Tuesday, April 3, 2018
Ibadat Dan Guru
Ibadat, juga abdi, adalah antara perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Sebenarnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba, maka mengabdikan diri samalah ertinya dengan menghambakan diri. Dan fahamilah, bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Jangan tersalah guru, usahkan takut untuk memikirkan secara rasional. Janganlah mengada-adakan erti ataupun syarat. Dan antara mereka yang paling tidak patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam adalah mereka yang membezakan abdi dari hamba dan mereka yang menyamakan solaat dengan sembahyang.