Saturday, January 2, 2021

Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab


Apa itu "Ya Robbi"? Adakah ia "Wahai Tuhanku"? Tidakkah ia sebenarnya "Wahai Tuanku"? "Ya Robbi" = Wahai Tuanku. Tuan, bukan Tuhan. Dan "Robbana" (Rabbana) = Tuan kami. Di dalam bahasa English, "Robbana" = "Our Lord", bukan "Our God". Sila selidik. Janganlah "main sangka", usahkan "main yakin". Dan fahami bahawa mempercayai terjemahan atau pengertian yang salah bermakna tidak beriman, atau tidak mempercayai ajaran atau mesej yang sebenar. Fikir, tidakkah yang penting adalah betul pada kefahaman dan pada kepercayaan berbanding betul pada sebutan? Dan tidakkah boleh membawa ke Neraka atau menyesatkan adalah terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah? 
       Jangan silap ataupun kena tipu mengenai "rob" (rabb). Dan erti tuhan bukanlah sembahan. Awas, antara ajaran sesat atau bohong atau terjemahan yang salah adalah bahawa "rob" adalah sama ertinya dengan tuhan. Dan bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Sebenarnya, "rob" yang ejaannya adalah "ra-ba" adalah "lord", bukan "god" di dalam bahasa English. "Lord" tidak sama ertinya dengan "god". Dan "god" = tuhan. Di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, "rob" sepatutnya diterjemahkan sebagai "tuan", bukan "tuhan". Sedarlah. Dan suka atau tidak, Allah adalah yang paling berkuasa. Allah adalah yang paling berkuasa, maka Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Munasabah? Patut? Sesungguhnya, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan Allah, serta hamba kepunyaan Allah. Ketahui dan terimalah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta. Jangan sombong. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan dan keinginan. 
       Sesungguhnya, "rob" tidak sama ertinya dengan "ilah". Bukan "rob", tetapi "ilah" yang ejaannya adalah "alif-laam-ha" adalah perkataan Arab yang patut diterjemahkan sebagai "tuhan". Dan "malik" yang ejaannya adalah "mim-laam-kaf" patut diterjemahkan sebagai "raja". Ketahuilah bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Betul? Jujurlah. Munasabahlah. Dan menyembah = menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Sila selidik. Dan ingatlah bahawa manusia, termasuk ulama dan penterjemah dan pemerintah, tidaklah sama dalam kejujuran dan logik dan kewajaran, maka waspada atau berhati-hatilah. Suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita. Dan merdeka, kita berhak merdeka. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Allahu akbar. Semasa perhambaan, juga semasa kemerdekaan, Allah tetap berkuasa dan memerintah sebagai "rob" (tuan) dan "malik" (raja) dan "ilah" (tuhan). Maka? Fahamilah bahawa perhambaan bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi perhambaan, begitu juga "shirik" (syirik), adalah di mana selain Allah adalah raja atau tuan. 
       Fahami 3 ayat pertama di surah an-Nas (Quran 114:1-3), lalu sedarlah bahawa Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan selain hormat dan taat, kita wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, lebih-lebih lagi kepada yang berhak sebagai raja kita. Masuk akal? Ringkas kata, "tauhid" = setia, sedangkan "shirik" adalah curang. Kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Adakah pemerintah yang tidak dikuasai selain Allah? Kalau tidak ada, maka hanya Allah adalah tuhan. Fahami bahawa Firaun disembah oleh ramai orang, maka Firaun adalah sembahan ramai orang, tetapi adakah Firaun tuhan? Walaupun Firaun disembah oleh ramai orang, tetapi Firaun sebenarnya bukan tuhan. Dan bukanlah kerana dia disembah, lalu Firaun mengaku dirinya tuhan. Maka? Erti tuhan bukanlah sembahan. Setuju? Dan erti tuhan bukanlah pencipta. 
       Wujudnya tuhan bukanlah akibat sembahan. Tuhan, sebenar tuhan bukanlah ciptaan atau hasil kerja manusia. Tuhan, sebenar tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai oleh siapapun. Hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan. Dan disembah atau tidak, Allah tetap pemerintah sebagai tuan dan sebagai raja serta sebagai tuhan. Sesungguhnya, kekuasaan dan kemuliaan Allah tidaklah bergantung kepada ciptaanNya. Dan fahami bahawa yang menyamakan "rob" dengan tuhan tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam ataupun al Quran, begitu juga pengikut "ajaran sesat Syahadah". Awas, jangan tersalah kitab atau guru, usahkan tidak memikirkan. Dan fahami ayat 6 di surah Fatihah (Quran 1:6): Kalau engkau tidak jujur atau tidak lurus, maka patutkah engkau berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus atau benar? Allah bukan bodoh. Kiraan Allah adalah tepat serta wajar. Dan Neraka sedia menanti. 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ 
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Najis, Sebenar Najis Dan Mengenai Mentauhidkan Allah 
- https://goo.gl/Zs3dQP 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU