Thursday, October 3, 2013
Ilmu Dan Akal Dan Guru
Yang manakah lebih sesuai untuk diajar: adakah si pengembala; atau adakah si lembu yang percayakan si pengembala? Janganlah bagaikan binatang ternakan ataupun kakaktua. Dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh. Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, apatah lagi tersalah kitab dan tersalah guru serta buruk sikap, boleh amat merosakkan serta membawa ke Neraka. Kaji-selidik ataupun tadabburlah al Quran dengan jujur serta dengan rasional; dan ikutlah wahyu, termasuklah ataupun terutamanya kata-kata ataupun ajaran Allah mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan kafir dan tadabbur dan fikir dan akal dan hidayah. Yang tahu, betul tahu, adalah yang faham ataupun sedar, betul faham ataupun sedar, bukan atau berbanding yang hafaz ataupun ingat. Dan mengkaji-selidik ataupun mentadabbur adalah lebih baik berbanding mengaji ataupun berguru. Sedarlah, yang sebenarnya tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, begitulah juga yang tidak menyerah diri kepada Allah. Yang betul orang Islam adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, bukan yang memperajakan selain Allah, juga bukan yang mempertuankan selain Allah, serta bukanlah yang angkuh terhadap Allah. Dan yang sebenarnya tidak menyembah Allah, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, bukanlah yang patut mengajarkan agama Islam, juga bukanlah yang patut diambil sebagai imam, di samping adalah yang membohong semasa melakukan solat. Janganlah tersalah kitab, ataupun tersalah guru, ataupun buruk sikap. Yang sepatutnya dianggap bergurukan syaitan ataupun bagaikan bergurukan syaitan adalah yang tersalah kitab ataupun tersalah guru, bukan yang tidak berguru, usahkan yang mentadabbur, usahkan yang mengkaji-selidik. Dan ingatlah, hidayah bukanlah untuk pelampau, juga bukanlah untuk pendusta. Bayangkanlah; fikir-fikirkanlah; dan insaflah.