Thursday, February 4, 2010

Pengertian Sembah, Dan Disiplin, Dan Ilmu

Erti menyembah adalah menghambakan diri;
dan kalau ada hamba, maka mestilah ada tuan:
oleh itu, apakah makna menyembah atau menghambakan diri;
tidakkah benar bahawa menyembah dan menghambakan diri bermakna
mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan;
dan tidakkah benar bahawa Allah adalah
rob-binnas, juga malikin-nas, bukan sekadar ilah?
Siapakah tuanmu; siapakah rajamu; siapakah tuhanmu:
adakah jawapan engkau sama saja
dengan jawapan Muhammad, rasulullah;
dan adakah Allah, si pencipta, atau adakah Iblis, penderhaka,
adalah yang suka kepada jawapan atau sikapmu itu?
Disiplinkanlah diri; dan perbaikilah isi hati:
terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar;
ikutlah akal, bukan marwah, bukan nafsu, dan bukan perasaan;
dan engkau bukanlah muslim kalau Allah bukanlah yang engkau sembah.
Bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah;
sembahyang dan solat tidaklah sama ertinya,
begitu juga dengan rob dan ilah;
dan menyembah Allah, apatah lagi masuk Islam,
bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap,
selain dengan pengetahuan dan kerelaan diri.
Kaji-selidiklah al Quran, kalamullah, dan ikutlah wahyu;
tak reti bahasa dan kejahilan boleh amat merugikan, serta membahayakan,
apatah lagi sombong dan membuta percaya dan sembrono yakin:
fikirlah; siasatlah; jujurlah; munasabahlah;
jadilah orang akal; jadilah orang ilmiah; dan jadilah
orang wajar.

Takrif Dan Sikap Dan Ilmu Dan Aqidah

Gentleman betul, ataukah gentleman perasan:
apakah sebenar erti gentleman; dan apakah sebenar erti guru,
dan sembahyang, dan tuhan, dan muslim, dan kafir?
Gentle lidah bukanlah bermakna lembut hati;
yang mementingkan syahwat dan perhiasan duniawi
tidaklah sama dengan yang mementingkan kesucian serta keadilan;
dan ketahuilah sebenar ajaran Allah, Dia, tuan seluruh Alam,
Dia, pemberi cinta dan hidayah,
Dia, pengarang dan pengajar al Quran:
fikirlah; siasatlah; jujurlah; munasabahlah;
janganlah tak reti bahasa; janganlah percaya ikut suka;
dan janganlah menjadi mangsa ulama derhaka.
Tidakkah engkau sesat,
bahkan maha biadab, bahkan maha bodoh,
kalau engkau curang terhadap Allah,
Dia, rob-binnas, Dia, malikin-nas, Dia
yang bukanlah sekadar ilah;
dan apakah solat, atau amal ibadat selainnya,
kalau Allah bukanlah yang sebenarnya engkau sembah?
Hmm, betapa ramainya penyesat bertauliah dan pejuang perasan;
betapa ramainya muslim palsu yang adalah kafir tak sedar diri;
dan betapa banyaknya amalan yang sebenarnya sia-sia.
Kepada “tok guru” dan ulama yang bercanggah dengan aku:
adakah engkau sanggup, atau bahkan amat berani untuk mubahalah,
atau adakah engkau yakin bahawa mengaku hebat sambil makan tahi
adalah yang berfaedah untukmu?