Tuesday, December 24, 2013

Perempuan Dan Ketidak-Baikan

Kemesraan serta cinta dari perempuan yang suci yang betul menyembah Allah: tidakkah itu adalah sesuatu yang manis, sangat manis serta lebih manis; dan tidakkah itu adalah sesuatu yang sangat indah serta lebih indah? Dan mesra, serta berterus-terang dan jujur: begitulah sikap dan pendekatan perempuan yang akan berada di dalam pelukan aku, seorang lelaki yang patut diumpamakan singa ataupun kuda, bukan ayam, juga bukan muka tembok. Apapun, tidakkah memang patut dipermainkan ataupun tidaklah patut dipercaya, serta tidakkah memang sundal ataupun macam sundal, adalah perempuan yang tidak mementingkan cinta dan kesucian serta kejujuran, walaupun menutup aurat serta melakukan solat? Menyembah, yakni menghambakan diri, iaitu mempertuankan, adalah suatu sikap, sedangkan solat adalah perbuatan. Dan sikap, bukan pakaian, adalah gambaran diri yang sebenar. Mereka yang angkuh dan menyangka-nyangka, ataupun mereka yang mementingkan marwah: apakah yang mereka tahu, betul tahu, bukan cakap saja, bukan tersalah percaya? Mereka yang mempertuan-rajakan selain Allah, tetapi mengaku beragamakan Islam: tidakkah mereka sebenarnya teruk dalam kejujuran serta dalam keadilan, di samping sebenarnya tidak mentauhidkan Allah serta tidaklah percaya bahawa Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas? Siapakah yang engkau sanjung-agungkan; dan siapakah yang engkau pertuankan; dan siapakah yang engkau perajakan: apakah jawapan Nabi Muhammad, hamba Allah? Dan tidakkah pelampau, juga pendusta, sebenarnya mementingkan marwah, berbanding kebenaran dan keadilan? Disiplinkanlah diri. Yang wajar ataupun benar ataupun munasabah, terimalah ia, walaupun ianya menyakitkan hati; dan amalkanlah ia, atau bahkan perjuangkanlah ia. Jadilah orang akal, serta jadilah orang kewajaran, bukan orang marwah, bukan orang kebendaan. Amalkanlah: oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam. Dan hayati atau bahkan perjuang-tegakkanlah: Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri; Allahu akbar; Allahu akbar; Allahu akbar. Hmm, betapa marwah membawa kepada kesesatan ataupun kerosakan.

Monday, November 25, 2013

Tuhan Dan Allah, Dan Sebenar Orang Islam

Lain cakap, lain percaya? “La-ilaha-illallah” adalah kalimah yang mengandungi hanya 4 perkataan. Lawan kepada istilah “la” adalah “naam,” bukan “wujud”. “La” adalah “tidak” ataupun “bukan” ataupun “jangan,” bukan “tiada”. Maka, “la-ilaha-illallah” sepatutnya diterjemahkan kepada “bukan tuhan melainkan Allah,” ataupun kepada “tidak tuhan melainkan Allah,” bukan kepada “tiada tuhan melainkan Allah,” usahkan kepada “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”. “La-ilaha-illallah” adalah benar, bukan bohong, bukan cakap besar, bukan cakap kosong. Erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai. Dan Allah, hanya Allah, adalah tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. “Tuhan”, begitu juga “God”, bukanlah terjemahan untuk “Allah”. Dan “ilah”, iaitu “tuhan”, iaitu “god”, tidaklah sama ertinya dengan “Allah”. Yang menyamakan “rob” dengan tuhan bukanlah yang percayakan al Quran, tetapi terjemahan ataupun pengertian yang salah. Dan terjemahan yang salah, begitu juga pengertian ataupun takrif yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. “Rob” sebenarnya bukanlah tuhan, tetapi adalah tuan; dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, sedangkan Dia adalah yang berkuasa berbanding semua. Solat bukanlah sembahyang. Bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah, yakni kalau tidak menghambakan diri. Dan fahamkanlah, bahawa yang sekadar mempertuhankan Allah adalah yang sombong ataupun angkuh, juga biadab ataupun bodoh, serta kafir ataupun sesat, bukan ataupun berbanding yang mempertuankan serta memperajakan Allah, hanya Allah. Janganlah tidak tahu apa yang sebenarnya diucapkan. Janganlah tak reti bahasa, juga janganlah tidak munasabah. Dan janganlah membohong ataupun mengada-adakan ataupun menyangka-nyangka.
    Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; dan siapakah tuan kita, raja kita, tuhan kita: apakah jawapan Nabi Muhammad, tetapi apakah jawapan Abu Jahal, iaitu seorang yang juga melakukan solat serta mengaku beragamakan Islam? Dan kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan, ataupun kalau engkau sekadar mempertuhankan Allah, maka siapakah yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan serta perajakanlah Allah, hanya Allah. Janganlah Allah sekadar dipertuhankan. Dan ingatlah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti ataupun maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Sesungguhnya, yang betul orang Islam, lebih-lebih lagi rasulullah, adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, bukan yang memperajakan selain Allah, bukan yang mempertuankan selain Allah, serta bukanlah yang derhaka ataupun angkuh terhadap Allah, di samping bukanlah yang mempertuhankan selain Allah. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, serta adalah satu-satunya pengarang al Quran. Dan sedarlah sepenuhnya bahawa Islam tidaklah indah, usahkan sempurna berbanding agama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam agama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Janganlah tidak jujur. Janganlah zalim pada pandangan Allah. Dan janganlah shirik ataupun biadap terhadap Allah.
    Menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan. Memperajakan adalah mempertuankan, maka adalah menyembah, sedangkan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Dan ulama bukanlah yang patut dikatakan pewaris Nabi. Yang layak dikatakan pewaris Nabi bukanlah ulama, tetapi yang mendapat hidayah; namun sedarlah, bahawa yang menyembah selain Allah, yakni yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, serta biadab, sangat biadab. Dan yang menyamakan “rob” dengan tuhan bukanlah yang percayakan al Quran, tetapi terjemahan ataupun pengertian yang salah. Ketahui serta berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai ulama dan hadis dan sunnah dan tadabbur dan akal dan kejayaan. Kaji-selidiklah al Quran, ataupun fahamkanlah ajaran Allah yang terkandung dalam al Quran. Menjadi binatang ternakan, begitu juga tidak menggunakan akal, bukanlah ajaran Islam yang sebenar. Dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, serta boleh amat menyesatkan dan membawa ke Neraka. Sebenar ajaran Nabi Muhammad, termasuklah mengenai hadis dan sunnah dan ulama, adalah sepertimana yang dinyatakan dalam al Quran, kalamullah. Semakin engkau tidak tahu ajaran yang terkandung dalam al Quran, maka semakin mudahlah engkau untuk dipesong-sesatkan serta menjadi hina tak sedar diri. Dan dalam menilai sesuatu ajaran ataupun kepercayaan ataupun dakwaan, fikirkanlah juga siapa yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Jujurlah. Munasabahlah. Dan wajarlah.

Thursday, October 17, 2013

Kristian Dan Islam Dan Taik Babi

Islam adalah agama sebenar Nabi Isa. Islam, bukan Kristian, adalah agama Nabi Isa yang sebenar. Dan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, di samping adalah pencipta semua manusia. Maka, apakah susulan itu? Tadabburlah. Fahamkanlah. Dan bertindaklah sejajar dengan kebenaran dan keadilan. Demi Allah, bukanlah hanya rasulullah dan yang mengaku beragamakan Islam adalah yang berhak untuk menggunakan istilah dan kalimah Allah, serta mentadabbur al Quran, kalamullah. Niat tidaklah menghalalkan cara. Dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding agama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam agama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Sedarlah bahawa “rob” bukanlah tuhan, tetapi tuan. Dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah. Solat bukanlah sembahyang ataupun ibadat, tetapi ia adalah amal ibadat. Dan sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solat serta amal ibadat lain kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah. Yang menyamakan “rob” dengan tuhan bukanlah yang berpandukan al Quran, tetapi terjemahan yang salah. Setidak-tidaknya, yang menyamakan “rob” dengan tuhan, begitu juga yang menyamakan solat dengan sembahyang, dan begitu juga yang menyamakan menyembah dengan mempertuhankan, adalah tak reti bahasa, ataupun sengaja membohong, tidak jujur. Dan yang betul orang Islam, lebih-lebih lagi Nabi Isa dan Nabi Muhammad dan siapapun rasulullah, adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, bukan yang memperajakan selain Allah, juga bukan yang mempertuankan selain Allah, serta bukanlah yang angkuh terhadap Allah. Bohong ataupun tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Bohong ataupun tidak benar adalah bahawa solat adalah sembahyang. Dan bohong ataupun tidak benar adalah bahawa menyembah bermakna mempertuhankan, ataupun melakukan solat. Kepada ulama dan pakar dan ustaz yang membantah, atau bahkan menuduh aku sesat: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku, atau adakah engkau lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul? Jujurlah. Insaflah. Oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam: begitulah sikap dan ciri utama orang Islam yang sebenar, lebih-lebih lagi rasulullah; dan begitulah sebenarnya cara ataupun bagaimana untuk masuk Islam, iaitu agama ciptaan Allah, Dia yang tidak memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta, Dia, guru yang termampu untuk mengajarkan al Quran, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun.

Thursday, October 3, 2013

Ilmu Dan Akal Dan Guru

Yang manakah lebih sesuai untuk diajar: adakah si pengembala; atau adakah si lembu yang percayakan si pengembala? Janganlah bagaikan binatang ternakan ataupun kakaktua. Dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh. Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, apatah lagi tersalah kitab dan tersalah guru serta buruk sikap, boleh amat merosakkan serta membawa ke Neraka. Kaji-selidik ataupun tadabburlah al Quran dengan jujur serta dengan rasional; dan ikutlah wahyu, termasuklah ataupun terutamanya kata-kata ataupun ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan kafir dan tadabbur dan fikir dan akal dan hidayah. Yang tahu, betul tahu, adalah yang faham ataupun sedar, betul faham ataupun sedar, bukan atau berbanding yang hafaz ataupun ingat. Dan mengkaji-selidik ataupun mentadabbur adalah lebih baik berbanding mengaji ataupun berguru. Sedarlah, yang sebenarnya tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, begitulah juga yang tidak menyerah diri kepada Allah. Yang betul orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, bukan yang memperajakan selain Allah, juga bukan yang mempertuankan selain Allah, serta bukanlah yang angkuh terhadap Allah. Dan yang sebenarnya tidak menyembah Allah, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, bukanlah yang patut mengajarkan agama Islam, juga bukanlah yang patut diambil sebagai imam, di samping adalah yang membohong semasa melakukan solat. Janganlah tersalah kitab, ataupun tersalah guru, ataupun buruk sikap. Yang sepatutnya dianggap bergurukan syaitan ataupun bagaikan bergurukan syaitan adalah yang tersalah kitab ataupun tersalah guru, bukan yang tidak berguru, usahkan yang mentadabbur, usahkan yang mengkaji-selidik. Dan ingatlah, hidayah bukanlah untuk pelampau, juga bukanlah untuk pendusta. Bayangkanlah; fikir-fikirkanlah; dan insaflah.

Friday, September 20, 2013

PAS Bukan Islam, Dan Beberapa Hakikat Yang Patut Diterima-Pakai

Nik Aziz dan Hadi Awang sembah siapa, sebenarnya sembah siapa? Apakah sebenarnya erti sembah ataupun menyembah, maka tidakkah Nik Aziz dan Hadi Awang membohong semasa melakukan solat? “Hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah” adalah antara mesej yang terkandung dalam surah Fatihah; dan “wahai kafir, tidak aku sembah apa yang engkau sembah” adalah antara mesej yang terkandung dalam surah Kafirun: fahamkanlah. Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, atau bahkan selain Allah adalah yang disembah, sebenarnya disembah; dan membohong semasa bersolat; dan muslim palsu atau bahkan kafir mushrik tak sedar diri: pendek kata, begitulah orang PAS, juga begitulah orang UMNO, serta begitulah orang Melayu yang lain. Betapa cemerlang adalah kejayaan syaitan. Sesungguhnya, ustaz ataupun ulama ataupun pakar bahasa manakah yang boleh membuktikan bahawa menyembah bermakna mempertuhankan, ataupun bahawa sembahyang tidaklah semestinya ada kaitan dengan menyembah, ataupun bahawa bukanlah hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan? Suka atau tidak, apakah sebenarnya erti solat? Dan apakah sebenarnya erti ibadat ataupun ibadah? Redho atau tidak, apakah sebenarnya erti tuhan? Dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: siapakah yang boleh membuktikan bahawa itu tidaklah benar? Hakikatnya, kalau ada hamba maka adalah tuan: oleh kerana itu, kalau engkau adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan engkau. Namun siapakah sebenarnya yang engkau pertuankan, yakni kepada siapakah engkau sebenarnya menghambakan diri? Dan terjemahan yang sepatutnya untuk kalimah “la-ilaha-illallah” adalah “bukan tuhan melainkan Allah”. Sedarlah, lawan kepada istilah “la” adalah “naam”, bukan “wujud”.
       Sedarlah juga bahawa “rob” adalah sama ertinya dengan tuan, bukan dengan tuhan. Dan sedarlah bahawa erti “muslim” adalah yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah. “Muslim” bukanlah bererti yang bersalam, juga bukanlah bererti yang memberi salam. Ibadat ataupun ibadah adalah sama ertinya dengan sembahyang, bukan dengan solat. Dan erti tuhan, sebenar tuhan, adalah pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Suka atau tidak, pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun hanyalah Allah; maka, yang patut dikatakan tuhan, sebenar tuhan hanyalah Allah. Suka atau tidak, tidaklah Nabi Ibrahim, juga tidaklah Nabi Muhammad, masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah. Dan wahai kafir, hanya Allah adalah yang aku sembah, yakni pertuankan, juga perajakan, bukan sekadar pertuhankan. Yang betul orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, tidak memperajakan selain Allah, di samping tidak sombong terhadap Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, Dia, satu-satunya pencipta Islam dan guru yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Takrif dan terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya, usahkan diterima-pakai. Dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, juga boleh amat merosakkan. Kaji-selidik ataupun tadabburlah al Quran untuk mengenal Islam, sebenar Islam, apatah lagi untuk menjadi seorang yang setia serta taat kepada Allah. Fikir-fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional, bukan ikut suka, bukan ikut marwah. Dan insaflah, walau seramai manapun tidak suka. Amalkanlah: oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam. Dan sampaikan atau bahkan perjuangkanlah: Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri; Allahu akbar; Allahu akbar; Allahu akbar.
       Tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, yakni supaya menyembahNya; maka, siapa ajar bahawa solat adalah sepenting atau bahkan lebih penting berbanding menyembah Allah? Dan tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, yakni supaya menyembahNya; maka, tidakkah menyembah Allah adalah wajar, sangat wajar, lalu menyembah selain Allah adalah tidak wajar, amat tidak wajar? Tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, yakni supaya menyembahNya; maka, apakah susulan itu? Bayangkanlah. Fikir-fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional. Dan wajarlah. Hidayah Allah, apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, bukanlah untuk pelampau, juga bukanlah untuk pendusta; maka, perbaikilah sikap dan isi hati. Malu, juga marwah, janganlah diikut-ikutkan. Dan antara ulama ataupun imam ataupun ustaz yang tidak sependapat denganku, atau bahkan berani menuduh aku sesat, siapakah yang sanggup untuk mubahalah kepada Allah menentang aku yang juga mengatakan bahawa yang memperajakan selain Allah, begitu juga yang mempertuankan selain Allah, adalah kafir, biadab, serta adalah mushrik, najis, bukan sebenarnya orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin? Hmm, betapa yang percayakan Hadis dan Sunnah tidaklah sejajar dengan al Quran. Dan betapa yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun “rob” dengan tuhan, begitu juga yang mementingkan solat, sebenarnya adalah muslim palsu mushrik ataupun tidaklah menyembah Allah, bukan yang setia kepada Allah, usahkan menyerah diri kepada Allah.

Saturday, August 3, 2013

Kepada Kafir Dan Ulama Dan Imam Dan Guru

Siapakah yang engkau sembah, sebenarnya sembah, yakni
kepada siapakah engkau sebenarnya menghambakan diri, yakni
siapakah yang engkau sebenarnya pertuankan atau bahkan perajakan?
Dan apakah sepatutnya hak Allah sebagai pencipta manusia, sedangkan Dia berkuasa ke atas semua?
Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; dan sebenarnya, siapakah yang engkau sanjung bahkan agungkan:
apakah jawapan Nabi Muhammad; maka, adakah jawapan engkau sama saja, tiada yang berbeza?
Wahai kafir, aku tidak sembah siapapun yang engkau sembah, sebenarnya sembah:
Allah, hanya Allah, adalah yang aku sembah, yakni pertuankan, juga perajakan;
dan tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan.
Wahai kafir, takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya,
sedangkan Dia adalah yang berkuasa serta akbar berbanding semua.
Dan Allah, bukan ciptaanNya, bukan hambaNya, adalah yang patut dipertuankan,
serta adalah yang patut diperajakan, di samping patut disanjung-agungkan serta diberikan ketaat-setiaan.
Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; dan kalau ada hamba ataupun abdi maka adalah tuan;
dan suka atau tidak, semestinya raja adalah tuan, berkuasa sebagai tuan, ke atas siapapun yang diperintahnya.
Sedarlah, bahawa lawan kepada shirik adalah tauhid; dan lawan kepada perhambaan adalah kemerdekaan.
Mushrik, iaitu bukan babi, juga bukan anjing, adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah.
Dan sesungguhnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, maka kemerdekaan adalah hak asasi manusia.
“Wahai kafir, tidak aku sembah apa yang engkau sembah” adalah antara mesej yang terkandung
dalam surah Kafirun; dan “hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah” adalah antara mesej
yang terkandung dalam surah Fatihah: namun, siapakah yang engkau sembah, sebenarnya?
Bayangkanlah; dan fikir-fikirkanlah dengan jujur; dan janganlah sombong ataupun ikut sedap marwah.
Insaflah; dan amalkanlah: oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam.
Dan amalkan, atau bahkan perjuangkanlah: Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku,
dan kepada Allah aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita,
dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri; Allahu akbar; Allahu akbar.
Bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah; dan erti “rob” bukanlah tuhan, tetapi tuan;
dan masuk Islam, yakni menjadi muslim, bukanlah dengan mengucap dua atau berapapun kalimah syahadah;
dan yang memperajakan selain Allah, begitu juga yang mempertuankan selain Allah, adalah kafir, mushrik, najis;
dan yang betul orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah:
maka, antara ulama dan imam dan guru yang tidak setuju, atau bahkan menuduh aku sesat,
siapakah yang berani ataupun sanggup untuk mubahalah kepada Allah menentang aku,
bukan sebaliknya lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul? 

Tuesday, July 2, 2013

Kafir Dan Melayu, Dan Seruan Islam, Sebenar Islam

Tidakkah Nik Aziz dan Hadi Awang dan ahli PAS membohong semasa solat? Tidakkah begitu juga dengan Najib dan Muhyiddin dan ahli UMNO? Dan tidakkah begitu juga dengan Harussani dan semua ataupun kebanyakan mereka yang dikatakan kuat ugama? “Hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah” adalah antara kenyataan ataupun ajaran yang terkandung dalam surah Fatihah; dan “wahai kafir, tidak aku sembah apa yang engkau sembah” adalah antara kenyataan ataupun ajaran yang terkandung dalam surah Kafirun: bayangkanlah; fikir-fikirkanlah; dan jujurlah. Yang tidak mementingkan kebenaran dan kejujuran, lebih-lebih lagi yang juga tidak mementingkan keadilan dan kewajaran, bukanlah orang Islam, tetapi adalah munafik ataupun muslim palsu. Yang menyembah selain Allah, yakni yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah, adalah kafir, serta adalah mushrik. Dan yang menyembah selain Allah bukanlah orang Islam, usahkan pewaris Nabi, juga bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, juga biadab, sangat biadab, serta adalah najis, tidak suci, usahkan mulia. Mengaku menyembah Allah, padahal tidak, sebenarnya tidak; sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku diri orang Islam ataupun Kristian; dan tak mahu sesat, padahal sedang sesat: hmm, betapa cemerlang adalah kejayaan syaitan. Dan Allah adalah akbar, maka Allah adalah agung, serta cukup berhak untuk dipertuan-agungkan; namun siapakah yang sebenar-benarnya diagungkan atau bahkan disembah?
       Sembahlah Allah; dan setia serta menyerahlah kepada Allah. Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan dan perajakanlah Allah, hanya Allah; dan menyerahlah kepada Allah, Dia, tuan Alam semesta di mana Bumi berada, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia yang akbar berbanding semua, bahkan akbar tiada tandingan. Amalkanlah: oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam. Dan amalkan, atau bahkan perjuangkanlah: Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri. Janganlah ikutkan marwah, usahkan sombong ataupun mabuk kemarwahan; dan janganlah bagaikan kakaktua ataupun binatang ternakan. Kaji-selidik atau tadabburlah al Quran, dan sedari serta terima-pakailah sebenar ajaran Allah yang terkandung, termasuklah ajaran mengenai hadis dan sunnah dan kafir dan najis dan shafaat dan jihad dan muslim dan kejayaan. Sembahlah Allah; dan setia serta menyerahlah kepada Allah; dan jadilah orang akal dan orang ilmiah serta orang wajar, sebelum kepada Allah engkau dikembalikan, serta sebelum bertaubat hanyalah sia-sia. Ingatlah, bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah; sebenarnya, menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan; dan semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Solat, sebagaimana puasa, bukanlah sembahyang ataupun ibadat, tetapi adalah amal ibadat; sebenarnya, zikrullah adalah akbar berbanding solat; dan erti muslim, yakni orang Islam, adalah yang menyerah diri, yakni menyerah diri kepada Allah, maka muslim, sebenar muslim, tidaklah derhaka, juga tidaklah sombong terhadap Allah.
       Kepada ulama dan imam dan ustaz yang percaya bahawa solat adalah sembahyang, ataupun bahawa rob adalah tuhan, ataupun bahawa mushrik tidaklah najis serta sesat; lebih-lebih lagi kepada ulama dan imam dan ustaz yang percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap dua atau beberapa kalimah syahadah, ataupun bahawa memperajakan atau mempertuankan selain Allah tidaklah shirik serta biadab, ataupun bahawa Hadis atau Sunnah adalah kata-kata ataupun ajaran Nabi Muhammad, bukan fitnah, bukan pembohongan, bukan ada-adaan; dan kepada ulama dan imam dan ustaz, juga kepada paderi dan rahib dan sami, yang tidak percaya bahawa hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan, ataupun tidak percaya bahawa Allah adalah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia: sanggupkah engkau untuk mubahalah menentang aku; atau adakah engkau lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul? Janganlah tak reti bahasa, usahkan tidak jujur; dan janganlah membuta percaya, usahkan sembrono yakin.
       Allah adalah penilai terarif serta hakim terwajar. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, serta adalah satu-satunya pengarang al Quran. Dan Allah adalah pemberi hidayah, serta adalah guru yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran. Allah adalah akbar; Allah adalah akbar berbanding semua: maka, sikap dan layanan terhadap Allah adalah yang penting berbanding sikap dan layanan terhadap siapapun yang lain; begitulah juga halnya dengan ajaran dan hukum Allah; dan begitulah juga halnya dengan kata-kata dan kehendak Allah. Al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran dan kebenaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kezaliman dan kesesatan; namun hidayah Allah, bahkan kefahaman sebenar, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Kalau ada otak dan akal, maka silalah guna; dan perbaikilah sikap dan isi hati. Mentadabbur bukanlah menghafaz; dan bukanlah mentadabbur namanya kalau tidak memikirkan, ataupun kalau tidak cuba untuk memahami, ataupun kalau tidak menggunakan akal. Faham tidaklah sama saja dengan hafaz ataupun ingat; dan mengkaji-selidik adalah lebih baik berbanding mengaji ataupun berguru.
       Al Quran adalah kitab wahyu, kalamullah; setiap kalimah dalam al Quran adalah wahyu; dan sebenarnya ataupun pendek kata, pada setiap kalimah dalam al Quran ada di dalamnya ajaran Allah. Awas: siapapun yang sebenarnya bercanggah dengan al Quran, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, bukanlah yang sepatutnya mengajarkan ugama Islam, walau sehebat manapun gelarannya, dan walau seramai manapun penyokongnya. Rujuklah al Quran, kalamullah, dan ikutlah wahyu. Ketahuilah semua ajaran Allah mengenai kafir, dan janganlah berimamkan ataupun bergurukan kafir. Tersalah imam ataupun guru ataupun kitab ataupun kawan boleh membawa kepada kerosakan, bahkan boleh membawa ke Neraka. Ingatlah, apapun ajaran yang bercanggah dengan ajaran Allah patutlah dikatakan ajaran sesat, serta ditolak. Sebenarnya, yang sesat, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, bukanlah yang selamat, di samping bukanlah yang mulia ataupun tinggi martabatnya; namun kesedaran bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Kalau Allah tidaklah memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta, maka setakat manakah kewajaran dan kejujuran engkau? Dan kalau Allah tidaklah memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta, maka bagaimanakah pula dengan kasih ataupun keredhoanNya? Janganlah bohong, usahkan mengada-adakan, usahkan zalim. Janganlah ikutkan syahwat ataupun marwah, usahkan tidak munasabah, usahkan bodoh sombong. Disiplinkanlah diri; dan jadilah orang wajar bahkan mulia. Kita, dan semua bangsa, adalah ciptaan Allah. Dan rela atau tidak, kita adalah hamba kepunyaan Allah. Takkanlah Allah bukan tuan ke atas ciptaanNya. Dan fahamkanlah sepenuhnya, bahawa tidaklah Islam itu indah, usahkan cukup sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Kalaulah engkau takut untuk berfikir, apatah lagi kalau engkau tidak jujur serta tidak tahu sebenar ajaran Allah yang terkandung dalam al Quran, maka engkau adalah mudah untuk disesat-rosakkan, terutamanya atau termasuklah oleh pengikut Hadis.

Thursday, June 6, 2013

Mengenal Islam, Dan Cara Untuk Masuk Ataupun Berada Dalam Islam

Siapa patut, bukan zalim, bukan melampau? Dan siapa betul, bukan sesat, bukan salah? Kepada ulama dan imam dan ustaz yang yakin ataupun percaya bahawa solat adalah sembahyang, ataupun bahawa rob adalah tuhan, ataupun bahawa mushrik tidaklah najis; lebih-lebih lagi kepada ulama dan imam dan ustaz yang yakin ataupun percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah, ataupun bahawa memperajakan atau mempertuankan selain Allah tidaklah shirik serta biadab, ataupun bahawa Hadis adalah kata-kata ataupun ajaran Nabi Muhammad, bukan pembohongan, bukan ada-adaan; dan kepada ulama dan imam dan ustaz yang tidak percaya bahawa Allah adalah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku, atau adakah engkau lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul?
       Yang mengkaji-selidik tidaklah sama saja dengan yang mengaji ataupun berguru; yang sedar ataupun faham tidaklah sama saja dengan yang ingat ataupun hafaz; dan yang mendapat hidayah dari Allah tidaklah sama saja dengan yang sesat ataupun jahil. Apapun, percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, atau bahkan juga membawa ke Neraka: ada otak, silalah guna; ada hati, silalah rasa; dan fikir atau siasatlah dengan jujur serta dengan rasional. Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan; janganlah buruk sikap ataupun tersalah sangka; dan janganlah tersalah kitab ataupun tersalah guru. Al Quran bukanlah Hadis. Memahami Al Quran bukanlah dengan memahami Hadis; yang berpandukan al Quran tidaklah sama saja dengan yang berpandukan Hadis; dan yang sebenarnya tidak berpandukan al Quran ataupun ajaran Allah, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, bukanlah yang sepatutnya mengajarkan ugama Islam kepada siapapun, walaupun bergelar Abu Hakam.
       Hadis bukanlah kata-kata ataupun ajaran Nabi Muhammad; fahamkanlah, rasulullah adalah yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan kata-kata ataupun ajaranNya; maka, sebenar ajaran Muhammad, rasulullah, termasuklah mengenai kafir dan solat dan zikrullah dan jihad, adalah sepertimana yang dikatakan dalam al Quran, iaitu kitab wahyu, kalamullah. Sedarlah, bahawa masuk Islam, maka berada dalam Islam, adalah dengan menyembah Allah. Berlandaskan surah Kafirun, siapapun yang menyembah selain Allah adalah kafir; dan berlandaskan surah Kafirun, semestinya rasulullah, juga orang Islam yang lain, adalah penyembah Allah. Fahamilah surah Kafirun, dan sedarlah juga bahawa bukanlah betul orang Islam, usahkan pewaris Nabi, usahkan rasulullah, adalah seseorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah, apatah lagi seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah.
       Tadabburlah al Quran. Fahamilah, bahawa yang berimamkan al Quran adalah yang berpandukan al Quran; kalau tidak berpandukan al Quran, maka tidaklah berimamkan al Quran; dan semakin tahu al Quran, maka semakinlah boleh tahu hadis ataupun ajaran yang bercanggah dengan al Quran. Allah, iaitu pencipta Islam, satu-satunya pencipta Islam, adalah satu-satunya pengarang al Quran. Dan Allah adalah guru yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, di samping adalah pemberi hidayah serta pemberi rezeki. Tadabburlah al Quran. Tadabbur atau kaji-selidiklah al Quran untuk mengetahui sebenar ajaran Allah, juga Islam, sebenar Islam. Dan sedarlah, bahawa hadis yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah sebenarnya adalah bercanggahan dengan surah Kafirun: oleh kerana itu, hadis itu sepatutnya dikatakan hadis palsu, bukan hadis sahih, juga patut dianggap sebagai suatu fitnah ataupun pembohongan. Sesungguhnya, cara masuk Islam yang sebenar adalah sepertimana Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam; sesungguhnya, masuk Islam bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap; dan sesungguhnya, muslim, yakni orang Islam, adalah yang menyerah diri kepada Allah: ringkas kata, cara sebenar untuk masuk Islam, juga untuk berada dalam Islam, adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah. Sedarlah, bahawa ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah adalah ajaran yang sepatutnya dikatakan ajaran sesat; begitu juga dengan ajaran yang mengatakan bahawa solat adalah sembahyang; dan begitulah juga dengan ajaran yang mengatakan bahawa rob adalah tuhan. Lagi ajaran sesat adalah ajaran supaya berpandukan Hadis ataupun Sunnah ataupun suatu mazhab, juga ajaran bahawa kalau tidak berguru, maka syaitan adalah gurunya, serta ajaran bahawa Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu dan suami. Dan sedarlah, bahawa merosakkan adalah ajaran supaya tidak ikut akal, juga ajaran supaya yakin saja. Semakin tidak berakal bukanlah semakin wajar; dan semakin tidak ada akal, maka semakin mudahlah untuk dipesong-sesatkan ataupun diperdaya. Kalau tidak ikut akal, maka tidakkah akan bertambah kebodohan? Kalau tidak ikut akal, maka tidakkah akan bertambah kesesatan? Dan kalau tidak ikut akal, maka tidakkah akan bertambah kezaliman?
       Apapun ajaran yang bercanggah dengan ajaran Allah patutlah dikatakan ajaran sesat, serta ditolak; dan janganlah tetap jahil. Ketahuilah semua ajaran Allah mengenai kafir, dan janganlah berimamkan ataupun bergurukan kafir: tersalah imam ataupun guru ataupun kitab ataupun kawan adalah merugikan, atau bahkan membawa kepada kerosakan serta kehinaan. Janganlah al Quran sekadar dibaca, tetapi fahamkan dan sedarilah ajaran yang terkandung; dan Allah tidaklah menyuruh supaya menghafaz al Quran. Al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan. Kalau al Quran ibarat Allah, maka Hadis adalah ibarat manusia, tetapi Nabi Muhammad bukanlah antara pengarang Hadis. Dan Al Quran adalah sesuatu yang patut dijadikan panduan, termasuklah dalam menilai sesuatu hadis ataupun ajaran. Pendek kata, al Quran, bukan Hadis, adalah sesuatu yang patut diambil sebagai imam, juga sebagai hakim, di samping patut diambil sebagai guru ataupun sumber ilmu. Ada akal, silalah guna; dan fikirlah dengan jujur serta dengan rasional, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati. Janganlah membuta percaya: terjemahan yang salah, begitu juga takrif yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan dihayati; sebagai contoh, kalimah “la-ilaha-illallah” hanya ada 4 perkataan, dan terjemahan yang betul adalah “bukan tuhan melainkan Allah”. Ringkas kata, rujuklah al Quran dengan teliti; ketahuilah sebenar ajaran Allah, termasuklah mengenai tadabbur dan akal dan fikir dan ilmu dan ulama dan hadis dan sunnah dan shafaat dan sesat dan gila; dan ikutlah wahyu, yakni terima-pakailah kata-kata ataupun ajaran Allah, Dia yang akbar tiada tandingan. Suka atau tidak, Allah tetaplah berkuasa serta tetaplah berhak sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Allah, hanya Allah, adalah yang wajar disembah, yakni dipertuankan, juga diperajakan. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, adalah sama erti ataupun maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, tidak derhaka: amalkanlah.

Wednesday, May 15, 2013

Sinar Selangor (UMNO-BN) vs Selangor Kini (PKR-PR)

Kedua-dua akhbar nampak professional, tetapi malangnya, dalam Sinar Selangor tidak dinyatakan siapa penerbitnya, juga tidak dinyatakan siapa ketua pengarang dan siapa pengarang beritanya. Kenapa? Takut kena saman fitnah ke? Ringkas kata, Sinar Selangor adalah yang tidak sepatutnya dipercayai; maka UMNO-BN ataupun pihak yang berada di sebalik akhbar Sinar Selangor bukanlah pihak yang patut diberikan kepercayaan ataupun sokongan. Dan hutang negara Malaysia sudahpun melebihi RM500 billion (billion, bukan million): maka, bijak ataupun cukup elokkah pentatbiran UMNO-BN; dan tidakkah Najib patut dipersalahkan? Hmm, UMNO-BN: mengata dulang paku serpih, mengata orang tapi dialah yang lebih, atau yang sebenarnya menipu ataupun jahat ataupun salah. Betapa UMNO-BN adalah lintah darat serta perosak ekonomi Malaysia. Dan betapa UMNO-BN adalah perosak bangsa serta pencemar imej Islam. Fikir-fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati. Dan kalau nakkan bukti bahawa orang Melayu, termasuk atau terutamanya orang UMNO, bukanlah sebenarnya orang Islam atau bahkan adalah najis, selidiklah www.filopu.blogspot.com (laman blog ini), di samping memahami ayat 28 surah Taubah serta surah Kafirun dan surah an-Nas. Selamatkanlah diri atau bahkan bangsa; dan makmur-majukanlah negeri serta negara. Ingatlah, kebenaran dan keadilan, serta kejujuran, adalah tangga kemakmuran dan kemajuan serta kemuliaan. 

Monday, April 8, 2013

Nilai Perjuangan Dan Usaha, Dan Kepercayaan Dan Sikap Terpenting

Setakat manakah kewajaran dan kebaikan UMNO ataupun PAS, ataupun sesebuah pertubuhan ataupun kumpulan? Dan kalau tak sembah Allah, maka tinggikah nilainya, atau apakah akibatnya? Ringkas kata, kalaupun digabungkan, tetaplah remeh ataupun tidak penting adalah usaha Najib dan Mahathir dan Harussani dan Muhyiddin dan Nik Aziz dan Hadi Awang dan Mat Sabu dan Anwar Ibrahim, berbanding usaha menyedarkan Melayu bahawa mereka sebenarnya tidaklah menyembah Allah, maka mereka sebenarnya bukanlah orang Islam. Dan kalaupun tidak membawa ke Neraka, tetaplah remeh adalah perjuangan dan usaha ramai Melayu, juga perjuangan dan usaha ramai manusia lain, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan perjuangan mentauhidkan Allah, ataupun dengan usaha mengajak Melayu serta manusia lain supaya menyembah Allah, hanya Allah, yakni supaya mempertuan-rajakan Allah, hanya Allah, serta supaya menyerah diri kepadaNya. Menyembah Allah dan bersetia kepada Allah adalah yang penting dan tersangatlah tinggi nilainya berbanding semua sikap dan amalan yang boleh dilakukan oleh makhluk. Fahamkan, dan siasat, dan sedarlah. Janganlah tak reti bahasa; janganlah mabuk kemarwahan; dan janganlah sempit pemikiran ataupun singkat pandangan. Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; hakikatnya, kalau ada si hamba, maka mestilah juga ada si tuan; dan sebenarnya, bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: fikir-fikirkanlah; bayangkanlah; dan jujurlah sepenuhnya; janganlah putar-belit ataupun mengada-adakan. Ada otak, sila guna; ada hati, sila rasa; dan sebagaimana syahwat, marwah tidaklah prihatin, juga tidaklah bijak, di samping tidaklah mementingkan kewajaran dan kesucian dan kesetiaan kepada Allah.
       Mengaku menyembah Allah, padahal tidak, sebenarnya tidak. Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku diri orang Islam, atau bahkan perasan diri pewaris Nabi ataupun pejuang Islam. Hmm, betapa Melayu bercanggah dengan al Quran yang konon dipercaya; betapa surah Kafirun dan surah an-Nas tidaklah diterima-pakai; dan betapa Melayu melakukan solat adalah sesuatu yang menyeronokkan kepada syaitan. Tercapaikah akalmu; atau adakah sombong sudahpun membutakan atau merencat pemikiran? Sebenarnya, adakah kebenaran dan keadilan dan akal adalah yang engkau pentingkan, bukan ataupun berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi? Dan sebenarnya, adakah atau betulkah engkau menyembah Allah? Allahu akbar, namun siapakah yang dikatakan agung, atau bahkan dipertuan-agungkan? Allahu akbar, namun hukum ataupun ajaran ataupun keredhoan siapakah yang dipentingkan? Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu? Sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan: maka, adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka ataupun redho? Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; siapakah yang engkau anggap agung; siapakah yang engkau sanjung-agungkan: apakah jawapan dari Muhammad, rasulullah; maka, adakah jawapan engkau sama saja, tidak satupun berbeza?
       Renungilah surah Kafirun dan surah an-Nas; dan tadabbur atau kajilah al Quran, kitab wahyu, kalamullah: fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional; dan terimalah yang benar atau yang munasabah, walaupun menyakitkan. Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh; dan seseorang yang sekadar mempertuhankan Allah tidaklah menyembah Allah, maka adalah membohong ketika melakukan solat. Sedarlah, menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan; semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; dan sedarlah, bahawa surah Kafirun adalah bercanggahan dengan ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam ataupun menjadi muslim adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Hmm, betapa Hadis yang dikatakan sahih sebenarnya tidaklah sejajar dengan al Quran ataupun dengan kewajaran, maka tidaklah patut diikutkan.
       Tidaklah Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah; sebenarnya, tidaklah Arab, juga tidaklah Melayu dan Israel, istimewa berbanding kaum lain; dan sedarlah, bahawa yang menyamakan solat dengan sembahyang adalah berbohong ataupun tak reti bahasa, atau bahkan juga adalah najis serta sesat, sangat sesat. Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah: maka, apakah sebenarnya erti najis? Ketahuilah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah, tidak setia kepada Allah. Dan ketahuilah, serta berjuang ataupun bertindaklah sejajar dengan, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, satu-satunya yang wajar disanjung-agungkan, Dia, satu-satunya yang wajar dipertuankan, juga diperajakan, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Kemerdekaan adalah hak asasi setiap manusia, walau apapun bangsa dan jantina dan ugama dan tempat lahirnya, kerana ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa: redho atau tidak, kemuliaan Allah, juga kedudukan Allah dalam politik, tidaklah bergantung kepada kehendak siapapun makhlukNya; dan rela atau tidak, Allah tetaplah berhak serta berkuasa sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hakikatnya, tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, iaitu supaya menyembahNya; sesungguhnya, tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan fikirkan dan sedarlah, tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.
       Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan serta perajakanlah Allah, hanya Allah; dan menyerahlah kepada Allah, tidak angkuh, usahkan derhaka terhadap Allah. Semua manusia adalah makhluk Allah, yakni ciptaan Allah; dan semua manusia adalah hamba kepunyaan Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia, pencipta Islam dan pengarang al Quran, Dia yang tetap mulia serta akbar walaupun tidak disembah. Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, yakni bersetia kepada Allah; dan menyembah Allah, hanya Allah, adalah lebih penting berbanding semua solat dan perjuangan dan amal ibadat dan usaha, pendek kata. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri: amalkanlah; dan perjuangkanlah. Sedarlah, bahawa yang sedang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah bukanlah yang sedang berada dalam Islam, juga bukanlah yang sudah selamat, serta bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sedang sesat dan melampau, serta sedang tercemar, kotor akibat dosa. Suka atau tidak, Allah tidaklah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kesesatan, juga kebodohan. Ringkas kata, penting-beratkanlah kebenaran dan keadilan, juga kesucian dan kejujuran; kuasai ataupun kawallah nafsu, juga marwah; dan disiplinkanlah diri: kepada Allah kita dikembalikan; jagalah diri dari api Neraka. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan tin kosong, bukan binatang ternakan, usahkan barua syaitan. Adil dan jujur adalah sikap dan nilai murni terpenting untuk mendapatkan hidayah Allah dan kasihNya. Dan ingatlah, kehidupan di Dunia tidaklah penting kalau dibandingkan dengan kehidupan di Akhirat.

Monday, March 11, 2013

Sayang Dan Kewajaran Dan Marwah

Siapakah yang terbaik ataupun lebih baik untuk membimbing ataupun memimpin ataupun mengurus ataupun mentatbir? Sebenarnya, siapakah yang baik atau bahkan mulia, tidak kotor, tidak jahat, tidak keji, ataupun tidak hina pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terbaik, Dia yang bukan mata duitan, usahkan dangkal, Dia yang tidak bodoh serta tidak sedikitpun zalim? Kalau sayang anak ataupun seseorang, maka pilihlah seseorang yang taat-setia ataupun lebih taat-setia kepada Allah sebagai pengajar ataupun penasihatnya. Dan kalau sayang Malaysia ataupun sesebuah negeri, ataupun sesuatu yang harus ditatbir-urus, maka pilihlah seseorang ataupun pihak yang taat-setia ataupun lebih taat-setia kepada Allah sebagai pentatbir ataupun pengurusnya. Sedarlah, yang mementingkan kebenaran dan keadilan dan kejujuran adalah yang baik atau bahkan mulia, bukan ataupun berbanding yang mementingkan marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi. Dan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Sedarlah, berlandaskan surah Kafirun, seseorang yang menyembah selain Allah adalah kafir, maka bukanlah orang Islam, walaupun mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah; percayalah, tidaklah Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucapkan beberapa kalimah; dan sesungguhnya, yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menshirikkan Allah, maka adalah najis, sangat hina, di samping adalah sangat biadab serta sangat sesat. Kebenaran dan kepatutan, juga logik: tidakkah itu penting, termasuk berbanding marwah?
       Yang kufur terhadap Allah bukanlah yang taat kepada Allah; dan yang menshirikkan Allah bukanlah yang setia kepada Allah: ringkas kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah; dan yang kufur terhadap Allah, apatah lagi yang menshirikkan Allah, bukanlah sebenarnya orang Islam, juga bukanlah sebenarnya orang Kristian, di samping bukanlah rasulullah, juga bukanlah pewaris Nabi. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, tidak derhaka, usahkan curang: fahamkan dan hayatilah. Sedarlah, bahawa menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan, juga bahawa memperajakan adalah menyembah, serta bahawa al Quran adalah kitab wahyu karangan Allah. Al Quran adalah di dalam bahasa Arab; terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya; dan ustaz yang tidak mempertuan-rajakan Allah, hanya Allah, bukanlah yang sepatutnya mengajarkan Islam, sebenar Islam: apapun, ketahuilah sebenar ajaran Allah, termasuk atau terutamanya mengenai kafir dan najis dan ulama dan hadis dan sunnah dan syafaat dan solat dan jihad; janganlah otak bagaikan di lutut; dan janganlah yang munasabah, apatah lagi yang adil ataupun benar, diletakkan di bawah marwah ataupun adat, juga janganlah diletakkan di bawah kepartian ataupun masyarakat, usahkan diletakkan di bawah syahwat dan nafsu kebendaan. Janganlah tak tahu menilai; janganlah mengada-ngada, tidak jujur; dan janganlah dangkal.
       Salah guru, dan salah kitab, juga buruk sikap: begitulah Melayu sejak berzaman, pendek kata. Melayu nampaknya melakukan solat, tetapi Melayu sebenarnya berbohong, tidak jujur ketika bersolat; Melayu nampaknya melakukan solat, tetapi Melayu sebenarnya tidaklah menyembah Allah; dan Melayu nampaknya melakukan amal ibadat, tetapi Melayu sebenarnya tidaklah mengamalkan ajaran Allah, ataupun tidaklah taat-setia kepada Allah yang konon disembah: hmm, lain cakap, lain percaya; betapa syaitan suka ketika Melayu melakukan solat; betapa menyesat ataupun merosakkan adalah hadis yang dikatakan sahih; dan betapa ustaz, juga imam dan ulama, sebenarnya patut dikatakan barua syaitan, bukan ataupun berbanding pewaris Nabi. Lain cakap, lain percaya, ataupun lain di mulut, lain di hati; berbohong ataupun tak reti bahasa; dan betapa surah Kafirun, juga surah an-Nas, tidaklah difahami, usahkan dihayati. Apapun, siapakah yang mahukan kebenaran, tidak mahu kena bohong, tidak sukakan kepalsuan? Dan siapakah yang mahukan hidayah Allah dan keredhoanNya, tidak mahu sesat tak sedar diri, tidak mahu percaya yang bukan-bukan? Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh. Al Quran adalah untuk ditadabbur, bukan ataupun berbanding untuk dihafaz. Dan fahamkanlah, kita adalah ciptaan, juga hamba, kepunyaan Allah, Dia yang akbar berbanding semua, bahkan akbar tiada tandingan, Dia, pengarang al Quran dan guru yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Allahu akbar, namun siapakah yang dikatakan agung, atau bahkan disembah?
       Ada hamba, adalah tuan: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu; sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan; sebenarnya, kepada siapakah engkau menghambakan diri? Siapakah yang engkau sembah, sebenarnya sembah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba ataupun abdi maka mestilah ada si tuan? Dan siapakah yang si ustaz ataupun si imam sembah, sebenarnya sembah, bukan cakap bohong, bukan cakap saja, sedangkan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah? Semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; sedarlah, memperajakan adalah mempertuankan, maka adalah menyembah; dan yang memperajakan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah, maka adalah kafir, berlandaskan surah Kafirun. Sedarlah, menyembah selain Allah adalah shirik terhadap Allah, dan mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah, adalah najis menurut ayat 28 surah Taubah; ringkas kata, yang memperajakan selain Allah adalah mushrik, juga adalah najis, serta membohong semasa bersolat, kalau dia melakukan solat, termasuk atau iaitu semasa al-Fatihah dibaca ataupun diucapkan; namun syaitan adalah mak andam ketidak-wajaran.
       Mengaku menyembah Allah, padahal tidak; sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku orang Islam ataupun Kristian: apa nak dikata? Hidayah dan keredhoan Allah, begitu juga cinta sejati, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Masuk Islam adalah dengan sikap, bukan dengan cakap. Dan untuk lebih kesedaran ataupun maklumat, sila selidik dengan terperinci laman filopu (Filosuf Puitis) di Blogspot, di samping mengkaji-selidik al Quran, kalamullah, dengan jujur serta dengan rasional. Perjuang-tegakkanlah kebenaran serta kewajaran; janganlah mabuk kemarwahan ataupun dangkal; dan jagalah diri dari api Neraka. Ada otak, sila guna. Ada hati, sila rasa. Dan sebagaimana syahwat dan nafsu kebendaan, marwah adalah sesuatu yang patut dikuasai ataupun dikawal ataupun diketepikan, bukan ataupun berbanding sesuatu yang patut dipertahankan, usahkan sesuatu yang patut diperjuangkan. Fahamkanlah, sebenar orang Islam adalah yang menyembah serta menyerah diri kepada Allah yang kepadaNya kita pasti dikembalikan. Adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang cukup hampir kepada ketaqwaan kepada Allah. Dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar. Janganlah tak reti bahasa, usahkan bangang ataupun buta; janganlah bagaikan kakaktua, usahkan penyebar ajaran sesat ataupun bercanggah dengan al Quran; dan janganlah bohong, usahkan derhaka ataupun biadab terhadap Allah: jadilah orang akal dan orang ilmiah; dan jadilah orang wajar.

Tuesday, February 5, 2013

Sembahyang Dan Tauhid Dan Kewajaran

Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah. Menyembah Allah, hanya Allah, bukanlah hanya lebih baik berbanding tidur, tetapi juga adalah lebih baik berbanding solat, bahkan adalah lebih baik berbanding semua amal ibadat; dan rela atau tidak, seseorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, usahkan patut dikatakan mukmin, usahkan patut dikatakan pewaris Nabi, di samping tidaklah patut dikatakan pejuang Islam. Kaji-selidiklah surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah adalah kafir, lebih tepat, kafir mushrik: fahamkanlah, walau sebanyak manapun kebaikan dan pengetahuan dan hartanya, seseorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin, dan yang sebenarnya menyembah selain Allah masih adalah kafir mushrik, hina. Wahai kafir, tidaklah aku sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau menyembah apa yang aku sembah: soalnya, apa itu sembah ataupun menyembah, sebenarnya? Dan susulan itu, betulkah engkau, ataupun si ustaz, ataupun si imam, menyembah Allah, bukan cakap bohong, bukan cakap saja? Erti menyembah adalah menghambakan diri; kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah juga si tuan atau bahkan si raja; dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: fikir-fikirkanlah; munasabahlah; jujurlah.
       Ada otak, silalah guna; ada hati, silalah rasa; dan jujurlah sepenuhnya: percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh; percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, tidaklah membawa kepada kesempurnaan iman ataupun akal; dan ajaran supaya yakin ataupun percaya saja adalah ajaran untuk menyesatkan, di samping adalah ajaran yang membutakan ataupun merencat pemikiran. Renungilah surah Kafirun, dan sedarlah bahawa engkau bukanlah orang Islam kalau Allah tidaklah engkau sembah, dan bahawa engkau adalah kafir, maka bukanlah orang Islam, kalau selain Allah adalah yang engkau sembah, sebenarnya sembah. Menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah, iaitu bukan mengucap dua kalimah syahadah, adalah cara ataupun bagaimana untuk masuk Islam, yakni untuk menjadi muslim: sesungguhnya, Nabi Muhammad, juga Nabi Ibrahim, tidaklah masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah; sesungguhnya, erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri, iaitu kepada Allah, Dia yang berkuasa berbanding semua, Dia yang sentiasa berhak dipertuan-rajakan; dan fahamkanlah sepenuhnya, bahawa masuk Islam, maka apatah lagi masuk Syurga, adalah dengan ilmu dan kewajaran, iaitu bukan dengan mengikut marwah.
       Siapa mengajar bahawa Islam ada ketua, ataupun bahawa seseorang manusia boleh menjadi ketua Islam? Sedarlah, seseorang manusia hanya boleh berada di dalam ataupun di luar Islam, bukan di atas Islam, juga bukan di depan Islam; dan hakikatnya, erti muslim adalah yang menyerah diri, iaitu kepada Allah. Suka atau tidak, Islam, iaitu ugama ciptaan Allah, tidaklah memerlukan ketua ataupun pelindung; dan ugama Islam sudahlah sempurna, yakni sudah disempurnakan oleh Allah, Dia, penilai terarif, Dia, guru teralim, maka tidaklah harus, usahkan perlu ada penambah-baikan ataupun perubahan kepada Islam; apapun, yang berhak untuk menambah ataupun merubah ugama Islam hanyalah Allah, iaitu Dia yang tahu serta wajar berbanding semua, iaitu Dia yang akbar tiada tandingan, iaitu Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hmm, sedangkan syaitan adalah mak andam kejahatan dan kebodohan dan ketidak-wajaran, siapakah yang layak untuk mendapat hidayah, tidak tersalah-faham, tidak percaya yang bukan-bukan, tidak terus sesat ataupun jahil? Kalaulah betul engkau percayakan surah Kafirun, maka tidaklah engkau percayakan hadis yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah; kalaulah betul engkau percayakan surah an-Nas, maka tidaklah Allah sekadar engkau pertuhankan; dan kalaulah betul engkau percayakan ayat 28 surah Taubah, maka tidaklah engkau percayakan ajaran dan imam dan mazhab yang mengatakan bahawa anjing, juga babi, adalah najis. Sedarlah, bahawa erti najis adalah cemar, yakni kotor akibat dosa; dan menshirikkan Allah adalah paling berdosa, serta adalah kesalahan yang paling melampau, paling biadab, paling jahat.
       Kebenaran, juga kejujuran, bukanlah sepatutnya sejajar dengan marwah; kewajaran, juga keadilan, juga kebenaran, bukanlah sesuatu yang sepatutnya menyeronokkan; dan hidayah Allah, bahkan kesedaran, apatah lagi kasih Allah dan SyurgaNya, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja: sedarlah, bahawa bukanlah hanya syahwat dan nafsu, tetapi marwah juga bukanlah sesuatu yang patut diikut-ikutkan, serta bukanlah sesuatu yang patut diperjuangkan; disiplinkan serta jagalah diri, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati; dan betapa sikap jujur, di samping logik dan akal, amatlah penting untuk menjadi seorang yang faham, betul faham, serta sedar, cukup sedar. Ilmu sembahyang dan tauhid adalah ilmu yang paling perlu untuk menjadi orang Islam yang sebenar, lebih-lebih lagi untuk menjadi ahli Syurga ataupun seorang yang mulia, sungguh mulia; tidaklah menyerah diri kepada Allah kalau tidak mahu mempertuan-rajakan Allah, juga kalau derhaka ataupun sombong terhadap Allah; dan menyembah Allah, hanya Allah, adalah sikap serta kewajaran yang paling tinggi nilainya; namun, syaitan adalah mak andam kejahatan dan kebodohan dan ketidak-wajaran, dan Allah pula tidaklah sudi untuk memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta; subhanallah.
       Innalillah; wainna ilaihiraajiuun. Tidaklah Allah letakkan SyurgaNya di bawah telapak kaki rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa, usahkan di bawah telapak kaki suami; ilmu dan kewajaran adalah yang membawa ke Syurga, bukan kasih dan penghormatan siapapun makhluk; dan Hadis atau apapun yang sebenarnya bercanggah dengan sesuatu ajaran Allah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Allah adalah guru teralim dan yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, di samping adalah satu-satunya yang patut dipertuankan, dan diperajakan, dan dipertuhankan. Ringkas kata, kenal-pasti ataupun ketahuilah sebenar ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, termasuklah mengenai hadis dan sunnah dan kafir dan najis dan ulama dan shafaat; dan ikutlah wahyu, yakni terima-pakai ataupun berpeganglah kepada ajaran Allah, walau seramai manapun muslim palsu dan makhluk lain memutar-belit, atau bahkan memaksa dan mengganas, tidak jujur, tidak wajar, tidak baik: Allahu akbar.
       Pencipta, bukan makhluk, adalah yang patut dipertuankan; tidaklah ciptaan patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan hayatilah, bahawa ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa, Dia yang akbar berbanding semua, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia, semua manusia, walau apapun bangsa dan sebenar ugamanya. Sedarlah, menyembah Allah adalah dengan mempertuankan dan memperajakan Allah; mempertuankan, apatah lagi memperajakan selain Allah adalah menshirikkan Allah, tidak setia kepada Allah; dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, tidak derhaka, usahkan curang; dan kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah yang kepadaNya kita dikembalikan untuk perkiraan yang tepat, serta untuk pembalasan yang telah Dia janjikan. Maka, apakah sikap dan isi hatimu; apakah kebaikan yang engkau ada ataupun telah lakukan; ringkasnya, siapakah engkau pada pandangan Allah, Dia yang mulia serta akbar tiada tandingan?

Monday, January 7, 2013

Masih Kebuntuan

Konon nak pergi be Batu 39 petang tadi, hmm, tapi bukanlah itu yang terjadi. Siapakah si dia sebenar-benarnya: adakah masih perawan; atau adakah sudah menjadi bekas orang, demi marwah, atau juga demi adat, ataupun gara-gara keengganannya untuk berterus-terang dan jujur kepadaku? Dan siapakah si dia yang bagaikan bisu, ataupun macam batu, ataupun macam tunggul kayu? Hmm, manusia apakah yang mementingkan marwah atau juga adat berbanding kejujuran: betulkah orang Islam; atau adakah sebenarnya munafik, haprak tak sedar diri, atau bahkan adalah mushrik, najis, tidak suci usahkan mulia, walaupun sempurna menutup aurat serta nampak khusyuk melakukan solat? Dan ketidak-jujuran, juga diam, boleh melukakan. Siapakah si dia? Siapakah si dia yang, seingat aku, tidaklah pernah memberi salam, juga tidaklah pernah bertanya khabar? Dan siapakah si dia yang, kalau aku tidak tersalah-sangka, hanyalah sudi untuk memberikan isyarat dengan menggunakan beberapa pemuda yang sanggup untuk memandang kepadaku dengan suatu pandangan yang boleh dikatakan ataupun disangkakan bermakna, yakni tidak kosong ataupun bukanlah sekadar memandang? Namun aku adalah orang akal, yakni rasional: bagiku, isyarat ataupun tanda itu, kalaupun wujud, adalah meragukan, tidak jelas, maka ianya boleh dipertikai, atau bahkan boleh diketawakan; dan kalau isyarat ataupun tanda itu adalah dari si dia, maka apakah mahunya?
       Si dia sudah berkahwin: itulah yang telah diberitahu oleh dua orang kepadaku; namun, siapakah si dia yang, kalau aku tidak silap, masih menggunakan pemuda itu untuk entah berapa kali memberikan aku suatu isyarat ataupun tanda? Hmm, siapakah si dia; siapakah si dia sebenar-benarnya: adakah khabar mengenai perkahwinannya tidaklah benar; adakah khabar itu hanyalah suatu helah agar aku segera mendapatkannya serta memilikinya sebagai isteri, sedangkan aku dan dia belum pun mesra? Ketidak-jujuran; dan keengganannya untuk berterus-terang; dan ketidak-mesraan: Allah tahu betapa telah terlukanya aku; dan betapa aku telah tidak larat, serta tidak ingin untuk tahu mengenai si dia. Hari berganti minggu, juga berganti bulan. Hmm, sesak di dada, apakah maknanya; dan mengapakah, kalau aku tidak silap, si dia masih memberikan isyarat ataupun tanda yang entah apa mesej yang terkandung?
       Berilah salam, atau tanyalah khabar; dan berilah kemesraan; dan berterus-terang serta jujurlah; janganlah macam bisu; janganlah macam batu; dan janganlah macam tunggul kayu: begitulah, ingin aku berpesan. Siapakah yang sudi untuk menyampaikan? Sebenarnya, aku keberatan, masih keberatan untuk menghubunginya secara terus: pastinya, aku tidak mahu kena marah; pastinya, aku tidak mahu dikatakan mengganggu; dan pastinya, aku tidak mahu disakitkan hati; namun, demi kewajaran ataupun kebenaran, aku rela sakit hati; apapun, yang patut dipentingkan adalah kewajaran dan kebenaran, bukan siapapun makhluk. Kalau tak cinta ataupun tak mahu, maka katakan saja, jujur saja: aku sedia mengundur diri; dan janganlah marah ataupun merasa sakit hati kalau aku mendapat seseorang yang lebih baik serta muda sebagai ganti. Fahamkanlah bahawa aku bukanlah orang marwah, maka aku bukanlah seorang yang mudah syok sendiri, juga bukanlah seorang yang mudah ikut suka hati. Aku tidak suka meneka-neka, termasuk atau terutamanya dalam hal cinta; pastinya, aku takut ataupun tidak mahu tersalah-sangka. Dan walaupun sudah tua ataupun jauh lebih berusia, aku juga mempunyai hati dan perasaan: pendek kata, janganlah ikut sedap sendiri saja; janganlah tidak wajar; dan janganlah macam tidak berakal; ada otak, guna; ada hati, rasa.
       Cinta: it's complicated; hmm, mungkin melainkan cinta syahwat dan cinta kebendaan? Dan little things mean a lot: beberapa perkara yang biasanya kecil, yakni tidak penting, boleh jadi amat bermakna ataupun sangat penting di suatu keadaan. Terlampau pasif ataupun terlampau malu adalah menyusahkan, atau bahkan menghalang seseorang yang diinginkan dari mahu menghampiri. Ringkas kata, berilah salam, atau tanyalah khabar, dan berilah kemesraan; dan berterus-terang serta jujurlah: itulah antara perkara yang elok atau bahkan sepatutnya telah si dia lakukan. Pendek kata, cara ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap bohjan ataupun orang syahwat, ataupun terhadap ayam jantan ataupun muka tembok, bukanlah cara ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap aku. Berterus-terang, tidak diam saja, tidak berahsia; dan jujur, tidak bohong, tidak berpura-pura: bagaimana lagi agar sesuatu urusan akan menjadi mudah, ataupun supaya sesuatu hubungan boleh menjadi lancar atau bahkan indah? Dan takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga, bahawa perempuan bukanlah perigi, tetapi adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air; oleh itu, takkanlah perigi, yakni lelaki, mencari timba, yakni perempuan: fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional; janganlah mabuk kemarwahan; dan terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar. Hmm, berterus-terang dan jujur mengenai perasaanku kepadanya telah pun aku lakukan; maka, aku, yakni bukan si dia, adalah yang patut dikatakan pihak yang sudah cukup berusaha.
       Terlampau pasif, juga terlampau malu, apatah lagi terlampau angkuh, adalah menyusahkan, atau bahkan memustahilkan; dan terlampau pasif, juga terlampau malu, apatah lagi terlampau angkuh, bukanlah bermakna istimewa, juga bukanlah bermakna tinggi martabatnya. Suka atau tidak, adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang hampir kepada taqwa, iaitu sesuatu yang mulia, yakni tinggi martabatnya; dan kesucian adalah sebahagian dari kemuliaan, sebenar kemuliaan. Suka atau tidak, kalau zalim, tidak adil, maka bukanlah bertaqwa kepada Allah; dan kalau tidak suci ataupun kalau tidak bersih, maka tidaklah baik usahkan mulia; namun syaitan adalah mak andam kebodohan dan ketidak-wajaran. Hmm, malu. Malu, begitu juga berani, tidaklah semestinya elok: malu, juga berani, bukanlah hanya sebahagian dari kebaikan, tetapi juga adalah sebahagian dari keburukan; dan malu, juga berani, bukanlah hanya boleh menguntungkan, tetapi juga boleh merugikan. Malu ataupun takut untuk berbohong: itu adalah baik ataupun bersih, tidak jahat, tidak kotor, tidak sepertimana berani berbohong. Dan berani, juga tidak malu, untuk memperjuang-tegakkan keadilan ataupun kebenaran: itu adalah baik atau bahkan mulia, walau seramai manapun muslim palsu mengada-ngada, atau bahkan mengancam, tidak suka, tidak merestui.
       Hmm, fahamkah si dia siapa aku? Setakat manakah si dia tahu mengenai sikap ataupun sifat ataupun kepercayaanku? Dan siapakah yang si dia percayakan dalam hal yang membabitkan Allah ataupun Islam ataupun kewajaran: adakah seorang yang sekadar mempertuhankan Allah, maka sebenarnya tidaklah menyembah Allah, maka sebenarnya bukanlah orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin? Sesungguhnya, tidaklah lelaki sama saja, begitulah juga dengan perempuan; tidaklah Melayu sama saja, begitulah juga dengan Cina dan apapun bangsa. Dan tidaklah pelampau, juga tidaklah pendusta, adalah orang Islam yang sebenar; namun hidayah, bahkan sebenar kefahaman, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Alhamdulillah, aku adalah orang akal dan kewajaran, bukan ataupun berbanding orang marwah dan syahwat dan kebendaan; aku menyembah hanya Allah, yakni mempertuankan serta memperajakan hanya Allah, bukan sekadar mempertuhankan Allah; dan aku mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, bukan sekadar berserah kepada Allah: hmm, siapakah yang serasi ataupun sepadan denganku? Hadis dan apapun yang bercanggah dengan al Quran tidaklah patut diterima-pakai; terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya sebagai kebenaran; dan betapa yang mementing-beratkan solat sebenarnya adalah yang menshirikkan Allah, bukan yang mentauhidkan Allah, bukan yang setia kepada Allah.
       Hmm, sesak di dada: apakah maknanya? Siapakah yang tahu mengenai percintaan ini, serta sudi pula untuk membantu dalam menyelesaikan, tidak dengki, tidak cemburu, tidak cuba untuk merosakkan? Dan istimewa atau tidak, apakah rancangan Allah sebenarnya, kalau Allah ada suatu rancangan? Keraguan; teragak-agak; aku di dalam teka-teki: apakah perasaannya; apakah mahunya; betulkah, ataupun masihkah si dia cintakan serta mahukan aku? Dan siapakah si dia sekarang, setelah bertahun aku berada di kejauhan: adakah masih dara; adakah masih setia; dan adakah suci atau bahkan mulia? Allah tahu, sungguh tahu. Pendek kata, aku terbuka sebagai kawan, juga sebagai pembimbing, kalaupun tidak sebagai suami. Salam.