Tua sudah, tetapi matangnya bila? Perangai janganlah macam budak, usahkan lebih teruk. Perasaan dan nafsu patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan saja, begitu juga atau lebih-lebih lagi marwah. Kewajaran adalah sesuatu yang patut difikirkan dan diambil-kira. Kebenaran dan ajaran Allah sentiasa patut dijadikan pegangan. Dan kalau engkau ikutkan marwah, maka sampai mati pun engkau takkan matang. Jadilah orang akal, bukan orang marwah. Dan pentingkanlah kebenaran dan keadilan serta kejujuran. Menolak kebenaran bermakna mendustakan. Dan menolak keadilan bermakna zalim atau melampau.
Rasis atau orang perkauman bukanlah orang Islam. Sikap perkauman dan agama Islam tidaklah sehaluan. Sesungguhnya, mengistimewakan atau mementingkan bangsa atau kaum sendiri bukanlah ajaran Allah, Dia, pencipta semua jin dan manusia, Dia yang berhak sebagai tuan dan sebagai raja ke atas setiap jin dan manusia. Kalau engkau membenci atau memandang rendah sesuatu bangsa atau kaum, maka tidakkah engkau secara tidak langsung menghina atau menyalahkan Allah, si pencipta? Dan sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya, pengikut "ajaran sesat Syahadah" bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, serta bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Dan melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Sesungguhnya, mentauhidkan Allah bukanlah dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah. Dan menyembah = menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Menyerah diri kepada Allah bukanlah dengan mengamalkan apa yang diuar-uarkan sebagai "Rukun Islam". Dan Muslim bukanlah pendusta, usahkan pelampau.
Jangan "main sangka", usahkan "main yakin". Sila selidik atau kaji atau fikir. Dan fahamilah sebenar ajaran Allah atau fakta. Keyakinan tidak mengubah hakikat. Bukalah minda. Fikirkan secara jujur dan rasional. Dan terimalah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta, walaupun menyakitkan hati dan menghina marwah diri. Janganlah bodoh tapi tak boleh diajar, usahkan sesat tapi tak boleh dibimbing. Dan janganlah untung atau seronok jangka pendek, tetapi rugi atau merana jangka panjang. Kalau putar-belit atau tidak jujur, maka patutkah mendapat hidayah dari Allah ataupun kefahaman yang sebenar? Dan kalau engkau putar-belit atau tidak jujur, maka patutkah engkau berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan yang lurus atau jalan yang betul? Munasabahlah. Dan ketahuilah bahawa "Ya Robbi" = Wahai Tuanku. Tuan, bukan Tuhan. "Lord", bukan "God". Dan "Robbana" (Rabbana) = "Tuan kami", bukan "Tuhan kami". Di dalam bahasa English, "Robbana" = "Our Lord", bukan "Our God". "Rob" (rabb) = "lord", bukan "god". Dan erti "god", iaitu tuhan, adalah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah boleh membawa ke Neraka, atau menyesatkan, atau menyebabkan solaat atau suatu amal ibadat menjadi sia-sia. Yang hafaz bukanlah bermakna yang faham, usahkan beriman. Dan yang penting atau lebih penting bukanlah betul pada sebutan, tetapi betul pada kefahaman dan pada kepercayaan.
Suka atau tidak, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ilahin-nas", iaitu "tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia". Kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Kita wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah. Sesungguhnya, mempertuankan selain Allah, lebih-lebih lagi memperajakan selain Allah adalah shirik, iaitu curang terhadap Allah, tidak setia kepada Allah. Dan Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan menjadi Muslim, lalu mati di dalam Islam, maka sebut (kepada Allah), dan lebih penting, amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadamu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fahamilah. Dan buatlah apa yang wajar dibuat. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab
- https://bit.ly/352upWH
•••••
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"
- https://bit.ly/34Sfrmd
•••••
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka?
- https://bit.ly/2V5hdLv
•••••
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab
- https://bit.ly/2JBmxnS
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB