Tuesday, April 24, 2018

Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam

Siapakah yang patut atau layak dianggap sebagai ulama Islam? Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam, begitu juga dengan ulama sesuatu mazhab. Dan janganlah ambil mudah mengenai fakta berkaitan Islam. Sedarlah, bahawa "sebab ulama cakap" bukanlah bukti. Dan yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan amatlah tidak patut dianggap sebagai ulama Islam, mahupun Muslim sebenar, lebih-lebih lagi yang salah mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim.
       Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah. Dan Allah, begitu juga Muhammad, Rasulullah, bukanlah pengasas apa pun mazhab. Setiap kebenaran atau fakta tidaklah sama saja kepentingan ataupun nilainya, begitu juga dengan sikap dan kepercayaan. Dan tidak semua akan dilapangkan dada. Islam dan salaam tidaklah sama ertinya. Muslim ialah yang berada di dalam Islam, dan Muslim ialah yang menyerah, dan yang menyerah ialah yang berada di dalam penyerahan: Maka, nampak tak bahawa erti Islam ialah Penyerahan? Fikir dan jujurlah. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahui, dan terima-pakailah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w