Apakah yang penting atau lebih penting? Antara pakaian dan kejujuran, apakah yang penting atau lebih penting? Dan antara melakukan solaat dan menyembah Allah, hanya Allah, apakah yang penting atau lebih tinggi nilainya? Fahamilah bahawa Muslim bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta ataupun pembohong, serta bukanlah yang salah mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan Muslim bukanlah yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Biar tempang kaki, tapi tidak tempang akal. Dan biar cacat anggota, tapi tidak cacat sikap ataupun perangai. Ketahuilah ajaran Allah. Jangan tidak berpegang kepada ajaran Allah mengenai akal atau ulama atau najis atau hadis atau sunnah atau syafaat. Dan jangan takut untuk memikirkan. Apabila menghukum atau menilai atau mengajar, patutlah mengambil-kira ajaran atau pandangan Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terwajar, Dia, pencipta Islam dan pengarang al Quran, Dia, pemerintah Syurga dan Neraka. Dan ingatlah mati.
Seseorang bertanya, apakah pakaian Islam? Hmm. Aku bukan ingin bergurau, tetapi yang memerlukan pakaian adalah Muslim dan manusia, bukan Islam. Muslim dan Islam tidaklah sama ertinya. Pakaian dan nama Arab bukan bermakna pakaian dan nama Muslim. Dan menutup aurat bukanlah pakaian, tetapi cara berpakaian. Apakah cara berpakaian menurut Islam? Ambil-tahu ajaran pencipta Islam, iaitu Allah, berbanding ajaran Muhammad, hamba Allah, dan ajaran Ibrahim, kekasih Allah. Kalau ingin berpakaian menurut Islam, iaitu agama ciptaan Allah, maka ketahui serta amalkan ajaran Allah mengenai pakaian. Dan faham atau sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, juga Mushrik, najis, walaupun menutup aurat dan melakukan solaat serta tidak minum arak. Maka? Luruslah. Munasabahlah. Dan jadilah hamba Allah yang setia, tidak menyembah selain Dia, iaitu tidak mempertuankan selain Dia, usahkan memperajakan selain Dia. Allahu akbar. Mengenai sembah, perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan.