Friday, November 25, 2016

Anjing Dan UMNO Dan “Bersih”, Dan Kemerdekaan Dan Muslim Palsu

Anjing atau barua. Kalau anggota polis yang membantu British patut dikatakan anjing British, maka bagaimana dengan anggota “Baju Merah” dan anggota polis yang membantu dalam menentang atau menghalang “Bersih” atau Pakatan Harapan? Sepatutnya, salahkah mendesak atau berkeras untuk mendapat Pilihanraya dan Pentatbiran yang bersih? Sedarlah, yang diberikan kuasa ada kewajiban atau tanggungjawabnya. Begitu juga dengan yang diberikan harta atau rezeki. Dan begitu juga dengan yang diberikan ilmu ataupun kesedaran. Walau setinggi manapun martabat seseorang, tidak ada siapa yang berhak untuk zalim mahupun menolak kebenaran. Dan adil, bukan solaat, adalah yang hampir kepada kemuliaan sebenar dan ketaqwaan kepada Allah.
    Mengenai UMNO dan British: Tidakkah UMNO patut dikatakan anjing British atau barua British kerana bekerjasama dengan British yang dilabel sebagai penjajah? Sebenar-benarnya, apakah perkara atau syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat apa yang diuar-uarkan sebagai kemerdekaan? Dan sebenar-benarnya, apakah keuntungan atau faedah yang British dapat susulan memberikan “kemerdekaan”? Tidakkah semua warga Malaysia berhak untuk tahu, sepenuhnya tahu mengenai perjanjian yang dibuat oleh UMNO, atau juga oleh MCA dan MIC, untuk mendapatkan “kemerdekaan” dari British? Dan patutkah seseorang yang tidak mengambil-kira keadilan dan hutang negara Malaysia dianggap patriot Malaysia? Mengenai 1MDB: Tidakkah merahsiakan Laporan Pengauditan 1MDB adalah untuk menyelamatkan atau melindungi Najib, atau juga beberapa kroninya? Dan tidakkah merahsiakan Laporan Pengauditan 1MDB sebenarnya menghalang atau tidak baik untuk kemajuan negara Malaysia? Sedarlah, Perlembagaan, bukan Pentatbir, adalah yang patut diikut. Dan undang-undang mestilah sesuatu yang adil atau patut.
    Jujurlah. Wajarlah. Dan antara 2 kenyataan berikut, yang manakah betul atau lebih betul? A) Mahathir meng“anjing”kan atau memperalatkan peserta “Bersih” dan beberapa anggota Pakatan Harapan. B) Najib meng“anjing”kan atau memperalatkan anggota “Baju Merah” dan beberapa anggota polis serta beberapa ahli UMNO, termasuklah Khairy Jamaluddin? Lebih penting, tidakkah merosakkan serta bodoh adalah mahukan sesuatu yang tidak bersih? Fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional. Dan sila fahami atau fikirkanlah kenyataan bahawa “Hadi Awang dan Najib, khususnya, dan orang Melayu, amnya, adalah Kafir atau Muslim palsu, sedangkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, khususnya, dan orang Cina, amnya, adalah jahil berbanding Kafir”. Faham atau sedarlah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut ajaran Allah, iaitu berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Ketahui atau sedarilah hakikat, bahawa yang menyembah selain Allah adalah yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah. Dan ketahui atau sedarlah, bahawa perhambaan, begitu juga perkauman, adalah bercanggahan dengan keadilan, juga bercanggahan dengan Islam, sebenar Islam. Subhanallah.
    Sebenarnya, siapakah yang Rasulullah pertuankan dan perajakan? Dan siapakah yang bangga ataupun suka kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Allah, hanya Allah adalah yang patut dipertuankan. Allah, hanya Allah adalah yang patut diperajakan. Dan kita sangatlah wajib setia kepada Allah, Dia, satu-satunya yang berhak sebagai tuan ke atas kita, Dia, satu-satunya yang berhak sebagai raja ke atas kita, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Fahamilah. Kalau engkau tidak menerima ataupun sukar untuk mempercayai sesuatu yang benar, maka siapakah engkau? Adakah engkau berhati suci, atau adakah hati engkau kotor ataupun jahat? Adakah engkau mementingkan kebenaran, atau adakah engkau mementing marwah ataupun kebendaan? Insaflah. Dan kalau engkau tidak mahu menerima sesuatu yang benar, atau sukar untuk mempercayai sesuatu yang benar, janganlah Allah dipersalahkan. Fahamilah, bahawa Allah tidak memberi hidayah kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta. Allah tidak zalim. Allah bukan bodoh. Dan fahamilah, bahawa syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan.
    Perbaikilah sikap dan isi hati. Disiplinkanlah diri. Dan hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, adalah sesuatu yang mesti atau patut diterima, walau siapapun yang menyampaikannya, dan walau bagaimanapun ianya disampaikan. Janganlah berdolak-dalih, usahkan sombong ataupun mabuk kemarwahan. Dan pelampau pada pandangan Allah, begitu juga pendusta, janganlah disamakan dengan pejuang. Sila faham, bahawa yang mementingkan marwah berbanding keadilan ataupun kebenaran tidaklah wajar dianggap pejuang, juga tidak sepatutnya dianggap Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan sila faham, bahawa pandangan atau penilaian Allah adalah pandangan atau penilaian yang paling penting untuk diambil-kira. Sedarlah, ada perkara yang lebih penting berbanding cukup makan dan mudah cari makan. Sedarlah, ada hal yang lebih penting berbanding melakukan solaat dan menutup aurat serta mengerjakan haji. Dan sedarlah, politik tidaklah penting berbanding agama, sebagaimana keselesaan sebelum mati tidaklah penting berbanding keselesaan selepas mati, atau sebagaimana Dunia tidaklah penting berbanding Akhirat.
    Janganlah dangkal atau singkat pandangan. Suka atau tidak, kepada Allah kita dikembalikan untuk perkiraan yang tepat serta untuk pembalasan yang sewajarnya. Dan sedarlah, bahawa sia-sia adalah solaat dan amal ibadat lain, kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang diperajakan ataupun dipertuankan. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah. Fahami atau sedarlah, bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun, lalu faham atau sedarlah bahawa yang mengucap 2 kalimah Syahadah patut dianggap Munafiq atau Muslim palsu. Fahamilah, hanya hadis yang dikarang oleh Nabi Muhammad adalah yang patut diterima sebagai Hadis Rasulullah, atau sebagai kata-kata Nabi Muhammad. Dan Nabi Muhammad masuk Islam bukanlah dengan mengucap kalimah Syahadah, maka, tidaklah mungkin Nabi Muhammad mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah.
    Awas, bersaksi ataupun naik saksi tidaklah sama ertinya dengan mempercayai, mahupun memperakui. Dan terjemahan atau pengertian yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Hmm, ramaikah yang percaya bahawa Allah adalah pencipta kita? Ramaikah yang percaya bahawa hanya Allah berhak sebagai tuan, juga sebagai raja, ke atas kita, makhlukNya? Dan berapa ramaikah yang percaya bahawa shirik terhadap Allah, begitu juga perhambaan, adalah di mana selain Allah adalah raja atau tuan? Hmm, gara-gara ulama Hadis dan ajaran sesat Syahadah. Sangat ramai adalah yang sesat atau salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis. Dan sangatlah ramai adalah yang sesat atau salah mengenai masuk Islam, atau mengenai menjadi Muslim. Sedarlah, bahawa Muslim keturunan adalah istilah atau kata lain untuk Muslim palsu. Sebenar-benarnya, kita tidak dilahirkan Muslim, juga tidak Kafir, tetapi jahil.

Tuesday, November 15, 2016

Solaat Dan Kejujuran Dan “Bersaksi”, Dan Antara Akal Dan Iman Dan Kemuliaan

Tak tahu sembahyang. Dan tak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Ulama Hadis disangka ulama Islam. Dan melakukan solaat (solat) disangka menyembah Allah. Bohong dalam solaat, termasuk semasa beria-ia mengucap ayat 5 surah Fatihah. Mengaku Muslim, padahal salah atau jahil mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis. Dan sedang Kafir atau sesat, tetapi tidak sedar. Pendek kata, begitulah Melayu dan mereka yang mengaku Muslim, tidak terkecuali ustaz dan imam dan mufti dan ulama. Dan pendek kata, lepas solaat bermakna lepas bohong atau lepas membuat pengakuan palsu kepada Allah, tapi Allah tidaklah tertipu.
    Takkanlah bohong dalam solaat lebih baik berbanding tidak solaat. Dan awas, sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat kalau Allah tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah. Apapun, sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, serta bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat. Apakah sebenarnya sembah? Sila fikirkan dan perhalusi 3 hakikat, iaitu bahawa menyembah adalah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Maka? Sedarlah, menghambakan diri bermakna mempertuankan, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Ketahuilah, yang memperajakan selain Allah, begitu juga yang mempertuankan selain Allah, adalah Kafir, juga shirik terhadap Allah, tidak setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan sedarlah, yang menyamakan solaat dengan sembahyang adalah yang tak tahu sembahyang, begitulah juga dengan yang membezakan beribadat dari menyembah, ataupun abdi dari hamba.
    Awas, jangan tertipu mengenai sembah. Dan sangatlah bahaya atau buruk akibatnya kalau salah atau jahil mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis. Fahamilah, bukanlah sembahyang atau penyembahan tanpa sembah atau menyembah. Dan janganlah sembah hyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah. Fahamilah, sembah di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal”, tetapi solaat adalah “sod-lam-alif-ta”. “Ain-ba-dal-ta”, iaitu ibadat, bukan solaat, adalah yang patut disamakan dengan sembahyang atau penyembahan. Apapun, Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk atau supaya menyembahNya, dan fahamilah, bahawa menyembah selain Allah adalah bercanggahan, tersangatlah bercanggahan dengan menyembah Allah. Maka? Menyembah Allah, hanya Allah, adalah yang paling wajar atau lebih tinggi nilainya. Dan sedarlah, bahawa yang menyembah Allah, hanya Allah, adalah yang mulia atau lebih tinggi martabatnya pada pandangan Allah, berbanding yang tidak menyembah Allah, apatah lagi berbanding yang menyembah selain Allah.
    Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah. Dan hakikatnya, erti Muslim adalah yang aslim, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri. Kepada siapa Muslim menyerah diri? Kepada Allah. Setepatnya, erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah. Dan erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan menyerah diri kepada Allah. Awas, aslim bukanlah tawakkal, maka janganlah menyamakan menyerah dengan berserah. Dan “rob” (rabb) bukanlah “ilah”, maka janganlah menyamakan “rob” dengan tuhan. Hmm, betapa amat merosakkan adalah ulama Hadis dan ajaran sesat Syahadah. Betapa ramai yang melakukan solaat, sedangkan yang disembah adalah selain Allah, atau Allah tidaklah disembah. Dan betapa yang mengaku Muslim sebenarnya Kafir atau Muslim palsu. Awas, jangan salah ataupun tertipu mengenai masuk Islam, atau mengenai menjadi Muslim, juga mengenai hadis dan sunnah. Dan solaat bukanlah sembahyang. Yang sebenarnya tak tahu sembahyang, apatah lagi yang bohong dalam solaat, bukanlah yang sepatutnya mengajar mengenai Islam mahupun solaat. Dan akurlah, bahawa yang salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim adalah yang sangat tidak patut dianggap ulama Islam, bahkan tidaklah sepatutnya dianggap Muslim sebenar.
    Bagaimanakah Nabi Ibrahim masuk Islam? Hmm, takkanlah dengan “bersaksi” bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Dan munasabahkah bahawa Nabi Muhammad “bersaksi” bahawa dia adalah Rasulullah? Tidak. Sedarlah, yang tidak menyaksikan tidaklah patut “bersaksi” ataupun “bear witness”. Bersaksi bukanlah memperakui ataupun “testify”. Dan Allah adalah saksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Apapun, Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, sebenar ajaran Islam, termasuklah mengenai masuk Islam, adalah bergantung hanya kepada Allah. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun serta erti Muslim lalu sedarlah bahawa menjadi Muslim mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah, iaitu bukan dengan mengucap kalimah Syahadah. Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam, atau menjadi Muslim, sebenar Muslim, maka amalkanlah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. Akurlah, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita.
    Hanya Allah berhak sebagai tuan kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan perhambaan, begitu juga shirik, bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan. Sedarlah, bohong atau salah adalah bahawa solaat adalah sembahyang. Sedarlah, bohong atau salah adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan janganlah tersalah kitab atau guru ataupun pengertian, juga janganlah takut untuk berfikir dengan jujur serta dengan rasional. Kebenaran patut diterima-pakai, bukan patut ditolak. Dan ajaran Allah adalah yang patut diikut, berbanding ajaran ulama muktabar. Awas, semakin engkau tidak tahu ajaran Allah, maka semakin mudahlah engkau untuk dipesong-sesatkan oleh ustaz dan ulama Hadis. Dan erti bersaksi bukanlah memperakui. Syahadah tidak mungkin sebahagian dari solaat, mahupun azan, sebagaimana Muhammad, Rasulullah, tidak mungkin “bersaksi” atau “bear witness” bahawa dia adalah Rasulullah. Dan sedarlah, kalau engkau tidak betul mengenai erti tuhan, maka “laa-ilaha-illallah” tidaklah engkau sebenarnya percaya.
    Yang betul beriman atau percaya adalah yang faham atau tahu, bukan yang sebenarnya salah-faham ataupun jahil. Ilmu adalah asas keimanan. Dan sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk menjadi Muslim sebenar, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan suatu tempat di SyurgaNya. Menyayangi Allah dan semua rasulNya tidaklah menjadikan engkau Mukmin, mahupun Muslim, usahkan menyayangi hanya Nabi Muhammad. Dan yang menyembah selain Allah, iaitu yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah, adalah Kafir, juga Mushrik, najis, walaupun melakukan solaat dan apa pun. Solaat bukanlah sembahyang ataupun ibadat, tetapi ia adalah amal ibadat. Dan bersolaat, sebagaimana berpuasa, bukanlah bermakna menyembah Allah.