Monday, October 31, 2016

Jangan Miskin Kewajaran, Dan Mengenai Sikap Dan Jihad Dan Manusia Yang Terpenting


Sudahlah miskin harta, teruk pula sikapnya. Apapun, kalau engkau tidak layak mendapat kasihan, maka janganlah pula menyangka bahawa engkau berhak disayang ataupun dihormati. Sesungguhnya, apakah martabat atau nilai dirimu? Siapakah engkau di mata keadilan ataupun kebenaran? Dan lebih penting, siapakah engkau pada pandangan Allah yang kepadaNya kita dikembalikan untuk perkiraan yang cukup tepat serta pembalasan yang cukup sesuai? Janganlah singkat pandangan ataupun dangkal. Utamakanlah kerohanian atau dalaman. Dan tingkatkanlah kesedaran dan ilmu. Berakallah. Dan janganlah mabuk kemarwahan.
    Awas, kasihan janganlah disangkakan sayang ataupun hormat. Sabar janganlah dianggap takut ataupun lemah. Dan diam janganlah dianggap menghalalkan atau setuju atau rela ataupun redho. Lembut percakapan bukan bermakna jujur atau mengatakan yang benar, usahkan tinggi dalam keadilan atau kepatutan. Orang tak nampak bukan bermakna ia boleh diambil atau dibuat. Dan malu, juga ketuaan dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, tidaklah mewajarkan berbohong atau tidak memohon maaf. Kita patut malu atau takut untuk berbohong, apatah lagi untuk melampau. Dan kita patut membayangkan atau sedar bahawa Allah tahu apa yang kita sedang lakukan atau inginkan. Bertimbang-rasa bukan bermakna ikut suka. Bermarwah bukan bermakna berakal, usahkan bijak, usahkan mulia. Dan jadilah engkau orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan.
        Hmm, pelampau dan pendusta. Apakah sebabnya, lalu engkau atau seseorang melampau atau bohong, atau tidak patut, atau tidak jujur? Atau apakah sebabnya, lalu engkau atau seseorang enggan melakukan sesuatu yang patut dilakukan? Bodoh? Tak reti bahasa? Demi marwah? Demi adat? Gara-gara ustaz atau Hadis? Kalau nasihat atau amaran atau cakap tidak diendahkan atau tidak berkesan, maka adakah tangan atau kekerasan patut digunakan? Janganlah membuat semak atau masaalah, usahkan menjadi pelampau atau pembohong ataupun sampah. Dan penyewa bukanlah pemilik, sebagaimana meminjam bukanlah membeli. Hmm, berkali-kali dia membuang sampah bukan pada tempatnya. Berkali-kali dia mengambil atau menggunakan sesuatu tanpa kebenaran aku, si pemilik atau yang bertanggungjawab sebagai penjaga. Pendek kata, dia ikut suka hati, dan jelas kurang akal.
    Hmm, berapa ramaikah orang Melayu atau manusia yang seperti dia? Dia adalah seperti seorang budak yang berumur 2 atau 3 tahun, walaupun sudah berumur 50 tahun, bahkan sudah pun mempunyai beberapa orang anak. Ya, dia boleh mengucap “laa-ilaha-illallah” dengan sempurna, tetapi adakah dia betul mengenai erti “ilah”, iaitu tuhan? Dan aku boleh percaya, bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengaku bahawa dia adalah Muslim atau orang Islam, tetapi adakah dia tahu erti Muslim dan erti Islam? Bagaimana pula dengan erti sembah dan kemerdekaan dan perhambaan dan najis dan tauhid dan shirik? Hmm, gara-gara ajaran sesat Syahadah. Dan betapa ramainya yang betul pada sebutan, tetapi salah pada kefahaman. Hmm, cakap lain, percaya lain. Dan cakap tak serupa bikin. Allah tidak tertipu. Allah tahu, cukup tahu. Dan awas, Allah berkira, sangat berkira.
    Adakah Allah tidak akan mengurangkan rezeki atau pemberian kepada yang mencuri atau berbohong? Dan kalau orang tidak percaya, maka adakah orang akan memberi peluang atau kepercayaan? Usahlah mimpi. Usahlah mabuk kemarwahan ataupun syok sendiri. Dan sedarlah, bahawa ilmu dan kewajaran adalah pengukur kebijakan dan kematangan. Semakin tidak wajar atau tidak betul, maka bukanlah semakin bijak ataupun matang, namun syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Kalau engkau tidak tahu atau tidak betul mengenai erti tuhan, maka engkau tidaklah sebenarnya percaya bahawa Allah adalah tuhan. Dan ilmu, apatah lagi kewajaran, adalah membawa ke Syurga, sedangkan kejahilan dan marwah membawa ke Neraka. Yang tidak betul bukanlah yang tahu, juga bukanlah yang percaya. Yang tidak jujur bukanlah yang patut dipercaya, juga bukanlah yang patut dihormati. Dan kalau pasal buang sampah pun tidak betul, maka apakah anggapan yang wajar diterima-pakai susulan itu? Kalau berkali-kali buang sampah ke luar tingkap, atau makan atau ambil atau guna barang orang lain tanpa kebenaran, maka tidakkah tempat tinggal yang sesuai adalah di tepi tong sampah, atau tidakkah yang sesuai sebagai kawan adalah tikus liar?
    Kita perlu atau patut menilai supaya kita tidak sesat atau tidak rugi, atau supaya kita tidak mendapat sesuatu yang kita sepatutnya tidak mahu. Nilailah, tetapi nilailah dengan wajar, bukan ikut selera hati, juga bukan ikut acuan marwah, serta bukanlah ikut adat dan masyarakat. Dan Allah adalah yang terlalu berkuasa serta paling mulia, maka ajaran dan penilaian serta pandangan Allah adalah yang paling penting untuk diambil-kira, tidak diketepikan. Janganlah kira atau tak kira ataupun menyangka ikut suka. Mementingkan marwah atau diri sendiri adalah untuk menjadi haprak atau tidak berguna. Dan kalau ikutkan marwah, maka adakah engkau menjadi sanggup atau lebih sanggup untuk mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah? Menyembah, iaitu menghambakan diri, bermakna mempertuankan. Sedarlah, abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh itu, mengabdikan diri sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya, oleh itu, memperajakan adalah mempertuankan, semestinya adalah mempertuankan.
    Sedarlah, bahawa lepas tangan atau buat tak tahu bukanlah yang patut dilakukan setelah melampau atau berbuat salah. Membayar ganti-rugi atau membuat pembetulan atau memohon maaf adalah yang patut dilakukan oleh yang bersalah, walaupun yang bersalah adalah si bapa ataupun budak. Dan kiraan Allah adalah yang paling tepat. Fikirlah. Lurus atau jujurlah. Dan jadilah orang akal dan kewajaran. Suka atau tidak, patutkah cinta sejati diletakkan di hati yang jahat atau di jiwa yang kotor? Sepadankah lelaki yang jahat dengan perempuan yang baik? Dan adakah Muslim sebenar adalah yang melakukan solaat, tetapi mementingkan syahwat atau marwah atau adat, berbanding keadilan, atau berbanding kebenaran? Tidak. Tidak. Dan tidak. Hmm, betapa ramainya pengikut ajaran sesat Syahadah. Dan awas, betapa ulama dan imam dan ustaz adalah yang memesong-sesatkan. Sedarlah bahawa Kafir serta najis adalah mereka yang melakukan solaat, tetapi sebenarnya memperajakan atau mempertuankan selain Allah. Dan mengenai mubahalah, siapakah yang akan mengatakan bahawa ia adalah cara kuno: Adakah Rasulullah, atau adakah Munafiq?
    Apabila menilai seseorang, ambil-kiralah kejujuran serta kewajarannya. Dan lebih penting, siapakah dia, dan siapakah engkau, pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terwajar, Dia, pemberi rezeki dan hidayah dan cinta, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka? Sesungguhnya, Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk atau supaya menyembahNya, maka apakah susulan itu, atau apakah yang engkau faham? Sedarlah, sikap dan amalan hati yang paling patut dan paling berfaedah adalah menyembah Allah, hanya Allah. Jihad dan ajaran yang terpenting atau lebih berfaedah adalah mengajak supaya menyembah Allah, hanya Allah. Dan sedarlah, manusia yang terpenting atau lebih wajar adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Hayati atau amalkanlah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim 
@ Erti Islam Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
@ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah 
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Najis, Sebenar Najis Dan Mengenai Mentauhidkan Allah 
- https://goo.gl/Zs3dQP 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah 
@ Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS