Tak tahu sembahyang. Dan tak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Ulama Hadis disangka ulama Islam. Dan melakukan solaat (solat) disangka menyembah Allah. Bohong dalam solaat, termasuk semasa beria-ia mengucap ayat 5 surah Fatihah. Mengaku Muslim, padahal salah atau jahil mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis. Dan sedang Kafir atau sesat, tetapi tidak sedar. Pendek kata, begitulah Melayu dan mereka yang mengaku Muslim, tidak terkecuali ustaz dan imam dan mufti dan ulama. Dan pendek kata, lepas solaat bermakna lepas bohong atau lepas membuat pengakuan palsu kepada Allah, tapi Allah tidaklah tertipu.
Takkanlah bohong dalam solaat lebih baik berbanding tidak solaat. Dan awas, sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat kalau Allah tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah. Apapun, sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, serta bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat. Apakah sebenarnya sembah? Sila fikirkan dan perhalusi 3 hakikat, iaitu bahawa menyembah adalah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Maka? Sedarlah, menghambakan diri bermakna mempertuankan, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Ketahuilah, yang memperajakan selain Allah, begitu juga yang mempertuankan selain Allah, adalah Kafir, juga shirik terhadap Allah, tidak setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan sedarlah, yang menyamakan solaat dengan sembahyang adalah yang tak tahu sembahyang, begitulah juga dengan yang membezakan beribadat dari menyembah, ataupun abdi dari hamba.
Awas, jangan tertipu mengenai sembah. Dan sangatlah bahaya atau buruk akibatnya kalau salah atau jahil mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis. Fahamilah, bukanlah sembahyang atau penyembahan tanpa sembah atau menyembah. Dan janganlah sembah hyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah. Fahamilah, sembah di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal”, tetapi solaat adalah “sod-lam-alif-ta”. “Ain-ba-dal-ta”, iaitu ibadat, bukan solaat, adalah yang patut disamakan dengan sembahyang atau penyembahan. Apapun, Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk atau supaya menyembahNya, dan fahamilah, bahawa menyembah selain Allah adalah bercanggahan, tersangatlah bercanggahan dengan menyembah Allah. Maka? Menyembah Allah, hanya Allah, adalah yang paling wajar atau lebih tinggi nilainya. Dan sedarlah, bahawa yang menyembah Allah, hanya Allah, adalah yang mulia atau lebih tinggi martabatnya pada pandangan Allah, berbanding yang tidak menyembah Allah, apatah lagi berbanding yang menyembah selain Allah.
Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah. Dan hakikatnya, erti Muslim adalah yang aslim, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri. Kepada siapa Muslim menyerah diri? Kepada Allah. Setepatnya, erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah. Dan erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan menyerah diri kepada Allah. Awas, aslim bukanlah tawakkal, maka janganlah menyamakan menyerah dengan berserah. Dan “rob” (rabb) bukanlah “ilah”, maka janganlah menyamakan “rob” dengan tuhan. Hmm, betapa amat merosakkan adalah ulama Hadis dan ajaran sesat Syahadah. Betapa ramai yang melakukan solaat, sedangkan yang disembah adalah selain Allah, atau Allah tidaklah disembah. Dan betapa yang mengaku Muslim sebenarnya Kafir atau Muslim palsu. Awas, jangan salah ataupun tertipu mengenai masuk Islam, atau mengenai menjadi Muslim, juga mengenai hadis dan sunnah. Dan solaat bukanlah sembahyang. Yang sebenarnya tak tahu sembahyang, apatah lagi yang bohong dalam solaat, bukanlah yang sepatutnya mengajar mengenai Islam mahupun solaat. Dan akurlah, bahawa yang salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim adalah yang sangat tidak patut dianggap ulama Islam, bahkan tidaklah sepatutnya dianggap Muslim sebenar.
Bagaimanakah Nabi Ibrahim masuk Islam? Hmm, takkanlah dengan “bersaksi” bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Dan munasabahkah bahawa Nabi Muhammad “bersaksi” bahawa dia adalah Rasulullah? Tidak. Sedarlah, yang tidak menyaksikan tidaklah patut “bersaksi” ataupun “bear witness”. Bersaksi bukanlah memperakui ataupun “testify”. Dan Allah adalah saksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Apapun, Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, sebenar ajaran Islam, termasuklah mengenai masuk Islam, adalah bergantung hanya kepada Allah. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun serta erti Muslim lalu sedarlah bahawa menjadi Muslim mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah, iaitu bukan dengan mengucap kalimah Syahadah. Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam, atau menjadi Muslim, sebenar Muslim, maka amalkanlah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. Akurlah, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita.
Hanya Allah berhak sebagai tuan kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan perhambaan, begitu juga shirik, bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan. Sedarlah, bohong atau salah adalah bahawa solaat adalah sembahyang. Sedarlah, bohong atau salah adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan janganlah tersalah kitab atau guru ataupun pengertian, juga janganlah takut untuk berfikir dengan jujur serta dengan rasional. Kebenaran patut diterima-pakai, bukan patut ditolak. Dan ajaran Allah adalah yang patut diikut, berbanding ajaran ulama muktabar. Awas, semakin engkau tidak tahu ajaran Allah, maka semakin mudahlah engkau untuk dipesong-sesatkan oleh ustaz dan ulama Hadis. Dan erti bersaksi bukanlah memperakui. Syahadah tidak mungkin sebahagian dari solaat, mahupun azan, sebagaimana Muhammad, Rasulullah, tidak mungkin “bersaksi” atau “bear witness” bahawa dia adalah Rasulullah. Dan sedarlah, kalau engkau tidak betul mengenai erti tuhan, maka “laa-ilaha-illallah” tidaklah engkau sebenarnya percaya.
Yang betul beriman atau percaya adalah yang faham atau tahu, bukan yang sebenarnya salah-faham ataupun jahil. Ilmu adalah asas keimanan. Dan sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk menjadi Muslim sebenar, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan suatu tempat di SyurgaNya. Menyayangi Allah dan semua rasulNya tidaklah menjadikan engkau Mukmin, mahupun Muslim, usahkan menyayangi hanya Nabi Muhammad. Dan yang menyembah selain Allah, iaitu yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah, adalah Kafir, juga Mushrik, najis, walaupun melakukan solaat dan apa pun. Solaat bukanlah sembahyang ataupun ibadat, tetapi ia adalah amal ibadat. Dan bersolaat, sebagaimana berpuasa, bukanlah bermakna menyembah Allah.