Thursday, June 6, 2013

Mengenal Islam, Dan Cara Untuk Masuk Ataupun Berada Dalam Islam

Siapa patut, bukan zalim, bukan melampau? Dan siapa betul, bukan sesat, bukan salah? Kepada ulama dan imam dan ustaz yang yakin ataupun percaya bahawa solat adalah sembahyang, ataupun bahawa rob adalah tuhan, ataupun bahawa mushrik tidaklah najis; lebih-lebih lagi kepada ulama dan imam dan ustaz yang yakin ataupun percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah, ataupun bahawa memperajakan atau mempertuankan selain Allah tidaklah shirik serta biadab, ataupun bahawa Hadis adalah kata-kata ataupun ajaran Nabi Muhammad, bukan pembohongan, bukan ada-adaan; dan kepada ulama dan imam dan ustaz yang tidak percaya bahawa Allah adalah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku, atau adakah engkau lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul?
       Yang mengkaji-selidik tidaklah sama saja dengan yang mengaji ataupun berguru; yang sedar ataupun faham tidaklah sama saja dengan yang ingat ataupun hafaz; dan yang mendapat hidayah dari Allah tidaklah sama saja dengan yang sesat ataupun jahil. Apapun, percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, atau bahkan juga membawa ke Neraka: ada otak, silalah guna; ada hati, silalah rasa; dan fikir atau siasatlah dengan jujur serta dengan rasional. Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan; janganlah buruk sikap ataupun tersalah sangka; dan janganlah tersalah kitab ataupun tersalah guru. Al Quran bukanlah Hadis. Memahami Al Quran bukanlah dengan memahami Hadis; yang berpandukan al Quran tidaklah sama saja dengan yang berpandukan Hadis; dan yang sebenarnya tidak berpandukan al Quran ataupun ajaran Allah, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, bukanlah yang sepatutnya mengajarkan ugama Islam kepada siapapun, walaupun bergelar Abu Hakam.
       Hadis bukanlah kata-kata ataupun ajaran Nabi Muhammad; fahamkanlah, rasulullah adalah yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan kata-kata ataupun ajaranNya; maka, sebenar ajaran Muhammad, rasulullah, termasuklah mengenai kafir dan solat dan zikrullah dan jihad, adalah sepertimana yang dikatakan dalam al Quran, iaitu kitab wahyu, kalamullah. Sedarlah, bahawa masuk Islam, maka berada dalam Islam, adalah dengan menyembah Allah. Berlandaskan surah Kafirun, siapapun yang menyembah selain Allah adalah kafir; dan berlandaskan surah Kafirun, semestinya rasulullah, juga orang Islam yang lain, adalah penyembah Allah. Fahamilah surah Kafirun, dan sedarlah juga bahawa bukanlah betul orang Islam, usahkan pewaris Nabi, usahkan rasulullah, adalah seseorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah, apatah lagi seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah.
       Tadabburlah al Quran. Fahamilah, bahawa yang berimamkan al Quran adalah yang berpandukan al Quran; kalau tidak berpandukan al Quran, maka tidaklah berimamkan al Quran; dan semakin tahu al Quran, maka semakinlah boleh tahu hadis ataupun ajaran yang bercanggah dengan al Quran. Allah, iaitu pencipta Islam, satu-satunya pencipta Islam, adalah satu-satunya pengarang al Quran. Dan Allah adalah guru yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, di samping adalah pemberi hidayah serta pemberi rezeki. Tadabburlah al Quran. Tadabbur atau kaji-selidiklah al Quran untuk mengetahui sebenar ajaran Allah, juga Islam, sebenar Islam. Dan sedarlah, bahawa hadis yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah sebenarnya adalah bercanggahan dengan surah Kafirun: oleh kerana itu, hadis itu sepatutnya dikatakan hadis palsu, bukan hadis sahih, juga patut dianggap sebagai suatu fitnah ataupun pembohongan. Sesungguhnya, cara masuk Islam yang sebenar adalah sepertimana Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam; sesungguhnya, masuk Islam bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap; dan sesungguhnya, muslim, yakni orang Islam, adalah yang menyerah diri kepada Allah: ringkas kata, cara sebenar untuk masuk Islam, juga untuk berada dalam Islam, adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah. Sedarlah, bahawa ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah adalah ajaran yang sepatutnya dikatakan ajaran sesat; begitu juga dengan ajaran yang mengatakan bahawa solat adalah sembahyang; dan begitulah juga dengan ajaran yang mengatakan bahawa rob adalah tuhan. Lagi ajaran sesat adalah ajaran supaya berpandukan Hadis ataupun Sunnah ataupun suatu mazhab, juga ajaran bahawa kalau tidak berguru, maka syaitan adalah gurunya, serta ajaran bahawa Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu dan suami. Dan sedarlah, bahawa merosakkan adalah ajaran supaya tidak ikut akal, juga ajaran supaya yakin saja. Semakin tidak berakal bukanlah semakin wajar; dan semakin tidak ada akal, maka semakin mudahlah untuk dipesong-sesatkan ataupun diperdaya. Kalau tidak ikut akal, maka tidakkah akan bertambah kebodohan? Kalau tidak ikut akal, maka tidakkah akan bertambah kesesatan? Dan kalau tidak ikut akal, maka tidakkah akan bertambah kezaliman?
       Apapun ajaran yang bercanggah dengan ajaran Allah patutlah dikatakan ajaran sesat, serta ditolak; dan janganlah tetap jahil. Ketahuilah semua ajaran Allah mengenai kafir, dan janganlah berimamkan ataupun bergurukan kafir: tersalah imam ataupun guru ataupun kitab ataupun kawan adalah merugikan, atau bahkan membawa kepada kerosakan serta kehinaan. Janganlah al Quran sekadar dibaca, tetapi fahamkan dan sedarilah ajaran yang terkandung; dan Allah tidaklah menyuruh supaya menghafaz al Quran. Al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan. Kalau al Quran ibarat Allah, maka Hadis adalah ibarat manusia, tetapi Nabi Muhammad bukanlah antara pengarang Hadis. Dan Al Quran adalah sesuatu yang patut dijadikan panduan, termasuklah dalam menilai sesuatu hadis ataupun ajaran. Pendek kata, al Quran, bukan Hadis, adalah sesuatu yang patut diambil sebagai imam, juga sebagai hakim, di samping patut diambil sebagai guru ataupun sumber ilmu. Ada akal, silalah guna; dan fikirlah dengan jujur serta dengan rasional, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati. Janganlah membuta percaya: terjemahan yang salah, begitu juga takrif yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan dihayati; sebagai contoh, kalimah “la-ilaha-illallah” hanya ada 4 perkataan, dan terjemahan yang betul adalah “bukan tuhan melainkan Allah”. Ringkas kata, rujuklah al Quran dengan teliti; ketahuilah sebenar ajaran Allah, termasuklah mengenai tadabbur dan akal dan fikir dan ilmu dan ulama dan hadis dan sunnah dan shafaat dan sesat dan gila; dan ikutlah wahyu, yakni terima-pakailah kata-kata ataupun ajaran Allah, Dia yang akbar tiada tandingan. Suka atau tidak, Allah tetaplah berkuasa serta tetaplah berhak sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Allah, hanya Allah, adalah yang wajar disembah, yakni dipertuankan, juga diperajakan. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, adalah sama erti ataupun maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, tidak derhaka: amalkanlah.