Takut sesat, padahal sedang sesat. Dan mengaku Muslim, padahal salah mengenai masuk Islam, juga tidak tahu bahawa Muslim ialah yang “aslim”. Berapa ramaikah yang percaya bahawa menyembah atau “nun-ain-ba-dal” adalah mengabdikan diri, tetapi bukanlah menghambakan diri? Bagaimana pula dengan yang percaya bahawa solaat adalah ibadat? Dan bagaimana pula dengan yang percaya bahawa “rob” adalah tuhan? Hmm, Allah tahu berapa ramai yang salah faham atau keliru atau bahkan menjadi sesat gara-gara terjemahan atau pengertian yang menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab, ataupun akibat ejaan yang ada kelainan. Dan antara perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah abdi dan ibadat dan salaam dan solaat.
Awas, Arab dan Jawi tidaklah sama saja. Huruf “lam” di dalam bahasa Arab adalah bersamaan dengan “la”, bukan bersamaan dengan huruf “l”. Dan “lam-alif” di dalam bahasa Arab adalah bersamaan dengan “laa”, bukan bersamaan dengan “la”. Jangan tertipu ataupun keliru akibat ejaan. Solaah dan solaat dan solat dan sholat adalah sama ertinya, tetapi aku memilih untuk menggunakan “solaat”. Dan ketahuilah, bahawa ibadah dan ibadat adalah sama ertinya, tetapi aku memilih untuk menggunakan “ibadat”. Bersolaat adalah sama ertinya dengan melakukan solaat, sebagaimana beribadat adalah sama ertinya dengan melakukan ibadat. Ibadat adalah sama ertinya dengan penyembahan, dan melakukan penyembahan adalah sama ertinya dengan menyembah, maka, beribadat, iaitu melakukan ibadat, iaitu melakukan penyembahan, adalah sama ertinya dengan menyembah. Nampak? Dan fahamilah, bahawa beribadat kepada Allah adalah sama ertinya dengan menyembah Allah. Sesungguhnya, menyembah Allah, dan menghambakan diri kepada Allah, dan mengabdikan diri kepada Allah, dan beribadat kepada Allah, adalah sama ertinya. Dan sedarilah hakikat bahawa mempertuankan, begitu juga atau apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Maka?
Fahamilah, bahawa aku mengajak supaya menyembah hanya Allah, iaitu supaya menghambakan diri hanya kepada Allah, iaitu supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah, iaitu supaya beribadat hanya kepada Allah, iaitu supaya mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah. Ingat, solaat bukanlah ibadat, tetapi amal ibadat, begitu juga dengan puasa dan haji. Dan fahamilah, beribadatlah kepada Allah, hanya kepada Allah, tetapi beramal-ibadatlah kerana Allah. Mengenai sembah, perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Dan abdi sama ertinya dengan hamba. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Luruslah.