Monday, April 2, 2018

Allah Dan Tuhan, Dan Mengenai Shirik

Allah yang mana? Allah tidak sama ertinya dengan "ilah". "Ilah", bukan "Allah", adalah yang sama ertinya dengan tuhan, iaitu "god" di dalam bahasa English. Dan "laa-ilaha-illallah" adalah sama ertinya dengan "bukan tuhan kecuali Allah". Apakah yang benar mengenai Allah? Allah adalah pencipta Islam. Allah adalah pengarang al Quran. Allah adalah si tuan, sedangkan Muhammad adalah si hamba. Dan erti tuhan ialah pemerintah yang tidak dikuasai (oleh siapa pun): maka adakah tuhan selain Allah, atau adakah pemerintah yang tidak dikuasai, selain Allah? Tidak. Allah, hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan. Dan redho atau tidak, Allah berkuasa sebagai tuan, juga sebagai raja, serta sebagai tuhan ke atas semua manusia.
       Mengenai Muslim, erti Muslim bukanlah yang "tawakkal" (berserah), tetapi yang "aslim" (menyerah). Dan erti Muslim yang lebih tepat adalah yang menyerah diri kepada Allah. Muslim ialah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, menyerah diri kepada Allah adalah perlu untuk menjadi Muslim. Dan suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Mengenai shirik (syirik), shirik adalah istilah ringkas atau singkatan untuk "menshirikkan Allah" atau "shirik terhadap Allah". Dan fahamilah, lawan kepada shirik adalah tauhid. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah Allah, hanya Allah adalah tauhid. Dan tauhid, sebagaimana setia, ada kaitannya dengan angka 1. Maka? Ringkas kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Fikir-fikirkanlah.