Setakat manakah kewajaran dan kebaikan UMNO ataupun PAS, ataupun sesebuah pertubuhan ataupun kumpulan? Dan kalau tak sembah Allah, maka tinggikah nilainya, atau apakah akibatnya? Ringkas kata, kalaupun digabungkan, tetaplah remeh ataupun tidak penting adalah usaha Najib dan Mahathir dan Harussani dan Muhyiddin dan Nik Aziz dan Hadi Awang dan Mat Sabu dan Anwar Ibrahim, berbanding usaha menyedarkan Melayu bahawa mereka sebenarnya tidaklah menyembah Allah, maka mereka sebenarnya bukanlah orang Islam. Dan kalaupun tidak membawa ke Neraka, tetaplah remeh adalah perjuangan dan usaha ramai Melayu, juga perjuangan dan usaha ramai manusia lain, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan perjuangan mentauhidkan Allah, ataupun dengan usaha mengajak Melayu serta manusia lain supaya menyembah Allah, hanya Allah, yakni supaya mempertuan-rajakan Allah, hanya Allah, serta supaya menyerah diri kepadaNya. Menyembah Allah dan bersetia kepada Allah adalah yang penting dan tersangatlah tinggi nilainya berbanding semua sikap dan amalan yang boleh dilakukan oleh makhluk. Fahamkan, dan siasat, dan sedarlah. Janganlah tak reti bahasa; janganlah mabuk kemarwahan; dan janganlah sempit pemikiran ataupun singkat pandangan. Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; hakikatnya, kalau ada si hamba, maka mestilah juga ada si tuan; dan sebenarnya, bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: fikir-fikirkanlah; bayangkanlah; dan jujurlah sepenuhnya; janganlah putar-belit ataupun mengada-adakan. Ada otak, sila guna; ada hati, sila rasa; dan sebagaimana syahwat, marwah tidaklah prihatin, juga tidaklah bijak, di samping tidaklah mementingkan kewajaran dan kesucian dan kesetiaan kepada Allah.
Mengaku menyembah Allah, padahal tidak, sebenarnya tidak. Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku diri orang Islam, atau bahkan perasan diri pewaris Nabi ataupun pejuang Islam. Hmm, betapa Melayu bercanggah dengan al Quran yang konon dipercaya; betapa surah Kafirun dan surah an-Nas tidaklah diterima-pakai; dan betapa Melayu melakukan solat adalah sesuatu yang menyeronokkan kepada syaitan. Tercapaikah akalmu; atau adakah sombong sudahpun membutakan atau merencat pemikiran? Sebenarnya, adakah kebenaran dan keadilan dan akal adalah yang engkau pentingkan, bukan ataupun berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi? Dan sebenarnya, adakah atau betulkah engkau menyembah Allah? Allahu akbar, namun siapakah yang dikatakan agung, atau bahkan dipertuan-agungkan? Allahu akbar, namun hukum ataupun ajaran ataupun keredhoan siapakah yang dipentingkan? Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu? Sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan: maka, adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka ataupun redho? Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; siapakah yang engkau anggap agung; siapakah yang engkau sanjung-agungkan: apakah jawapan dari Muhammad, rasulullah; maka, adakah jawapan engkau sama saja, tidak satupun berbeza?
Renungilah surah Kafirun dan surah an-Nas; dan tadabbur atau kajilah al Quran, kitab wahyu, kalamullah: fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional; dan terimalah yang benar atau yang munasabah, walaupun menyakitkan. Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh; dan seseorang yang sekadar mempertuhankan Allah tidaklah menyembah Allah, maka adalah membohong ketika melakukan solat. Sedarlah, menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan; semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; dan sedarlah, bahawa surah Kafirun adalah bercanggahan dengan ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam ataupun menjadi muslim adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Hmm, betapa Hadis yang dikatakan sahih sebenarnya tidaklah sejajar dengan al Quran ataupun dengan kewajaran, maka tidaklah patut diikutkan.
Tidaklah Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah; sebenarnya, tidaklah Arab, juga tidaklah Melayu dan Israel, istimewa berbanding kaum lain; dan sedarlah, bahawa yang menyamakan solat dengan sembahyang adalah berbohong ataupun tak reti bahasa, atau bahkan juga adalah najis serta sesat, sangat sesat. Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah: maka, apakah sebenarnya erti najis? Ketahuilah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah, tidak setia kepada Allah. Dan ketahuilah, serta berjuang ataupun bertindaklah sejajar dengan, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, satu-satunya yang wajar disanjung-agungkan, Dia, satu-satunya yang wajar dipertuankan, juga diperajakan, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Kemerdekaan adalah hak asasi setiap manusia, walau apapun bangsa dan jantina dan ugama dan tempat lahirnya, kerana ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa: redho atau tidak, kemuliaan Allah, juga kedudukan Allah dalam politik, tidaklah bergantung kepada kehendak siapapun makhlukNya; dan rela atau tidak, Allah tetaplah berhak serta berkuasa sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hakikatnya, tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, iaitu supaya menyembahNya; sesungguhnya, tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan fikirkan dan sedarlah, tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.
Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan serta perajakanlah Allah, hanya Allah; dan menyerahlah kepada Allah, tidak angkuh, usahkan derhaka terhadap Allah. Semua manusia adalah makhluk Allah, yakni ciptaan Allah; dan semua manusia adalah hamba kepunyaan Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia, pencipta Islam dan pengarang al Quran, Dia yang tetap mulia serta akbar walaupun tidak disembah. Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, yakni bersetia kepada Allah; dan menyembah Allah, hanya Allah, adalah lebih penting berbanding semua solat dan perjuangan dan amal ibadat dan usaha, pendek kata. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri: amalkanlah; dan perjuangkanlah. Sedarlah, bahawa yang sedang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah bukanlah yang sedang berada dalam Islam, juga bukanlah yang sudah selamat, serta bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sedang sesat dan melampau, serta sedang tercemar, kotor akibat dosa. Suka atau tidak, Allah tidaklah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kesesatan, juga kebodohan. Ringkas kata, penting-beratkanlah kebenaran dan keadilan, juga kesucian dan kejujuran; kuasai ataupun kawallah nafsu, juga marwah; dan disiplinkanlah diri: kepada Allah kita dikembalikan; jagalah diri dari api Neraka. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan tin kosong, bukan binatang ternakan, usahkan barua syaitan. Adil dan jujur adalah sikap dan nilai murni terpenting untuk mendapatkan hidayah Allah dan kasihNya. Dan ingatlah, kehidupan di Dunia tidaklah penting kalau dibandingkan dengan kehidupan di Akhirat.