Hmm, menyaksikan ditukar kepada bersaksi, atau kepada memperakui. Dan “bear witness” ditukar kepada “testify” ataupun “declare”. Dan “rob” (rabb) diterjemahkan kepada tuhan. Dan solaat (solat) diterjemahkan kepada sembahyang. Hmm, betapa ramai yang melampau, atau sesat, atau terpesong, akibat terjemahan atau erti atau tafsir yang salah atau mengelirukan. Dan malangnya, ulama Hadis diterima sebagai ulama Islam. Sila sedar atau fikirkanlah. Samakah yang mengaji dengan yang mengkaji, atau hafal dengan faham? Tidak. Fahamilah, yang mengucap 2 kalimah Syahadah adalah Munafiq atau Muslim palsu. Munafiq: Tidakkah Melayu Munafiq lebih banyak bohong atau salahnya berbanding Arab Munafiq? Adakah Arab Munafiq menyamakan solaat dengan sembahyang? Adakah Arab Munafiq menyamakan “rob” dengan tuhan, iaitu “ilah”, iaitu “god”? Dan adakah Arab Munafiq mengatakan bahawa solaat adalah ibadat? Awas, jangan tersalah kitab ataupun guru, ataupun ikutan, ataupun pengertian, usahkan takut untuk memikirkan dengan jujur serta dengan munasabah. Dan Allah tidak memberi hidayah, usahkan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta, maka pentingkanlah keadilan dan kewajaran dan kebenaran serta kejujuran.
“Rob” patut diterjemahkan kepada tuan, bukan kepada tuhan, iaitu bukan kepada “ilah”. “Rob” bukan “ilah”. “Ilah” adalah “tuhan” di dalam bahasa Malaysia, iaitu “god” di dalam bahasa English. Dan “rob” adalah “tuan”, iaitu “lord” di dalam bahasa English. Sedarlah, kalau engkau tidak menyaksikan, maka engkau bohong kalau mengucap “ash-hadu”. Dan kalau engkau salah atau jahil mengenai erti tuhan, maka “laa-ilaha-illallah” tidaklah engkau betul percaya. Apakah sepatutnya hak Allah ke atas kita, ciptaanNya, sedangkan Dia adalah yang paling berkuasa? Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita. Dan benar, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan kita patut setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, lebih-lebih lagi kepada yang berhak sebagai raja kita, iaitu Allah. Awas, jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan tauhid dan kemerdekaan dan perhambaan dan najis, usahkan silap mengenai masuk Islam. Menyembah hanya Allah, adalah tauhid, yakni mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah. Dan lawan kepada tauhid ialah shirik (syirik).
Antara solaat dan tauhid, yang manakah penting untuk dijaga, atau lebih wajar dijaga? Jawapan: Tauhid, bukan solaat. Dan apakah yang membezakan Muslim dari Kafir, menurut atau berlandaskan al Quran: Adakah solaat, atau adakah sembahan? Jawapan: Sembahan, bukan solaat. Sedarlah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut atau berpandukan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan fahamilah, sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah. Sesungguhnya, menyembah selain Allah, iaitu memperajakan selain Allah ataupun mempertuankan selain Allah, adalah shirik, tetapi apakah yang dikatakan shirik oleh ulama atau imam atau ustaz? Bagaimana pula dengan tauhid dan najis? Janganlah tertipu atau menyangka saja. Sedarlah, kita sangat wajib setia kepada Allah, Dia yang berhak sebagai tuan dan raja kita. Dan awas, solaat bukan sembahyang, juga bukanlah penyembahan, tetapi solaat adalah amal ibadat. Fahamilah, bahawa ejaan solaat ialah “sod-lam-alif-ta”, tetapi sembah di dalam bahasa Arab ialah “ain-ba-dal”. Maka? Solaat dan sembahyang tidaklah sama. Ketahuilah, “ain-ba-dal-ta” ialah ibadat. Dan ibadat, bukan solaat, adalah yang sama ertinya dengan penyembahan. Kalaupun penyembahan, iaitu ibadat, adalah sama ertinya dengan sembahyang, namun solaat tidaklah wajar diterjemahkan kepada sembahyang. Dan janganlah sembah hyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah, Dia, pencipta kita, Dia yang terlalu berkuasa, Dia, pemerintah mutlak Syurga serta Neraka.
Sila tahu, jangan sekadar menyangka, usahkan membuta yakin. Sila fahami bukti atau penjelasan. Dan sila wajar atau munasabah, bukan ikut orang, bukan ikut suka. Terjemahan atau erti yang salah, dan ajaran sesat Syahadah: Tidakkah itu hasil kerja atau dakyah Munafiq, bukan Yahudi? Apapun, kaji atau fikirlah. Hadapi serta terimalah hakikat atau yang benar, walaupun ianya sangat menakutkan dan apa pun. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Kita sepatutnya jujur dan lurus, bukan sebaliknya. Kita patut mementingkan isi hati berbanding penampilan. Dan apa pun kesalahan bukanlah alasan yang wajar untuk menidakkan ataupun memperlekeh kebenaran. Kebenaran, iaitu fakta atau hakikat, adalah sesuatu yang patut diterima, walaupun yang menyampaikan adalah orang asing atau apa pun. Dan ingatlah, apa pun keburukan atau kekurangan si penyampai bukanlah “lesen” untuk menolak kebenaran yang dia sampaikan. Hmm, kalau engkau yakin atau rasa bahawa ajaran atau pendapat aku adalah salah, maka sila buktikan. Bolehkah? Wajarlah, kalaupun aku berdosa atau bersalah, namun ajaran atau pendapat aku yang benar tidaklah patut ditolak. Hakikat, atau fakta, atau sesuatu yang benar, begitu juga keadilan, lebih-lebih lagi ajaran Allah, sepatutnya diperjuangkan atau dipertahankan, bukan sepatutnya diketepikan. Kezaliman, begitu juga kepalsuan, tidaklah patut dibiarkan saja. Dan ayuh, mari kita menjadi tangan keadilan, atau suara kebenaran, bersama kesetiaan kepada Allah.
Jangan lupa, atau sila sedar, Allah adalah pencipta kita semua. Orang asing atau apa pun, kita semua adalah milik Allah, Dia, pemilik Bumi serta Langit. Dan perjuangkanlah, bahawa Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita. Jangan sombong terhadap Allah, Dia yang paling berkuasa, Dia yang paling mulia, Dia yang maha tahu. Dan ingat, kita semua dikembalikan kepada Allah untuk perkiraan dan pembalasan. Janganlah mati kecuali di dalam Islam, iaitu sebagai Muslim, sebenar Muslim. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami erti sembah serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah hanya Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah, dan bahawa Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah. Suka atau tidak, siapakah tuan kita, raja kita, tuhan kita? Apakah jawapan Rasulullah, tetapi apakah ajaran ulama atau imam atau ustaz? Takutlah kepada Allah. Dan sila faham, bahawa berdisiplin dan sopan, apatah lagi berakal dan matang, bukanlah mengikut marwah dan suka hati, tetapi mengikut hakikat dan kewajaran.