Thursday, January 21, 2021

Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim


Apakah akibatnya kalau tidak betul mengenai masuk Islam dan sembah? Tidakkah menjadi Munafiq atau Muslim palsu? Dan tidakkah sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain? Fahami beberapa fakta. Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan menjadi Muslim, maka sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadamu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Tidak sejajar dengan marwah? Kebenaran patut diterima, bukan patut ditolak. Disiplinkanlah diri. Dan tidakkah yang putar-belit atau tidak jujur memang patut disesatkan atau dibiarkan sesat? Allah bukanlah yang memerlukan. Dan syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. 
       Berguru tidaklah salah, begitu juga berkitab, tetapi janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak berfikir secara jujur dan rasional. Dan mengenai tadabbur atau menggunakan akal sendiri, fahami Quran 4:82 dan 38:29 dan 47:24. Antara kebenaran atau fakta yang perlu difahami dan diambil-kira adalah bahawa Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), dan bahawa Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Mengenai menyerah diri atau "aslim", serta mengenai Nabi Ibrahim dan Muslim, sila fahami Quran 2:126-132 dan 3:67. Dan perkataan Arab untuk "menyerah" dan "Muslim" adalah perkataan yang mengandungi "sin-laam-mim". Mengenai menyembah Allah atau beribadat, fahami Quran 1:5 dan 109:1-3 serta 51:56. Dan perkataan Arab untuk "sembah" dan "hamba" adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal", maka? Pendek kata, menyembah = menghambakan diri. Dan sebenarnya, abdi = hamba. Abdi = hamba, maka? Menyembah adalah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Maka? Sedarlah bahawa menyembah, iaitu menghambakan diri bermakna mempertuankan. Dan ingat atau sedarlah bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Sebenarnya, "rob" (rabb) = tuan, sedangkan "ilah" = tuhan. Di dalam bahasa English, "rob" (rabb) = "lord", bukan "god". Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai. 
       Sesungguhnya, bohong dan ajaran sesat adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan kalau engkau tidak menyaksikan, maka? Emak dan bapa engkau bernikah, tetapi adakah atau patutkah engkau mengaku menyaksikan, atau "bersaksi", atau "naik saksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jujurlah. Dan munasabahlah. Dan Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Setuju? Melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan mentauhidkan Allah. Dan berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun, yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Kalau engkau sebenarnya menyembah selain Allah, maka engkau bohong atau membuat pengakuan palsu semasa mengucap ayat 5, surah Fatihah. Dan kalau engkau sebenarnya menyembah selain Allah, maka engkau adalah Mushrik, Kafir, bukan Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Syahadah Dan Munafiq @ 
Jangan Silap Mengenai Masuk Islam 
- https://bit.ly/33YDb8k 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU