Thursday, January 28, 2016

Cara Menyembah Dan Erti Tuhan, Dan Mengenai Solat Dan Syahadah Munafik


Apakah ajaran Allah mengenai solat dan sembah dan zikrullah? Dan tidakkah zikrullah adalah akbar berbanding solat? Apapun, bagaimanakah cara menyembah Allah? Bagaimana pula cara menyembah selain Allah? Dan hadis manakah yang memberitahu sepenuhnya bagaimana untuk melakukan solat? Kalau nak tahu bagaimana untuk menyembah Allah ataupun sesuatu, maka fahami ataupun ketahuilah apa itu menyembah ataupun sembah. Sila perhalusi atau fikir-fikirkanlah 3 fakta ataupun hakikat, iaitu bahawa menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Sila bayangkan. Sila munasabah. Dan sila jujur sepenuhnya. Tahu atau sedarlah, bahawa menghambakan diri ialah meletakkan diri sebagai hamba, dan bahawa mempertuankan ialah menerima sebagai tuan. Tahu atau sedarlah bahawa memperajakan ialah menerima sebagai raja. Dan sesungguhnya, abdi ialah hamba.
    Kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau engkau adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuanmu. Dan raja adalah tuan, oleh itu, memperajakan adalah mempertuankan. Awas, solat bukanlah sembahyang. Dan janganlah sembah hyang ataupun eyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah. Apakah lagi fakta atau hakikat ataupun kebenaran yang patut disedari, atau bahkan patut diperjuangkan mengenai sembah? Sila fahami serta sampaikanlah, bahawa menyembah, iaitu menghambakan diri, bermakna mempertuankan, dan bahawa mempertuankan adalah menyembah, dan bahawa memperajakan adalah mempertuankan, maka memperajakan adalah menyembah, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir. Maka? Sebenarnya, siapakah yang engkau atau si ustaz sembah? Dan fahamilah ayat pertama di surah Munafiqun, lalu sedarlah mengenai “Syahadah Munafik”. Sebenarnya, bagaimanakah Rasulullah, termasuk Ibrahim, masuk Islam, iaitu menjadi Muslim? Dan apakah sebenar-benarnya erti Muslim, iaitu orang Islam?
    Rasulullah, termasuklah Ibrahim dan Muhammad, tidaklah masuk Islam dengan mengucap kalimah Syahadah, juga tidaklah dengan mengamalkan apa yang diuar-uarkan sebagai Rukun Islam. Setepatnya, erti Muslim adalah yang “aslam” kepada Allah, iaitu menyerah diri kepada Allah, oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan menyerah diri kepada Allah. Dan tadabur atau fahamilah 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah, bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, bukan yang menyembah selain Allah, juga bukanlah yang tidak menyembah Allah, oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah. Sedar dan ingatlah, bahawa menjadi Muslim dan masuk Islam mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah. Sedar dan ingatlah, bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Dan sedar serta ingatlah, bahawa yang menyembah selain Allah, iaitu yang menghambakan diri kepada selain Allah, iaitu yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, adalah Kafir, iaitu Penderhaka, juga adalah Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah, tidak mentauhidkan Allah, tidak setia kepada Allah.
    Janganlah tersilap mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Janganlah tersilap mengenai sembah. Dan perangi atau tolaklah ajaran sesat Syahadah, iaitu ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam ataupun menjadi Muslim adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Fahamilah, bahawa menyembah, iaitu menghambakan diri, adalah sikap, iaitu bukan cakap, juga bukanlah perbuatan tangan ataupun kaki. Menyembah, iaitu menghambakan diri, adalah sikap, tetapi solat adalah perbuatan. Dan menyembah, begitu juga merendah diri dan jujur serta adil, adalah sikap. Hmm, bagaimanakah cara “melakukan” sembah? Fahamilah, bahawa menyembah Allah, begitu juga menyembah selain Allah, adalah dengan menghambakan diri, iaitu meletakkan diri sebagai hamba, ataupun dengan mempertuankan, iaitu menerima sebagai tuan. Dan sedarlah, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah engkau menghambakan diri kepada Allah. Fahamilah, kalau betul engkau menyembah Allah, maka engkau meletakkan dirimu sebagai hamba kepada Allah yang engkau terima sebagai tuanmu. Dan awas, yang menyamakan “rob” dengan tuhan, begitu juga yang menyamakan solat dengan sembahyang, adalah pembohong ataupun tak reti bahasa, serta tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam. Janganlah tersalah guru. Dan janganlah takut untuk meneliti.
    Sebenarnya, apakah ajaran Allah mengenai najis? Bagaimana pula dengan hadis dan sunnah dan ulama? Hmm, betapa ustaz dan imam dan ulama adalah yang sesat serta menyesatkan. Dan betapa ramai yang mengaku mengikut al Quran, padahal, lain yang Allah ajar, lain yang dipercaya. Siasatlah. Selidiklah al Quran. Dan terimalah hakikat. Pentingkanlah hakikat, iaitu kebenaran. Kebenaran yang relevan janganlah tidak diambil-kira. Dan ringkas kata, janganlah niat atau kesombongan ataupun kekurangan yang ada pada “the messenger” ataupun si penyampai dijadikan alasan untuk menolak kebenaran yang telah disampaikan.
    Suka atau tidak, melakukan solat, begitu juga menyayangi Allah dan seramai manapun RasulNya, tidaklah menjadikan engkau Muslim, usahkan Mukmin. Dan sila fahami surah Kafirun, lalu sedarlah juga bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah dalam hal sembahan, iaitu tidaklah membabitkan solat. Ingat, melakukan solat, sebagaimana berpuasa di bulan Ramadan, bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan bermakna mentauhidkan Allah. Dan redho atau tidak, Allah adalah dan tetaplah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Suka atau tidak, apakah sebenar-benarnya erti tuhan? Kalau Allah adalah ila-hinnas, iaitu tuhan manusia, ataupun kalau “la-ilaha-illallah” adalah suatu fakta ataupun kebenaran, maka apakah erti tuhan? Benarkah bahawa erti tuhan adalah sembahan ataupun “supreme being”? Kalau Allah adalah ila-hinnas, iaitu tuhan manusia, semua manusia, namun adakah benar bahawa Allah adalah sembahan manusia, semua manusia? Tidak. Tidaklah semua manusia menyembah Allah. Dan apakah pula halnya dengan “supreme being”, iaitu yang maha berkuasa?
    Benarkah bahawa Allah adalah “supreme being” manusia, semua manusia? Atau kalau Allah adalah tuhan kita, namun adakah Allah “supreme being” kita? Tidak. Tidak. Sesungguhnya, erti tuhan bukanlah sembahan, juga bukanlah “supreme being”, tetapi “sovereign ruler”, iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Sila faham, bahawa “rob” dan “malik” dan “ilah”, iaitu “lord” dan “king” dan “god”, iaitu “tuan” dan “raja” dan “tuhan”, adalah 3 kategori ataupun jenis pemerintah. Dan tidakkah benar ataupun munasabah bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, adalah sama dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah? Sila fikir, apakah sepatutnya hak asasi ataupun hak Allah? Dan apakah kewajiban kita kepada Allah? Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Dan redho atau tidak, kita wajib hormat dan taat serta setia kepada Allah, Dia, tuan kita, Dia, satu-satunya yang berhak sebagai tuan ke atas kita. Maka? Percaya serta sampaikanlah, “Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita dikembalikan”.