Sunday, April 17, 2022

Munafiq Atau Muslim Palsu @ Jangan Kena Tipu Atau Silap Mengenai Syahadah Dan Sunnah


Adakah kita sama? Imam atau kitab ikutan aku adalah al Quran, maka adakah kita sama? Aku bukanlah pengikut mazhab, maka adakah kita sama? Dan aku adalah atau boleh dianggap sebagai seorang ahli fikir dan pengkaji Islam, maka adakah kita sama? Apapun, siapakah Munafiq atau Muslim palsu? Jawapan: Mereka yang mengucap "kalimah Syahadah". Tak percaya? Sila selidik. Bukalah minda. Dan fahami beberapa fakta dan ajaran Allah, termasuk hakikat bahawa Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah). Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka engkau perlulah "aslim" (kepada Allah) untuk menjadi Muslim. "Aslim" bukanlah "tawakkal". Dan ulama yang salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, di samping tidak patut bergelar ulama Islam. 
       Jangan main sangka, usahkan main yakin. Janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Janganlah sombong atau mengada-ada. Kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, walau apa pun. Dan kalau engkau tidak menyaksikan, maka engkau tidak boleh "bersaksi" atau "bear witness". Sebenarnya, adakah engkau menyaksikan emak dan bapa engkau bernikah? Dan di manakah engkau semasa Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasulullah? Fahamilah bahawa kalau engkau tidak menyaksikan emak dan bapa engkau bernikah, maka engkau tidaklah boleh "bersaksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah. Dan benar adalah bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, tetapi kalau engkau tidak menyaksikan Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasulullah, maka engkau tidaklah boleh "bersaksi" atau "bear witness" bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Masuk akal? Hmm, apakah sebenarnya "bersaksi"? Dan tidakkah "aku menyaksikan" adalah "ash-hadu" di dalam bahasa Arab? Apapun, "bersaksi" tidaklah sama ertinya dengan memperakui. "Bersaksi" tidaklah sama ertinya dengan mempercayai. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, sila "tadabbur" atau fahami ayat pertama di surah Munafiqun (Quran 63:1). Ingat atau fahamilah bahawa Muslim bukanlah seseorang yang mengucap "kalimah Syahadah". Sesungguhnya, Muslim bukanlah seseorang yang mengucap "kalimah Syahadah", tetapi seseorang yang menyembah Allah, hanya Allah dan yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Awas, jangan silap mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Dan janganlah kena tipu atau silap atau keliru mengenai erti sembah dan "aslim" dan syahadah dan sunnah. 
      Fahami ajaran Allah mengenai syahadah. Dan fahami ajaran Allah mengenai sunnah kalau tidak mahu kena tipu atau silap mengenai sunnah. Pendek kata, bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan bohong atau tidak benar adalah bahawa "Sunnah" adalah kata-kata atau perbuatan Nabi Muhammad. Adakah engkau beragamakan Islam kalau sebenarnya tidak ada mazhab di dalam agama Islam ciptaan Allah? Dan adakah bukti untuk mengatakan bahawa pengarang al Quran tidak mungkin Allah, atau bahawa pencipta kita adalah selain Allah? Munasabahlah. Ingat, selain kerja bodoh atau kerja mudah, menyangka adalah menyesatkan, tidak seperti mengkaji dan memikirkan. Yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, berbanding yang berguru. Dan kalau inginkan balasan yang baik dari Allah, maka ikutlah ajaran Allah, di samping menyembah hanya Allah, tidak memperajakan atau mempertuankan selain Allah. Kita adalah hamba Allah. Kita patut taat serta setia kepada Allah. Dan hamba bukanlah yang berhak untuk mendapat upah. 
••••• 
Sebenar Muslim, Dan Jangan Kena Tipu Atau Silap Mengenai 
Masuk Islam Dan Sembah Dan Erti Tuhan 
- https://bit.ly/3GGQYAw 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir @ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o