Monday, September 4, 2017
Sesat Atau “Fening” Atau Bodoh: Aku, Ataukah Engkau Atau Si Ustaz?
Suka atau tidak, tidakkah benar bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya? Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka siapakah tuan kita? Luruslah. Jujurlah. Dan sepatutnya, tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, termasuk kita? Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 jenis pemerintah atau 3 kategori pemerintah. Pernahkah engkau melihat atau mendengar ungkapan “Tuan di Hilir” atau “Ampun Tuanku” atau “Tuan hamba”? Dan sedarlah, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, adalah sama ertinya dengan tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hmm, Nabi Muhammad pun pernah dituduh gila. Kenapakah agaknya? Mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Dan gara-gara ajaran sesat Syahadah, betapa ramai yang Kafir atau sesat, tetapi mengaku Muslim. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam, iaitu menjadi Muslim? Dan hakikatnya, apakah erti Muslim, iaitu yang “aslim”, maka apakah susulan itu? Tercapaikah akalmu, atau adakah engkau sedang buta ataupun mabuk gara-gara marwah? Janganlah bohong, ataupun memutar-belit. Terimalah hakikat, jangan sombong. Dan solaat bukanlah ibadat, tetapi amal-ibadat.