Sunday, September 11, 2022

Doa Yang Paling Penting Dan Kalau Engkau Tidak Mahu Disesatkan Atau Masuk Neraka


"Lindungilah aku oh Allah, terutama dari api Neraka." Begitulah doa atau permintaan yang selalu aku buat. Tidakkah terlindung dari api Neraka di Akhirat nanti sudah cukup baik? Kalau kita terlindung dari api Neraka, maka di manakah kita berada? Apapun, Allah adalah pemerintah mutlak Syurga dan Neraka. Maka? Kalau engkau ingin masuk Syurga atau ingin dilindungi dari api Neraka, maka engkau perlulah mati di dalam Islam, iaitu mati sebagai Muslim, sebenar Muslim. Dan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Fahami kenapa. Sebenarnya, adakah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim dengan mengucap "kalimah Syahadah"? Jujurlah. Sedarlah bahawa pengikut "ajaran sesat Syahadah" sebenarnya bukanlah pengikut Nabi Muhammad di samping bukan Muslim, usahkan Mukmin. Dan kalau engkau atau si ustaz yakin atau merasakan bahawa aku salah, maka sila buktikan. Boleh? 
       Bukalah minda. Bukalah minda untuk ilmu dan kebenaran. Dan yang bijak adalah akal, bukan marwah (maruah), maka? Mengenai mazhab, adakah pencipta agama Islam adalah pencipta ataupun pengasas sesuatu mazhab? Dan fikir, Hadis siapakah yang dipercayai oleh Saidina Abu Bakar atau Saidina Umar atau Saidina Usman atau Saidina Ali? Jujur dan terimalah hakikat. Dan al Quran, bukan "Hadis sahih" adalah "huda" atau petunjuk atau panduan untuk dan kepada Muttaqin. Suka atau tidak, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima walau apa pun. Dan terutama kepada yang membenci atau tidak mempercayai Allah, sila fikirkan, adakah bukti untuk mengatakan bahawa pencipta kita tidak mungkin Allah, atau bahawa pengarang al Quran tidak mungkin Allah? Munasabahlah. Tadabbur atau fikirkanlah secara mendalam ajaran yang terkandung di dalam al Quran. Dan mengenai penulis, fahami bahawa penulis tidaklah sama ertinya dengan pengarang. Allah adalah satu-satunya pengarang al Quran. Allah adalah satu-satunya pencipta "deen" atau agama yang bernama Islam. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" atau menyerah diri (kepada Allah), maka apakah susulan itu? Janganlah main sangka, usahkan main yakin. Awas, kalau bohong adalah suatu maksiat, maka berbohong semasa melakukan solaat bermakna membuat maksiat dalam solaat. Dan fahami bahawa yang bohong dalam solaat adalah yang gagal dalam melakukan solaat. Gagal, bukan berjaya. Sedarlah bahawa yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji berbanding yang "mengaji" (berguru). Dan yang berpegang pada kebenaran dan ajaran Allah bukanlah yang patut dikatakan sesat. Sesungguhnya, Hadis sahih dan ijmak ulama dan apa pun yang bercanggah dengan ajaran Allah ataupun kebenaran patutlah ditolak, bukan patut diterima. Dan fahami ajaran Allah mengenai hadis atau syafaat atau ulama atau najis atau apa pun hal yang terbabit kalau engkau tidak mahu disesatkan atau dipesongkan oleh ulama atau pengikut hadis atau siapa pun. 
       Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dijaja sebagai kebenaran. Marwah (maruah) patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan. Dan "rob" (rabb) tidaklah sama ertinya dengan "ilah". "Rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. Erti tuhan bukanlah pencipta, juga bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai (sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun). Dan "laa-ilaha-illallah" patut diterjemahkan sebagai "bukan tuhan kecuali Allah", bukan sebagai "tiada tuhan melainkan Allah". Disembah atau tidak, Allah adalah "ila-hinnas", iaitu tuhan manusia. Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan sesungguhnya, kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Masuk akal? Taatlah kepada Allah yang kepadaNya kita dikembalikan. Ketahui dan ikutlah ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. Dan sembahlah Allah, hanya Allah, dengan kata lain, setialah kepada Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Allahu akbar. Allahu akbar. Walilla-hil-hamd. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Munafiq Atau Muslim Palsu @ Jangan Kena Tipu 
Atau Silap Mengenai Syahadah Dan Sunnah 
- https://bit.ly/3vmaMW5 
••••• 
Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
@ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah 
@ Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS