia sudah potong “terip”.
    Pendek kata, dia tidak mahu menerima hakikat bahawa dia patut dipersalahkan kerana telah potong “terip”. Dan entah kenapa, atau entah bagaimana, tetapi dia merasakan dirinya dipermainkan. Kata berbalas kata. Akhirnya, atau tak lama kemudian, dia mengajak bergaduh. Dan setelah memukul aku, dia mencabar atau bagai mencabar aku supaya membuat “report” kepada polis. Hmm, tidakkah dia gila ataupun bangang? Gila atau bangang, serta salah, tetapi tidak sedar. Apapun, dua kali kepala aku kena pukul secara kuat dengan topi keledar. Kepala. Kepala adalah kawasan yang sangat penting. Dan hakikatnya, bergaduh tidaklah membuktikan ketidak-salahan, atau bahawa yang menang dalam pergaduhan bukanlah bermakna pihak yang benar.
    Hmm, tempang kaki tidaklah buruk berbanding cacat sikap ataupun tempang akal. Merosakkan ataupun bahaya adalah mengikut marwah. Dan sangat penting adalah akal serta kejujuran untuk menyedari hakikat, iaitu kebenaran, apatah lagi untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim, dan apatah lagi untuk masuk Syurga. Miskin harta tidaklah seburuk miskin kewajaran. Bohong atau salah adalah bahawa solaat adalah sembahyang. Dan sila faham atau sedar, bohong atau salah adalah bahawa masuk Islam, ataupun menjadi Muslim, adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Hebat atau mulia manapun, siapakah ulama atau raja yang berani atau sanggup untuk mubahalah menentang aku demi mempertahankan ajaran ataupun kepercayaan bahawa solaat adalah sembahyang, atau bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap kalimah Syahadah, atau bahawa yang memperajakan selain Allah bukanlah Kafir? Insaflah. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah. Awas, mubahalah tidaklah sama dengan bergaduh. Mubahalah adalah penting dalam jihad kebenaran. Dan mubahalah berbanding bergaduh adalah seperti pejuang berbanding pelampau, atau seperti hero berbanding samseng, atau seperti waras berbanding gila.
    Berbalik kepada si kaki tempang: Tidakkah mungkin sikap atau perangainya lebih buruk kalau kakinya sempurna atau tidak tempang? Hmm, menyangka ikut suka. Mudah mengikut marwah (maruah) ataupun perasaan. Cepat dalam menyalahkan atau memperlekeh orang lain. Terlalu takut ataupun sukar untuk menerima hakikat yang “tidak disukai”. Cakap tak serupa bikin. Dan tidak lurus. Allah tahu. Allah cukup tahu tahap kejujuran dan kewajarannya. Dan Allah tahu kalau kena pukul adalah suatu balasan dari Allah, Dia yang tidak zalim, Dia, tuanku, rajaku, tuhanku, Dia, pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Semoga Allah mengampuni segala dosaku. Dan semoga Allah membantu, terutama dalam mengelak dari api Neraka. Hmm, tidakkah elok atau lebih berfaedah kalau aku membuat “report” kepada pihak polis? Apapun, sabar dan kasihan patutlah berpada, begitu juga dengan baik-sangka dan hormat. Dan marwah, begitu juga syahwat dan amarah, patutlah dikuasai, ataupun dikawal, ataupun diketepikan. Biar tempang kaki, jangan tempang akal. Biar cacat anggota, jangan cacat perangai ataupun sikap. Dan yang penting adalah pandangan dan penilaian Allah, serta hubungan yang baik dengan Allah, Dia yang termulia, Dia yang paling berkuasa.
    Apabila kita dipersalahkan ataupun dikatakan bodoh, maka patutkah kita bertindak-balas dengan memukul atau mengajak bergaduh? Tidak. Dan tidaklah patut bertumbuk ataupun bergaduh apabila kalah berhujah. Dan hakikat, iaitu kebenaran, patutlah kita terima, walaupun ianya amat berat serta menyakitkan, dan walau siapapun yang mengatakannya. Awas, tangan, juga lidah, janganlah disalah-guna. Jadilah orang akal dan kewajaran. Dan ingat, Allah tidak memberi hidayah, usahkan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta. Hmm, yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Betapa ramai yang melakukan solaat, sedangkan selain Allah adalah yang sebenarnya disembah, iaitu diperajakan ataupun dipertuankan. Dan ingat atau sedarlah, yang menyembah selain Allah bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sesat, bahkan Kafir, bahkan najis.

Nota Tambahan - Khamis, 22 Disember 2016, 11:30 am - 5:24 pm
    Petang kelmarin, iaitu Selasa, 20 December 2016, aku pergi ke hospital. Aku disuruh atau dinasihatkan supaya membuat “report” dan mendapatkan kad atau kertas berwarna kuning. Maka, aku pergi ke balai polis Sabak. Aku tidak pernah membuat “report” ataupun aduan rasmi kepada pihak polis. Pada mulanya, aku tidak tahu bahawa tujuan aku membuat “report” ataupun aduan adalah untuk mendapatkan rawatan. Mengenai si kaki tempang, aku meminta supaya pihak polis menasihatinya, iaitu bukan menangkapnya. Apapun, setelah menjawab beberapa soalan dan beberapa kali diambil gambar, aku diminta untuk menunjukkan lokasi kejadian. Maka, terpaksalah aku ke Batu 39, walaupun dengan menunggang motosikal di dalam hujan renyai. Setelah itu, aku pergi makan sebelum pergi semula ke hospital itu. Risau atau bimbang juga aku mengenai keadaan diri akibat pukulan teruk yang aku alami pada Sabtu itu. Dan pernah aku merasa seperti melayang atau hanyut, lalu sukar untuk berpijak.
    Adakah pendarahan dalaman? Adakah keretakan di kepala? Bagaimana dengan mata kananku? Apapun, kepala aku tidaklah di“scan”. Dan si doktor mengatakan bahawa aku mendapat cedera ringan. Aku pulang bersama 10 biji pil tahan sakit. Dan hingga sekarang, iaitu Khamis, 22 Disember 2016, 5:24 pm, si kaki tempang itu masih tidak meminta maaf, usahkan menyatakan hasrat untuk membayar ganti-rugi. Hmm. Terlalu angkuh? Sombong bodoh? Apapun, kalau engkau tidak dilapangkan dada, atau kalau engkau sukar untuk menerima sesuatu yang wajar, atau benar, ataupun masuk akal, maka janganlah Allah dipersalahkan. Paksa atau disiplinkanlah diri. Perbaiki sikap dan isi hati. Dan janganlah menjadi pembohong, usahkan pelampau
Nota Tambahan - Rabu, 4 Januari 2016, 4:20 am
    Pada hari Khamis, 29 Disember 2016, dia meminta maaf, tetapi sambil seolah-olah atau sebenarnya mengatakan bahawa aku ada membuat salah kepadanya. Hmm, sombongnya masih tebal? Dia masih takut untuk menyalahkan dirinya? Dan dia akan “naik angin” lagi? Allah tahu. Dan menyangka bukanlah mengetahui. Marwah bukan akal. Hakikat tidaklah sentiasa mudah untuk disedari dan diterima. Dan awas, yang mementingkan marwah berbanding keadilan ataupun kebenaran adalah yang mementingkan diri sendiri, juga adalah yang sempit pemikiran, serta adalah yang teruk atau rendah dalam kepatutan dan kejujuran, atau bahkan adalah yang cepat marah dan mudah “hilang akal”. Hmm, elokkah “tidak masuk campur”? Jadilah suara kewajaran atau lidah kebenaran. Jadilah tangan keadilan atau pihak yang menghalang kezaliman. Dan “amar maaruf, nahi mungkar”.