Gentleman betul, ataukah gentleman perasan:
apakah sebenar erti gentleman; dan apakah sebenar erti guru,
dan sembahyang, dan tuhan, dan muslim, dan kafir?
Gentle lidah bukanlah bermakna lembut hati;
yang mementingkan syahwat dan perhiasan duniawi
tidaklah sama dengan yang mementingkan kesucian serta keadilan;
dan ketahuilah sebenar ajaran Allah, Dia, tuan seluruh Alam,
Dia, pemberi cinta dan hidayah,
Dia, pengarang dan pengajar al Quran:
fikirlah; siasatlah; jujurlah; munasabahlah;
janganlah tak reti bahasa; janganlah percaya ikut suka;
dan janganlah menjadi mangsa ulama derhaka.
Tidakkah engkau sesat,
bahkan maha biadab, bahkan maha bodoh,
kalau engkau curang terhadap Allah,
Dia, rob-binnas, Dia, malikin-nas, Dia
yang bukanlah sekadar ilah;
dan apakah solat, atau amal ibadat selainnya,
kalau Allah bukanlah yang sebenarnya engkau sembah?
Hmm, betapa ramainya penyesat bertauliah dan pejuang perasan;
betapa ramainya muslim palsu yang adalah kafir tak sedar diri;
dan betapa banyaknya amalan yang sebenarnya sia-sia.
Kepada “tok guru” dan ulama yang bercanggah dengan aku:
adakah engkau sanggup, atau bahkan amat berani untuk mubahalah,
atau adakah engkau yakin bahawa mengaku hebat sambil makan tahi
adalah yang berfaedah untukmu?