Monday, November 14, 2022

Memilih Ketua Atau Pemimpin


Siapakah yang patut dipilih sebagai ketua atau pemimpin? Adakah "aku tak kisah siapa asalkan Melayu"? Hmm. Apapun, mengenai ketua atau pemimpin, yang penting bukanlah Melayu atau apapun bangsa, tetapi Muslim, sebenar Muslim. Dengan kata lain, kita tidak patut peduli siapa jadi ketua atau Perdana Menteri atau Presiden, asalkan Muslim, bukan asalkan Melayu, tetapi asalkan Muslim, sebenar Muslim. Awas, perkauman bercanggah dengan Islam, iaitu agama atau "deen" ciptaan Allah. Dan Muslim bukanlah yang mengucap "kalimah Syahadah", tetapi yang menyembah Allah, hanya Allah dan yang "aslim" (menyerah diri) kepada Allah, Dia, pencipta semua manusia, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. 
       Fahami bahawa "Khalifah", bukan "Perdana Menteri" adalah nama jawatan untuk pemerintah negara Islam. "Jawatan "Khalifah" adalah bersamaan atau hampir bersamaan dengan jawatan "Presiden". Dan kepada yang tidak percaya mengenai Allah, adakah bukti untuk mengatakan bahawa Allah bukanlah pencipta kita atau bahawa Allah tidak mungkin pengarang al Quran? Kalau tidak ada, maka? Apapun, aku adalah orang Islam, bukan orang Perkauman. Hmm, Allah tahu kalau aku sebenarnya bukanlah Muslim atau bukan orang Islam. Kalau engkau yakin atau rasa bahawa aku tidak betul mengenai sesuatu, maka sila buktikan atau perjelaskan. Boleh? Dan mengenai sistem Demokrasi, kerajaan mestilah ditubuhkan oleh atau mengandungi "parti" yang memenangi kerusi yang terbanyak. Adil tak? Patut tak? Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan Allah. Benar, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita. Allah adalah tuan kita. Dan kita wajib atau patut setia kepada Allah: Dengan kata lain, kita wajib atau patut mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Allahu akbar. 
••••• 
Antara Rasis Dan Muslim @ Islam Bukan Agama Perkauman, Juga Bukan Agama Perhambaan 
- https://bit.ly/3u9V29o 
••••• 
Antara DAP Dan Islam @ Jangan Silap Mengenai Islam 
- https://bit.ly/3Brvzcw 
••••• 
Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9