Wednesday, September 6, 2017

Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab

Abdi itu apa? Ibadat itu apa? Abdi dan ibadat adalah antara banyak perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan ibadat adalah sama ertinya dengan penyembahan. Arab dan Jawi tidaklah sama. Di dalam bahasa Arab, abdi adalah perkataan yang ejaannya adalah “ain-ba-dal”, iaitu bukan “alif-ba-dal-ya”. Fahamilah, bahawa sembah di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal”, atau mengandungi “ain-ba-dal”. Dan bagi ibadah, ejaannya di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal-ha”. Fahamilah, bahawa ibadah dan ibadat adalah sama ertinya, sebagaimana solaah dan solaat adalah sama ertinya. Abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh sebab itu, mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan betulkah bahawa beribadat adalah sama ertinya dengan menyembah? 
       Bersolaat ialah melakukan solaat. Dan beribadat ialah melakukan ibadat. Ibadat ialah penyembahan, dan melakukan penyembahan adalah sama ertinya dengan menyembah. Maka? Beribadat, iaitu melakukan ibadat, iaitu melakukan penyembahan, adalah sama ertinya dengan menyembah. Nampak? Harap maklum. Dan sedarlah bahawa melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan mentauhidkan Allah. Bukalah minda. Fikirkan secara jujur dan rasional. Dan paksa atau disiplinkanlah diri untuk menerima kebenaran, lebih-lebih lagi ajaran Allah. Jangan silap ataupun kena tipu mengenai hamba dan sembah. Jangan silap ataupun kena tipu mengenai sunnah dan hadis dan apa pun perkataan. Dan janganlah silap ataupun kena tipu mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Berbalik kepada hamba dan sembah, di dalam bahasa English, hamba = slave, dan sembah = worship. Sebenarnya, hamba dan sembah di dalam bahasa Arab adalah “ain-ba-dal” atau mengandungi “ain-ba-dal, maka apakah susulan itu? Sembah atau menyembah ada kaitan dengan hamba atau dengan menjadi hamba. Selain menyedari bahawa hamba = abdi, sedarlah juga bahawa menyembah = menghambakan diri. Apa itu menghambakan diri? Menghambakan diri = merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Menyembah = menghambakan diri, dan kalau ada hamba, maka adalah tuan: Maka, apakah susulan itu, atau apakah yang patut disedari? 
       Sebenarnya, kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri ataupun mengabdikan diri = mempertuankan. Dan ketahuilah bahawa raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Apa itu mempertuankan? Mempertuankan = mengambil atau menerima sebagai tuan. Pendek kata, menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Menyembah = menghambakan diri = mempertuankan, maka? Sedarlah bahawa tidaklah menyembah Allah kalau tidak menghambakan diri kepada Allah. Tidaklah menyembah Allah kalau tidak mempertuankan Allah. Dan awas, menyembah selain Allah adalah shirik (syirik). Fikir, siapakah yang di imam atau si ustaz pertuankan atau bahkan perajakan? Dengan kata lain, siapakah yang si imam atau si ustaz ambil atau terima sebagai tuannya atau bahkan sebagai rajanya? Maka, siapakah yang si imam atau si ustaz sembah, sebenarnya sembah? Bukalah minda. Jujurlah. Dan sembahlah Allah, hanya Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Notis: Kepada sesiapa yang tahu bahasa Arab dan ingin membantu dalam menterjemahkan sesuatu surah atau ayat dari al Quran, sila hubungi aku. 
☆☆☆☆☆☆☆ 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Syahadah Dan Munafiq @ 
Jangan Silap Mengenai Masuk Islam 
- https://bit.ly/33YDb8k 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU 
••••• 
Cara Menyembah Dan Erti Tuhan, Dan Mengenai 
Solat Dan Syahadah Munafik
- http://goo.gl/gKNTLU