Bagaimana untuk masuk Islam? Dengan mengucap "kalimah Syahadah", ataukah dengan menyembah hanya Allah dan "aslim" kepada Allah? Dan siapakah yang ada ilmu masuk Islam, dengan kata lain, siapakah yang betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim? Fikir, Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Betul atau tidak? Kalau betul, maka? Sila selidik. Fikirkan secara rasional. Dan jujurlah. Jangan main sangka, usahkan main yakin. Ketahui ejaan "Muslim" dan "aslim" di dalam bahasa Arab, dan fahamilah bahawa Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka seseorang perlulah "aslim" (kepada Allah) untuk menjadi Muslim. Setuju? Dan berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun dan bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah, Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Pendek kata, masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap 2 atau berapapun "kalimah Syahadah". Bohong besar dan ajaran sesat adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan sedarlah bahawa ulama Sunnah Wal Jamaah bukanlah mereka yang ada ilmu masuk Islam: Dengan kata lain, ajaran mereka mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim adalah salah.
Sesungguhnya, masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. "Aslim" adalah menyerah, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan "rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. Fahamilah bahawa "sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Kesimpulannya atau pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, maka menyembah Allah adalah dengan menghambakan diri kepada Allah. Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi fahamilah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Maka? Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Adakah bukti untuk mengatakan bahawa menyembah bukanlah menghambakan diri ataupun mempertuankan? Janganlah bohong atau putar-belit atau mengada-ngada, usahkan sombong atau angkuh terhadap Allah. Suka atau tidak, kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai pemilik dan sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan berlandaskan surah an-Nas, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas". Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. "Rob" (tuan) dan "malik" (raja) dan "ilah" (tuhan) adalah 3 kategori pemerintah. Dan erti tuhan bukanlah pencipta, juga bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai (oleh siapapun).
Erti tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai, maka adakah tuhan, sebenar tuhan selain Allah? Dengan kata lain, adakah pemerintah yang tidak dikuasai selain Allah? Kalau tidak, maka? Sesungguhnya, benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah", iaitu "bukan tuhan kecuali Allah". Fahami bahawa "tidak" atau "bukan" di dalam bahasa Arab adalah "laa". Dan walaupun disembah dan sangat berkuasa, Firaun bukanlah tuhan kerana dia sebenarnya bukanlah pemerintah yang tidak dikuasai. Firaun yakin atau percaya atau menyangka bahawa dia adalah "sovereign ruler" atau pemerintah yang tidak dikuasai, tetapi sebenarnya Allah berkuasa ke atasnya. Allahu akbar. Allah, hanya Allah adalah yang patut disembah. Allah, hanya Allah adalah yang patut dipertuankan dan yang patut diperajakan. Dan melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan mentauhidkan Allah. Sesungguhnya, mentauhidkan Allah atau bersetia kepada Allah bukanlah dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah. Sesungguhnya, yang menyembah selain Allah adalah yang shirik (syirik) atau curang terhadap Allah. Dan Mushrik (Musyrik), iaitu yang shirik atau curang terhadap Allah adalah najis, menurut ayat 28 di surah Taubah (Quran 9:28). Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Taatlah kepada Allah. Dan setialah kepada Allah: Dengan kata lain, sembahlah Allah, hanya Allah, janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Sedarlah bahawa yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Dan yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah adalah yang shirik dan biadab, sangat biadab terhadap Allah. Awas, jangan kena tipu atau silap mengenai shirik. Dan janganlah kena tipu atau silap mengenai bagaimana untuk mentauhidkan Allah. Fahami ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah kalau tidak mahu terpesong atau silap mengenai erti hadis dan sunnah. Fahami ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah kalau tidak mahu dipesongkan atau ditipu oleh pengikut "Hadis sahih". Dan ingat, kebenaran dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut dipercaya atau diterima, tidak seperti ijmak ulama dan fatwa dan "Hadis sahih".
Fahami bahawa selain bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah, sedarlah juga bahawa yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah adalah Mushrik, najis, tidak suci, usahkan mulia. Dan menyembah Allah, hanya Allah adalah lebih penting berbanding segala ilmu dan harta-benda yang engkau ada. Sila fikir, apakah jawapan Nabi Muhammad atau Nabi Sulaiman kalau kita bertanya, "Siapakah tuan kita, dan siapakah raja kita?" Tidakkah jawapannya adalah "Allah"? Munasabahlah. Dan berlandaskan ayat 56 di surah Zariyat (Quran 51:56), tujuan Allah mencipta kita adalah untuk atau supaya menyembahNya. Fikirkan dan fahamilah. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah tidak patut ditolak, walau apa pun. Bukanlah Muslim, serta bukanlah sebenar pengikut Nabi Muhammad adalah pengikut "ajaran sesat Syahadah", lebih-lebih lagi mereka yang memperajakan atau mempertuankan Nabi Muhammad. Dan yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin. Masuk Islam adalah sama erti atau maknanya dengan menjadi Muslim. Ingat, sebenar Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, maka bukanlah yang mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan sebenar Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka terhadap Allah. Maka, siapakah yang engkau sebenarnya sembah? Siapakah yang engkau pertuankan dan perajakan? Dan adakah engkau "aslim" kepada Allah?
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir
@ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Bilakah Berlakunya Malam Jumaat?
- https://bit.ly/33ZsrZs
•••••
Antara Muslim Dan Kafir @
"Hadis Sahih" Dan Al Quran Tidaklah Sehaluan
- https://bit.ly/3zOAofU
•••••
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"
- https://bit.ly/34Sfrmd