Friday, April 27, 2018

Betulkah PAS Atau UMNO Memperjuangkan Islam, Ataupun Pro Islam?

Menyangka dan berdolak-dalih. Dan mengejek. Hmm, setakat manakah kewajaran, ataupun akal dan kebenaran orang PAS dan orang UMNO? Sebenarnya, apakah erti Islam, maka adakah PAS ataupun UMNO memperjuangkan Islam ataupun pro Islam? Erti Islam adalah Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, tetapi adakah PAS mengajak supaya menyerah diri kepada Allah? Tidak. Bagaimana pula dengan menyembah hanya Allah, iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Tidak, PAS dan UMNO sebenarnya tidaklah mengajak supaya menyembah Allah, hanya Allah. Maka?
       Jangan tertipu ataupun silap mengenai erti sembah. Ketahuilah, bahawa abdi dan hamba adalah sama ertinya. Dan ketahuilah, bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Sedarlah, bahawa Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya? Dan apakah erti tuhan? Selidik. Fikir. Dan jujur atau luruslah. Pendek kata, PAS dan UMNO sebenarnya bukanlah pro Islam, usahkan memperjuangkan Islam, bahkan PAS dan UMNO sebenarnya merosakkan imej Islam, serta memesong-sesatkan. Hmm, tak mahu sesat, padahal sedang sesat, atau bahkan adalah najis. Tersalah guru. Tersalah kitab. Untuk lebih maklumat berkaitan Islam dan kewajaran, sila fahami artikel-artikel aku di Facebook dan Blogspot. Ingat, sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar, apatah lagi untuk mendapat kasih Allah. Dan kalau engkau yakin atau rasa atau fikir bahawa aku sedang sesat atau salah, maka sila buktikan. Boleh?
       Awas, "sebab ulama cakap" bukanlah bukti. Dan berpeganglah pada hakikat serta ajaran Allah mengenai ulama dan sunnah dan apa-apa lagi. Tujuan Allah mencipta kita adalah untuk atau supaya menyembahNya, maka apakah susulan itu? Dan Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, sebenar ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Fahami erti Muslim. Dan jangan salah faham ayat 1 di surah Munafiqun. Ringkas kata, kalau engkau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim, maka hayati atau amalkanlah, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam".
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w