Thursday, February 15, 2018

Engkau Dan Aku Dan Bukti

Bukti. Adakah bukti? Bolehkah engkau buktikan bahawa bantahan engkau adalah wajar ataupun masuk akal? Atau adakah engkau saja-saja nak meroyan atau merepek, dan secara tidak sengaja menampakkan bahawa engkau adalah tolol atau bodoh ataupun kurang akal? Bukti. Bukti. Bukti. Atau alasan yang munasabah. Dan menyangka bukanlah mengetahui.
       Siapakah engkau? Atau siapakah ulama? Apakah yang engkau tahu, betul tahu? Atau apakah yang ulama tahu, betul tahu? Adakah engkau ataupun ulama berhak untuk melarang aku dari menyampaikan apa yang aku fikir atau rasakan benar? Dan siapakah engkau ataupun ulama pada pandangan Allah, Dia yang maha tahu, Dia yang maha mulia, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas? Bijak, ataukah bodoh? Yang membina, ataukah yang merosakkan?

Monday, February 12, 2018

Betul Dan Salah, Dan Membantah, Dan Kewajipan

Ramaikah yang percaya bahawa tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah? Dan siapakah yang paling berhak untuk menghakimi ataupun menilai, atau yang paling patut ditaati? 1+1=2: Betul, ataukah salah? Hmm, tidak betul, juga tidak salah? Bagaimana pula dengan kepercayaan atau ajaran bahawa Muslim ialah yang "aslim"? Adakah jawapannya adalah "suka hati sendirilah untuk menentukan"? Munasabahkah bahawa tidak ada kebenaran dan kepalsuan dan kebaikan dan kejahatan dan kepandaian dan kebodohan? Hmm, apa pun boleh atau okay?
       Kalau tidak salah, maka janganlah membantah. Kalau membantah ataupun mengkritik, itu bermakna ada yang tidak betul atau tidak patut. Dan apakah sepatutnya hak Allah ke atas ciptaanNya? Allah berhak sebagai tuan. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita, raja kita. Dan kita wajib, sangat wajib taat serta setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan. Janganlah menyangka ikut suka, usahkan sembrono yakin. Dan kalau yakin atau rasa bahawa aku tidak betul ataupun tidak patut, maka sila buktikan atau perjelaskan. Bolehkah?