Monday, May 4, 2015

Sebenarnya Bukan Muslim, Yakni Bukan Orang Islam

Siapakah bukan Muslim, yakni bukan orang Islam, tetapi sebenarnya adalah kafir ataupun Muslim palsu ataupun orang Islam konon? Kaca janganlah dikatakan intan. Duit palsu bukanlah duit. Dan masuk Islam, yakni menjadi Muslim ataupun orang Islam, bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap. Bukanlah Muslim, yakni bukanlah orang Islam, tetapi kafir ataupun Muslim palsu ataupun orang Islam konon adalah mereka yang percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah ataupun dengan “Rukun Islam”. Sila fahami surah Kafirun serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa hanya yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, adalah ataupun boleh jadi Muslim ataupun orang Islam sebenar. Dan yang betul Muslim ataupun orang Islam adalah orang kemerdekaan, iaitu bukan orang perhambaan. Hakikatnya, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Sekali lagi, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Adakah dengan Syahadah? Adakah dengan “Rukun Islam”? Adakah dengan melakukan solat? Fahamilah bahawa Allah adalah satu-satunya pencipta Islam. Sedarlah, bahawa Islam tidaklah bergantung kepada siapapun Rasulullah, usahkan bergantung kepada ulama dan makhluk lain. Dan al Quran adalah kalamullah.
    Hakikatnya, Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka; maka, ketahui dan ikutlah ajaran Allah, kalau ingin masuk Islam, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga. Hakikatnya, Rasulullah masuk Islam bukanlah dengan Syahadah; maka, takkanlah Rasulullah mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan Syahadah. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir, dan bahawa orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Dan sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, lalu sedarlah juga bahawa yang membezakan orang Islam dari kafir adalah sembahan (bukan solat). “Wahai kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau sembah apa yang aku sembah” adalah antara mesej di surah Kafirun. Soalnya, siapakah yang si “kafir” sembah, tetapi siapakah yang si “aku” sembah? Sila bayangkan. Dan sila fikir-fikirkan. Sila fahami ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, dan sila fahami erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan aslam, yakni menyerah diri, kepada Allah. Bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan sedarlah bahawa erti Islam bukanlah salam, tetapi perkataan “Islam” adalah kata nama untuk “aslam”.
    Erti “aslam” adalah menyerah ataupun menyerah diri, bukan berserah, bukan bertawakkal. Erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri, bukan salam, bukan tawakkal. Dan erti Muslim adalah yang aslam, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah. Kalaulah erti Islam adalah salam, maka erti Muslim mestilah yang bersalam, atau yang mempunyai salam, atau yang memberi salam, tetapi hakikatnya, erti Muslim adalah yang aslam, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah. Erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, masuk Islam, yakni menjadi Muslim ataupun orang Islam, mestilah dengan menyerah diri kepada Allah. Dan erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, yang sebenarnya tidak menyerah diri kepada Allah sebenarnya bukanlah Muslim, yakni bukanlah orang Islam, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Menyembah, iaitu menghambakan diri, begitu juga menyerah diri, adalah sikap. Dan sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Pendek kata, kalau ingin masuk Islam, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga, maka sila hayati atau amalkanlah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam”.
    Sedarlah bahawa solat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan hakikatnya, perkataan “abdi” adalah berasal dari bahasa Arab yang ertinya adalah hamba; dengan lain perkataan, abdi dan hamba adalah sama ertinya, maka mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Kalau ada hamba, maka adalah tuan; maka, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan sedarlah bahawa kalau engkau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah engkau menghambakan diri kepada Allah, dan tidaklah engkau menyembah Allah. Sukakah Allah kalau engkau mempertuankan selain Dia? Dan sukakah Allah kalau engkau memperajakan selain Dia? Tidaklah mulia, juga tidaklah untung, serta tidaklah selamat, kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah, apatah lagi kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya sombong terhadap Allah. Dan mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah. Jujurlah. Dan ingatlah mati.
    Betapa ramai adalah pengikut ajaran sesat Syahadah. Betapa ramai adalah ulama temberang. Dan binatang ternakan, atau bahkan lebih merosakkan ataupun lebih bodoh: Tidakkah begitu adalah pengikut Hadis? Berakallah. Ikutlah al Quran. Dan wajarlah. Melakukan solat tidaklah menjadikan engkau orang Islam. Menyayangi Allah dan semua rasulNya tidaklah menjadikan engkau orang Islam, usahkan kalau engkau sekadar menyayangi Muhammad. Dan sedarlah, bahawa Allah berhak, sepatutnya berhak untuk berada di atas ciptaanNya sebagai tuan, juga sebagai raja. Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya, yakni menghambakan diri kepadaNya. Dan kita berhak merdeka, yakni tidak diperhambakan oleh selain Allah. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan ke atas seseorang manusia. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja ke atas seseorang manusia. Dan hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Allah adalah pencipta semua manusia, dan Allah adalah tuhan semua manusia, tetapi Allah bukanlah sembahan semua manusia, yakni tidaklah semua manusia menyembah Allah. Allah adalah “sovereign ruler” semua manusia, dan Allah adalah “supreme being”, tetapi Allah bukanlah manusia, dan Allah bukanlah “supreme being” semua manusia. Dan merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Tidakkah baik adalah memerdekakan, bukan memperhambakan?
    Perhambaan bukanlah di mana Allah adalah raja ataupun tuan, tetapi perhambaan adalah di mana selain Allah adalah raja ataupun tuan. Dan shirik bukanlah di mana Allah adalah yang disembah, tetapi shirik adalah di mana selain Allah adalah yang disembah. “Rob” bukanlah “ilah” atau tuhan atau “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba, maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Suka atau tidak, Allah tetaplah berkuasa serta memerintah. Suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan yang sebenarnya salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam, begitu juga yang sebenarnya tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis, tidaklah patut dikatakan ulama ataupun alim Islam, bahkan tidaklah sepatutnya dikatakan Muslim ataupun orang Islam sebenar, usahkan pejuang Islam. Fahamilah bahawa Muslim, yakni orang Islam, bukanlah yang sesat ataupun jahil, usahkan yang kafir menurut ajaran Allah. Dan sedarlah, yang betul ataupun patut dikatakan pengikut Muhammad, Rasulullah, adalah pengikut al Quran, bukan pengikut Hadis.