Sunday, March 25, 2018

Shirik

Kalau shirik adalah lawan kepada tauhid, maka apakah shirik, kalau tauhid adalah setia? Sebenarnya, tidakkah tauhid adalah setia? Dan tidakkah Allah berhak sebagai tuan, juga sebagai raja ke atas kita, ciptaanNya? Fikirkan juga, atau sila bayangkan, siapakah yang suka, atau bahkan bangga, kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Percayalah, bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.