Fahami bahawa 2+2=4 adalah logik, iaitu sesuatu yang munasabah, tetapi "yang bercanggah dengan ulama adalah sesat" adalah sangkaan, bukan kebenaran, dan bukan ilmu. Tidak berguru bukanlah bermakna bergurukan syaitan. Dan "Hadis sahih" bukanlah karangan Nabi Muhammad, maka "Hadis sahih" sebenarnya bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Bercanggah dengan ulama bukanlah bermakna sesat atau salah atau terpesong. Sebenarnya, yang sesat atau salah atau terpesong adalah ulama dan siapapun yang bercanggah atau tidak sehaluan dengan ajaran Allah atau kebenaran. Dan masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap 2 atau berapapun "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Kenapa? Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun dan bahagian pertama pada ayat 5 di surah Fatihah, dan fahami bahawa Muslim = yang "aslim". Dan mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat pertama di surah Munafiqun.
Fahami bahawa "tidak betul" bermakna tidak tahu. Dan ulama yang tidak betul mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim sangatlah tidak patut untuk dianggap sebagai ulama Islam. Ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan ulama bukanlah bermakna yang tahu mengenai apa pun mengenai agama Islam. Yang sebenarnya tidak betul adalah yang sebenarnya tidak tahu mengenai hal terbabit. Dan pendek kata, yang mementingkan kebenaran akan masuk Syurga, sedangkan yang mementingkan marwah (maruah) akan masuk Neraka. Mengenai syahadah atau "ash-hadu", adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" atau bahawa "Muhammadar rasulullah"? Fikir, bolehkah engkau "bersaksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah, kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan emak dan bapa engkau bernikah? Dan Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka apakah susulan itu? Pendek kata, janganlah kena tipu atau silap mengenai masuk Islam atau mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Janganlah kena tipu atau silap mengenai erti sembah dan hadis dan sunnah. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Mengenai hadis dan sunnah, fahami ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah kalau tidak mahu terpesong atau silap mengenai erti hadis dan sunnah. Dan fahami ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah kalau tidak mahu dipesongkan atau ditipu oleh pengikut "Hadis sahih". Ingat, kebenaran dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut dipercaya atau diterima, tidak seperti ijmak ulama dan fatwa dan "Hadis sahih". Dan al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tidak seperti "Hadis sahih" dan ulama mazhab. Mengenai "tadabbur" atau menggunakan akal sendiri, fahami Quran 4:82 dan 38:29 dan 47:24. Dan mengenai menyangka atau bahawa menyangka adalah atau boleh menyesatkan, fahami Quran 6:116.
Sangkaan janganlah disamakan dengan logik atau dengan kemunasabahan. Menyangka bukanlah mengetahui. Dan yang hafaz atau hafal bukanlah bermakna yang faham, usahkan beriman atau percaya. Sesungguhnya, tidak berguru bukanlah bermakna bergurukan syaitan. Tersalah kitab dan tersalah guru adalah menyesatkan atau boleh menyesatkan. Dan sangat benar adalah bahawa yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, berbanding yang berguru. Kalau ingin tahu, maka kaji atau selidik atau fikirkanlah secara rasional dan jujur. Janganlah main yakin, ataupun main sangka. Dan marwah patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, bukan patut ditolak, tidak seperti "Hadis sahih" dan ijmak ulama dan fatwa. Dan Muslim bukanlah pendusta atau pembohong, usahkan pelampau. Awas, semakin engkau tidak tahu fakta dan ajaran Allah yang ada di dalam al Quran, maka engkau semakin mudah untuk disesatkan atau dipesongkan. Tersalah kitab dan tersalah guru adalah seperti bergurukan syaitan. Dan awas, syaitan mampu untuk menghias kejahatan dan kebodohan. Ingat, sangat penting adalah akal dan kejujuran serta kebaikan hati untuk mendapat kefahaman sebenar dan hidayah dari Allah. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya, termasuk jin dan manusia. Dan Allah adalah pemerintah mutlak Syurga dan Neraka.
•••••
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan
- https://bit.ly/3ok8qVg
•••••
Sebenar Muslim, Dan Jangan Kena Tipu Atau Silap
Mengenai Masuk Islam Dan Sembah Dan Erti Tuhan
- https://bit.ly/3GGQYAw
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
The True Meaning Of Worship, And Regarding
Fake Muslims And The Enemies Of Islam
- https://bit.ly/3657r1o
•••••
The Meaning Of God @ What Is "God"
And So, Who Is Truly A God?
- https://bit.ly/39jS2x8