Wednesday, December 30, 2020

Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"

Apakah sebenarnya erti "Islam"? Betulkah bahawa erti Islam adalah "salaam" atau "peace"? Ketahuilah bahawa Muslim = yang "aslim". Dan "aslim" adalah menyerah, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Maka, Muslim = yang menyerah. Menyerah apa? Menyerah diri. Menyerah diri kepada siapa? Kepada Allah. Pendek kata, Muslim = yang menyerah diri kepada Allah. Dan Muslim adalah yang berada di dalam Islam. Fahamilah bahawa yang menyerah = yang berada di dalam penyerahan. Muslim = yang menyerah = yang berada di dalam penyerahan = yang berada di dalam Islam: Maka Islam = penyerahan. Nampak? Dan "penyerahan" adalah "surrender" atau "submission" di dalam bahasa English. 
       Lebih tepat, Islam = penyerahan diri kepada Allah. Dan Muslim = yang menyerah diri kepada Allah. Maka? Bohong atau tidak benar adalah bahawa erti Islam adalah "salaam" atau "peace" atau aman atau selamat. Erti Muslim bukanlah yang memberi "salaam" ataupun yang aman. Dan erti Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Muslim = yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, maka seseorang perlulah "aslim" atau menyerah diri kepada Allah untuk menjadi Muslim. Masuk akal? Dan masuk Islam adalah sama ertinya dengan menjadi Muslim. Apakah akibatnya kalau tidak betul mengenai masuk Islam? Tidakkah menjadi Munafiq atau Muslim palsu, maka tidakkah sia-sia adalah solaat yang dilakukan? Sedarlah bahawa bohong atau tidak benar, serta sangat menyesatkan adalah "ajaran sesat Syahadah", iaitu ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan berlandaskan Quran 1:5 dan 109:1-3, seseorang perlulah menyembah Allah, hanya Allah untuk menjadi Muslim. Selidik. Fikir. Dan fahamilah. Bukalah minda. Dan jujurlah. 
       Sesungguhnya, pencipta agama Islam adalah Allah, hanya Allah. Islam adalah agama ciptaan Allah, maka tidaklah mengejutkan bahawa agama yang Allah "pandang" atau pentingkan adalah Islam. Dan menurut Quran 51:56, Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya, maka menyembah Allah sangatlah penting untuk dilakukan dan diambil-kira. Awas, solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Kalau tak sembah Allah, apa gunanya? Kalau tak sembah Allah, maka apakah akibatnya? Dan kalau sembah selain Allah, maka tidakkah itu biadab, sangat biadab terhadap Allah? Jangan silap mengenai masuk Islam. Jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan shirik dan tauhid. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Syahadah Dan Munafiq @ 
Jangan Silap Mengenai Masuk Islam 
- https://bit.ly/33YDb8k 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU 
••••• 
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik 
Dan Tauhid Dan Perhambaan 
- https://bit.ly/2VAi5ZB 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv