Ahad, 8 April 2012

Ustaz Dan Melayu Jahiliah, Dan Kebenaran Asas, Dan Menilai Diri

Kalaupun tidak sezalim ataupun sebangang ataupun sebuta Abu Jahal, ulama dan ustaz Melayu umumnya adalah sesat, bukan dari golongan yang diselamatkan oleh Allah, bukan dari golongan yang mendapat hidayah Allah: kalau sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, maka apakah; tidakkah menyesatkan; dan tidakkah biadab? Sedarlah, sebenar kepercayaan atau juga ajaran pengikut, apatah lagi kepercayaan dan ajaran sahabat kepada Muhammad, rasulullah, apatah lagi kepercayaan dan ajaran Muhammad, rasulullah, adalah sepertimana yang dinyatakan dalam al Quran, kalamullah, bukan sesuatu yang bercanggahan; sebenar pengikut, apatah lagi sahabat kepada Muhammad, rasulullah, apatah lagi Muhammad, rasulullah, adalah yang menyanjung-agungkan serta mempertuan-rajakan Allah, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, Dia yang tetap tuhan walaupun tidak disembah; dan muslim, sebenar muslim, apatah lagi mukmin dan muttaqin, apatah lagi rasulullah, adalah yang menyembah Allah serta menyerah diri kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia.
       Kepada ulama dan ustaz yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun rob dengan tuhan, ataupun aiman dengan abdi; dan kepada ulama dan ustaz yang percaya bahawa memperajakan ataupun mempertuankan Muhammad atau Isa atau manusia selainnya tidaklah shirik menurut Islam, sebenar Islam, atau bahawa mushrik tidaklah najis: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku; atau adakah engkau lebih sanggup makan tahi sambil yakin betul? Janganlah tertipu; janganlah terpedaya; dan janganlah tercemar: penting-beratkanlah kebenaran dan keadilan, juga kejujuran, bukan kebendaan duniawi, bukan syahwat, juga bukan marwah; kaji-selidik atau tadabburlah al Quran, kalamullah, dengan jujur dan munasabah, serta ikutlah wahyu, yakni kata-kata ataupun ajaran Allah; dan fahamkan dan ingatlah, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah, Dia yang berkuasa serta akbar berbanding semua, Dia yang tidak memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Kalau hidayah pun tak layak dapat, maka apakah: adakah layak masuk Syurga? Janganlah tertipu; janganlah terpedaya; dan janganlah tercemar: jadilah orang akal dan orang ilmiah dan orang wajar; percaya membuta, apatah lagi yakin saja, adalah kerja bodoh, pastinya bukan untuk kesempurnaan iman ataupun akal; dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah ajaran untuk menyesatkan, juga ajaran untuk membutakan, juga ajaran untuk memperbodohkan, pastinya ia bukanlah ajaran Allah, Dia yang maha mulia.
       Kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan erti menyembah adalah menghambakan diri, oleh itu, menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah; maka, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, atau kalau engkau sekadar mempertuhankan Allah, maka bukanlah engkau penyembah Allah, usahkan orang Islam; dan sedarlah, masuk Islam bukanlah sebenarnya dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan menyembah Allah serta dengan menyerah diri kepada Allah, iaitu dengan pengetahuan serta sikap: fahamkanlah, kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, oleh itu, menghambakan diri mestilah bermakna mempertuankan; kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, oleh itu, takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya; dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan, juga sebagai raja, ke atas setiap ciptaanNya sedangkan Dia adalah yang paling berkuasa. Sedarlah, semestinya orang Islam, apatah lagi mukmin dan muttaqin, apatah lagi rasulullah, adalah menyembah Allah, tetapi sedarlah juga bahawa menyembah Allah bermakna mempertuankan Allah, bukan bermakna mempertuhankan Allah; sedarlah, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah; dan tidaklah Islam itu indah ataupun suatu rahmat, apatah lagi sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya; namun, kefahaman dan kesedaran, apatah lagi hidayah Allah, apatah lagi SyurgaNya, bukanlah untuk semua. Tercapaikah akalmu? Baikkah hatimu?
       Siapakah engkau pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terwajar, Dia, pengarang dan yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran; dan siapakah dia yang engkau pergurukan, ataupun percayakan, ataupun hormat ataupun sayang: baikkah hubungan dengan Allah; wajarkah sikap ataupun layanan terhadap Allah? Sekadar mempertuhankan Allah bermakna tidak menyembah Allah, maka bukanlah orang Islam, usahkan mukmin; dan yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun rob dengan tuhan, adalah sombong ataupun tak reti bahasa, atau bahkan najis, sepatutnya tidak diambil sebagai guru ugama Islam. Akal dan syafaat dan najis dan hadis dan sunnah dan ulama dan kafir dan kejayaan: tahukah engkau semua ajaran Allah mengenainya; dan dalam hal apakah pengikut Hadis tidak bercanggah dengan al Quran walau sedikitpun? Sedarlah, semakin tidak tahu ajaran yang terkandung dalam al Quran, maka semakin mudahlah dipesong-sesatkan. Suka atau tidak, Allah adalah yang akbar, maka yang penting, dan sepatutnya dipentingkan berbanding yang lain, adalah pandangan dan penilaian Allah; Allah adalah yang akbar, maka yang penting, dan sepatutnya dipentingkan berbanding yang lain, adalah hukum dan ajaran Allah; dan Allah adalah yang akbar, maka yang penting, dan sepatutnya dipentingkan berbanding yang lain, adalah hubungan dengan Allah, terutamanya sikap dan layanan terhadap Allah: jujurlah; munasabahlah; sedarlah; hayatilah. Dan suka atau tidak, Allah tidaklah memerlukan, namun Neraka sedia menanti. 
» Renungkanlah Juga « 
Muhammad, rasulullah, adalah seorang yang menyanjung-agungkan serta mempertuan-rajakan Allah: adakah engkau juga begitu, bukan seorang yang sekadar mempertuhankan Allah? Muhammad, rasulullah, adalah seorang yang mengikut wahyu, dan yang berpandukan al Quran, kalamullah: adakah, atau betulkah engkau menerima-pakai ajaran Allah, termasuk mengenai hadis dan sunnah dan najis dan ulama? Dan bagaimanakah Nabi Muhammad, ataupun Nabi Ibrahim, masuk Islam: adakah dengan mengucap dua kalimah syahadah; dan adakah dengan mengucap dua kalimah syahadah, atau suatu cakap, lalu engkau menjadi seorang yang betul menyembah Allah? Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi melakukan solat; sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku orang Islam; dan sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi dipanggil ustaz, atau diambil sebagai imam, atau bahkan disangka pewaris Nabi: hmm, jahilnya Melayu; dan teruknya ustaz; dan betapa berjayanya syaitan.