Friday, April 27, 2018

Betulkah PAS Atau UMNO Memperjuangkan Islam, Ataupun Pro Islam?

Menyangka dan berdolak-dalih. Dan mengejek. Hmm, setakat manakah kewajaran, ataupun akal dan kebenaran orang PAS dan orang UMNO? Sebenarnya, apakah erti Islam, maka adakah PAS ataupun UMNO memperjuangkan Islam ataupun pro Islam? Erti Islam adalah Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, tetapi adakah PAS mengajak supaya menyerah diri kepada Allah? Tidak. Bagaimana pula dengan menyembah hanya Allah, iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Tidak, PAS dan UMNO sebenarnya tidaklah mengajak supaya menyembah Allah, hanya Allah. Maka?
       Jangan tertipu ataupun silap mengenai erti sembah. Ketahuilah, bahawa abdi dan hamba adalah sama ertinya. Dan ketahuilah, bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Sedarlah, bahawa Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya? Dan apakah erti tuhan? Selidik. Fikir. Dan jujur atau luruslah. Pendek kata, PAS dan UMNO sebenarnya bukanlah pro Islam, usahkan memperjuangkan Islam, bahkan PAS dan UMNO sebenarnya merosakkan imej Islam, serta memesong-sesatkan. Hmm, tak mahu sesat, padahal sedang sesat, atau bahkan adalah najis. Tersalah guru. Tersalah kitab. Untuk lebih maklumat berkaitan Islam dan kewajaran, sila fahami artikel-artikel aku di Facebook dan Blogspot. Ingat, sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar, apatah lagi untuk mendapat kasih Allah. Dan kalau engkau yakin atau rasa atau fikir bahawa aku sedang sesat atau salah, maka sila buktikan. Boleh?
       Awas, "sebab ulama cakap" bukanlah bukti. Dan berpeganglah pada hakikat serta ajaran Allah mengenai ulama dan sunnah dan apa-apa lagi. Tujuan Allah mencipta kita adalah untuk atau supaya menyembahNya, maka apakah susulan itu? Dan Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, sebenar ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Fahami erti Muslim. Dan jangan salah faham ayat 1 di surah Munafiqun. Ringkas kata, kalau engkau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim, maka hayati atau amalkanlah, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam".
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w

Tuesday, April 24, 2018

Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam

Siapakah yang patut atau layak dianggap sebagai ulama Islam? Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam, begitu juga dengan ulama sesuatu mazhab. Dan janganlah ambil mudah mengenai fakta berkaitan Islam. Sedarlah, bahawa "sebab ulama cakap" bukanlah bukti. Dan yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan amatlah tidak patut dianggap sebagai ulama Islam, mahupun Muslim sebenar, lebih-lebih lagi yang salah mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim.
       Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah. Dan Allah, begitu juga Muhammad, Rasulullah, bukanlah pengasas apa pun mazhab. Setiap kebenaran atau fakta tidaklah sama saja kepentingan ataupun nilainya, begitu juga dengan sikap dan kepercayaan. Dan tidak semua akan dilapangkan dada. Islam dan salaam tidaklah sama ertinya. Muslim ialah yang berada di dalam Islam, dan Muslim ialah yang menyerah, dan yang menyerah ialah yang berada di dalam penyerahan: Maka, nampak tak bahawa erti Islam ialah Penyerahan? Fikir dan jujurlah. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahui, dan terima-pakailah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w

Thursday, April 19, 2018

Antara PAS Dan UMNO Dan Islam, Sebenar Islam

Kalau pasal erti Islam dan sembah,
atau kalau pasal masuk Islam
pun tak betul, maka?
Jangan tertipu: UMNO dan PAS
tidak patut dianggap sebagai parti
yang memperjuangkan Islam.
Islam adalah untuk
penyembahan Allah, hanya Allah,
dan untuk penyerahan diri kepada
Allah, serta untuk kemerdekaan
manusia. Menyembah
ialah menghambakan diri.
Kalau ada hamba ataupun abdi,
maka adalah tuan.
Dan mempertuankan,
apatah lagi memperajakan,
adalah menyembah. Maka?
Sebenarnya, adakah UMNO atau PAS
memperjuangkan bahawa Allah
adalah pencipta kita, tuan kita,
raja kita, tuhan kita?
Siapakah yang mengajak supaya
mempertuankan Allah, hanya Allah?
Dan siapakah yang mengajak supaya
menyerah diri kepada Allah?

       •••••
Apakah bukti bahawa erti Islam adalah salaam atau aman ataupun "peace"? Ada? Kalau tidak ada, maka? Dan tidakkah benar bahawa Muslaam ialah yang berada di dalam salaam? Maka?
       •••••
Salaam ialah aman atau "peace". Salaam dan Islam tidaklah sama ertinya. Dan erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, sedangkan erti Muslim ialah yang aslim, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka terhadap Allah, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia.
       Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Kita patut taat serta setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah, Dia, pencipta Islam, Dia, pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Dan yang tidak betul mengenai erti Islam dan Muslim tidaklah patut dianggap ulama Islam, ataupun pejuang Islam, mahupun Muslim sebenar, begitu juga dengan yang tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan.

Wednesday, April 18, 2018

Mukmin, Shafaat, Dan Ulama

Mukmin? Adakah Mukmin
atau yang beriman kepada Allah
adalah yang tidak percaya bahawa
Allah adalah penciptanya,
tuannya, rajanya, tuhannya?
     •••••
Shafaat @ Syafaat?
Kalau sebenarnya bukan Muslim, atau
kalau sebenarnya tak sembah
Allah, hanya Allah, maka adakah akan
masuk Syurga atau mendapat
shafaat, jika ada shafaat?
Atau apakah akibatnya,
kalau engkau sebenarnya
bukan Muslim, atau kalau engkau
sebenarnya tak sembah Allah,
hanya Allah?
     •••••
Ulama Islam? Patutkah yang
tidak betul mengenai masuk Islam,
ataupun mengenai erti
Islam dan sembah dan tuhan,
dianggap ulama Islam?
     •••••
Selidik. Fikir. Dan munasabahlah.

Friday, April 13, 2018

Shirik Dan Tauhid, Dan Muslaam Dan Menjadi Munafiq

Siapakah Mushrik (Musyrik) dan siapakah Muslim, pada pandangan Allah? Fahamilah, bahawa Mushrik ialah yang shirik (syirik), tetapi Mushrik bukanlah yang shirik terhadap selain Allah. Dan Muslim ialah yang "aslim", tetapi Muslim bukanlah yang "aslim" kepada selain Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik, yakni menshirikkan Allah, iaitu melakukan shirik terhadap Allah. Menyembah Allah, hanya Allah, adalah tauhid, yakni mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah. Dan al Quran janganlah disama-pentingkan dengan apa pun kitab, termasuk yang diuar-uarkan sebagai "Hadis sahih" atau "Hadis Nabi" ataupun "Hadis Rasulullah", usahkan tuan disama-pentingkan dengan hamba.
       Allah berhak, cukup berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Allah adalah si tuan, sedangkan Muhammad dan kita adalah si hamba. Dan kita wajib, sangat wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah. Al Quran adalah karangan Allah, tetapi Allah bukanlah pengarang kepada apa pun terjemahan al Quran. Dan al Quran bukanlah kamus bahasa. Terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, terutama mengenai sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan sunnah dan syahadah. Yang berada di dalam "salaam" adalah Muslaam, bukan Muslim. Dan sedarlah, bahawa mengucap kalimah Syahadah bukanlah untuk menjadi Muslim, tetapi untuk menjadi Munafiq. Dua hakikat yang paling penting mengenai Muslim adalah bahawa Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah, dan bahawa Muslim menyerah diri kepada Allah, tidak sombong terhadap Allah.

Saturday, April 7, 2018

Mengkafir?

Kebenaran dan ajaran Allah sentiasa patut diterima atau tidak patut ditolak. Dan aku tidak mampu untuk menjadikan sesiapapun Muslim, mahupun Kafir: Begitulah juga dengan siapapun Rasulullah. Fahamilah, "bukan Muslim" bukan bermakna "Kafir". Dan yang Kafir menurut ajaran Allah janganlah dianggap Muslim.

Antara Muslim Dan Muslaam

Muslim = yang "aslim" = yang menyerah (yakni yang menyerah diri kepada Allah). Dan yang berada di dalam "salaam" = Muslaam, bukan Muslim. Apakah yang sama ertinya dengan yang menyerah? Tidakkah benar bahawa yang menyerah adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan? Fahamilah. Pendek kata, yang berada di dalam penyerahan adalah sama ertinya dengan yang menyerah. Maka?
       Erti Islam adalah penyerahan, bukan keamanan, bukan kesejahteraan, bukan "salaam", bukan "peace". Dan ejaan "Islam" di dalam bahasa Arab adalah, atau sepatutnya adalah "alif-sin-lam-mim". "Alif-sin-lam-alif-mim" adalah ejaan untuk Islaam, bukan Islam. Erti Muslim bukanlah yang "bersalaam". Dan yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Allah tahu, cukup tahu. Dan kalau engkau percaya atau merasakan bahawa aku tidak betul mengenai sesuatu, maka sila buktikan atau perjelaskan.

Tuesday, April 3, 2018

Ibadat Dan Guru

Ibadat, juga abdi, adalah antara perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Sebenarnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba, maka mengabdikan diri samalah ertinya dengan menghambakan diri. Dan fahamilah, bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Jangan tersalah guru, usahkan takut untuk memikirkan secara rasional. Janganlah mengada-adakan erti ataupun syarat. Dan antara mereka yang paling tidak patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam adalah mereka yang membezakan abdi dari hamba dan mereka yang menyamakan solaat dengan sembahyang.

Kalau Perlu Atau Harus, Dan Mengenai Kesesatan

Kalau perlu menyangka, maka munasabahlah, bukan ikut suka, bukan ikut marwah.
*****
Kalau perlu atau harus menilai, apatah lagi kalau perlu atau harus menghukum, maka ambil-kiralah ajaran ataupun pandangan Allah, Dia yang maha tahu, Dia yang terwajar, Dia yang berkuasa ke atas semua.

Hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, tidaklah bergantung kepada ulama, mahupun Rasulullah.
*****
Apakah akibat tidak jujur, atau tidak memikirkan secara rasional, atau apakah akibat mempercayai terjemahan atau pengertian yang sebenarnya salah: Tidakkah menyesatkan atau merugikan, dan tidakkah membawa ke Neraka ataupun kehinaan?
*****
www.filopu.blogspot.com

Monday, April 2, 2018

Allah Dan Tuhan, Dan Mengenai Shirik

Allah yang mana? Allah tidak sama ertinya dengan "ilah". "Ilah", bukan "Allah", adalah yang sama ertinya dengan tuhan, iaitu "god" di dalam bahasa English. Dan "laa-ilaha-illallah" adalah sama ertinya dengan "bukan tuhan kecuali Allah". Apakah yang benar mengenai Allah? Allah adalah pencipta Islam. Allah adalah pengarang al Quran. Allah adalah si tuan, sedangkan Muhammad adalah si hamba. Dan erti tuhan ialah pemerintah yang tidak dikuasai (oleh siapa pun): maka adakah tuhan selain Allah, atau adakah pemerintah yang tidak dikuasai, selain Allah? Tidak. Allah, hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan. Dan redho atau tidak, Allah berkuasa sebagai tuan, juga sebagai raja, serta sebagai tuhan ke atas semua manusia.
       Mengenai Muslim, erti Muslim bukanlah yang "tawakkal" (berserah), tetapi yang "aslim" (menyerah). Dan erti Muslim yang lebih tepat adalah yang menyerah diri kepada Allah. Muslim ialah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, menyerah diri kepada Allah adalah perlu untuk menjadi Muslim. Dan suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Mengenai shirik (syirik), shirik adalah istilah ringkas atau singkatan untuk "menshirikkan Allah" atau "shirik terhadap Allah". Dan fahamilah, lawan kepada shirik adalah tauhid. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah Allah, hanya Allah adalah tauhid. Dan tauhid, sebagaimana setia, ada kaitannya dengan angka 1. Maka? Ringkas kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Fikir-fikirkanlah.