Adakah perkataan "kaum" berasal dari bahasa Arab? Adakah "kaum" sama ertinya dengan "qaum"? Apapun, fahami Quran 49:13 dan 51:56. Dan janganlah selamba mengaku Muslim kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Sebenarnya, tidakkah ada rasis di kalangan orang Melayu yang mengaku pengikut Nabi Muhammad, atau mengaku beragama Islam? Dan tidakkah ramai adalah bilangan Melayu rasis di Malaysia terutama dari parti UMNO dan parti PAS? Sebenarnya, apa itu rasis? "Rasis" di dalam bahasa English adalah "racist". Dan "racist" adalah seseorang yang "prejudice against or antagonistic towards people on the basis of their racial or ethnic group". Pendek kata, rasis adalah sama ertinya dengan orang perkauman. Dan rasis adalah seseorang yang membenci atau prejudis terhadap kaum atau ethnik lain. Aku adalah pro-Islam dan anti-perkauman, tidak seperti orang UMNO dan orang PAS. Dan 2 ciri utama Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah yang kepadaNya kita dikembalikan.
Fikir, patutkah kita membenci seseorang atau memandang rendah kepada seseorang kerana kaumnya? Tidakkah Allah adalah yang menjadikannya? Janganlah sombong atau syok sendiri. Perkauman bercanggah dengan agama Islam di samping bercanggah dengan keadilan. Dan fahami bahawa agama Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, pencipta manusia, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Allah adalah pencipta semua manusia. Dan menurut Quran 51:56, Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. Allah adalah pencipta kita. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan "raja manusia" di dalam bahasa Arab adalah "malikin-nas". Maka? Bayangkan bahawa Allah adalah pencipta kita. Bayangkan bahawa Allah adalah tuan kita. Dan bayangkan bahawa Allah adalah raja kita. Bukalah minda. Fahami dan terimalah fakta. Dan mengenai "hak istimewa", apakah agaknya komen atau pandangan Nabi Muhammad mengenai "hak istimewa orang Melayu atau Bumiputera"? Ingat, Nabi Muhammad adalah seorang yang berbangsa Arab. Lebih penting, apakah ajaran Allah mengenai kaum dan mengenai manusia yang terbaik atau mulia? Ingat, Nabi Muhammad adalah hamba Allah. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Dan "malikin-nas" = "raja manusia".
Benar, tuan dan raja Nabi Muhammad adalah Allah, hanya Allah. Ikutlah ajaran Allah kalau inginkan pahala atau balasan yang baik dari Allah. Dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Sedarlah bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Menyembah selain Allah adalah biadab, sangat biadab terhadap Allah. Dan menyembah selain Allah adalah shirik (syirik). Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka apakah susulan itu? Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Sedarlah. Fahami Quran 1:5 dan 109:1-3 lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, bukan yang mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, bukan yang sombong terhadap Allah, usahkan derhaka terhadap Allah. Janganlah sombong atau megah berlandaskan kaum atau bangsa. Disiplinkanlah diri. Dan jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Mati, ingatlah mati. Dan kepada Allah kita dikembalikan untuk pembalasan. Janganlah seronok atau untung jangka pendek, tetapi merana atau rugi jangka panjang. Dan jagalah diri dan ahli keluarga dari api Neraka. Hmm, adakah ulama atau ustaz yang mengajar bahawa Islam adalah agama perkauman, atau bahawa Muslim atau orang Islam adalah orang perkauman, atau bahawa orang perkauman adalah Muslim atau orang Islam? Awas, ulama Hadis dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Yang tidak betul mengenai erti sembah dan mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim sangatlah tidak patut untuk dianggap sebagai ulama Islam. Dan Allah menyuruh supaya tadabbur, iaitu memikirkan secara mendalam.
Tidak semua kebenaran mudah untuk difahami dan diterima. Dan syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Kalau nak tahu, maka kaji atau selidik, bukan sangka. Kebenaran dan ajaran Allah tidak patut ditolak. Dan Muslim yang sebenar bukanlah pro-perkauman, usahkan pro-perhambaan. Agama Islam yang sebenar bukanlah agama perkauman, juga bukan agama perhambaan. Dan perhambaan, begitu juga shirik, bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan. Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Allah, hanya Allah adalah yang berhak disembah. Dan kita berhak merdeka. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan erti tuhan bukanlah pencipta ataupun sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Adakah pemerintah yang tidak dikuasai selain Allah? Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Dan ingat, kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Sebenar Muslim, Dan Jangan Kena Tipu Atau Silap Mengenai Masuk Islam Dan Sembah Dan Erti Tuhan
- https://bit.ly/3GGQYAw
•••••
Antara DAP Dan Islam @ Jangan Silap Mengenai Islam
- https://bit.ly/3Brvzcw
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka
Dan Kesetiaan Kepada Allah
- https://bit.ly/3iLU3GD
•••••
Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu
- https://bit.ly/2SR9JhI