Siapakah Mushrik (Musyrik) dan siapakah Muslim, pada pandangan Allah? Fahamilah, bahawa Mushrik ialah yang shirik (syirik), tetapi Mushrik bukanlah yang shirik terhadap selain Allah. Dan Muslim ialah yang "aslim", tetapi Muslim bukanlah yang "aslim" kepada selain Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik, yakni menshirikkan Allah, iaitu melakukan shirik terhadap Allah. Menyembah Allah, hanya Allah, adalah tauhid, yakni mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah. Dan al Quran janganlah disama-pentingkan dengan apa pun kitab, termasuk yang diuar-uarkan sebagai "Hadis sahih" atau "Hadis Nabi" ataupun "Hadis Rasulullah", usahkan tuan disama-pentingkan dengan hamba.
Allah berhak, cukup berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Allah adalah si tuan, sedangkan Muhammad dan kita adalah si hamba. Dan kita wajib, sangat wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah. Al Quran adalah karangan Allah, tetapi Allah bukanlah pengarang kepada apa pun terjemahan al Quran. Dan al Quran bukanlah kamus bahasa. Terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, terutama mengenai sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan sunnah dan syahadah. Yang berada di dalam "salaam" adalah Muslaam, bukan Muslim. Dan sedarlah, bahawa mengucap kalimah Syahadah bukanlah untuk menjadi Muslim, tetapi untuk menjadi Munafiq. Dua hakikat yang paling penting mengenai Muslim adalah bahawa Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah, dan bahawa Muslim menyerah diri kepada Allah, tidak sombong terhadap Allah.