Konon nak pergi be Batu 39 petang tadi, hmm, tapi bukanlah itu yang terjadi. Siapakah si dia sebenar-benarnya: adakah masih perawan; atau adakah sudah menjadi bekas orang, demi marwah, atau juga demi adat, ataupun gara-gara keengganannya untuk berterus-terang dan jujur kepadaku? Dan siapakah si dia yang bagaikan bisu, ataupun macam batu, ataupun macam tunggul kayu? Hmm, manusia apakah yang mementingkan marwah atau juga adat berbanding kejujuran: betulkah orang Islam; atau adakah sebenarnya munafik, haprak tak sedar diri, atau bahkan adalah mushrik, najis, tidak suci usahkan mulia, walaupun sempurna menutup aurat serta nampak khusyuk melakukan solat? Dan ketidak-jujuran, juga diam, boleh melukakan. Siapakah si dia? Siapakah si dia yang, seingat aku, tidaklah pernah memberi salam, juga tidaklah pernah bertanya khabar? Dan siapakah si dia yang, kalau aku tidak tersalah-sangka, hanyalah sudi untuk memberikan isyarat dengan menggunakan beberapa pemuda yang sanggup untuk memandang kepadaku dengan suatu pandangan yang boleh dikatakan ataupun disangkakan bermakna, yakni tidak kosong ataupun bukanlah sekadar memandang? Namun aku adalah orang akal, yakni rasional: bagiku, isyarat ataupun tanda itu, kalaupun wujud, adalah meragukan, tidak jelas, maka ianya boleh dipertikai, atau bahkan boleh diketawakan; dan kalau isyarat ataupun tanda itu adalah dari si dia, maka apakah mahunya?
Si dia sudah berkahwin: itulah yang telah diberitahu oleh dua orang kepadaku; namun, siapakah si dia yang, kalau aku tidak silap, masih menggunakan pemuda itu untuk entah berapa kali memberikan aku suatu isyarat ataupun tanda? Hmm, siapakah si dia; siapakah si dia sebenar-benarnya: adakah khabar mengenai perkahwinannya tidaklah benar; adakah khabar itu hanyalah suatu helah agar aku segera mendapatkannya serta memilikinya sebagai isteri, sedangkan aku dan dia belum pun mesra? Ketidak-jujuran; dan keengganannya untuk berterus-terang; dan ketidak-mesraan: Allah tahu betapa telah terlukanya aku; dan betapa aku telah tidak larat, serta tidak ingin untuk tahu mengenai si dia. Hari berganti minggu, juga berganti bulan. Hmm, sesak di dada, apakah maknanya; dan mengapakah, kalau aku tidak silap, si dia masih memberikan isyarat ataupun tanda yang entah apa mesej yang terkandung?
Berilah salam, atau tanyalah khabar; dan berilah kemesraan; dan berterus-terang serta jujurlah; janganlah macam bisu; janganlah macam batu; dan janganlah macam tunggul kayu: begitulah, ingin aku berpesan. Siapakah yang sudi untuk menyampaikan? Sebenarnya, aku keberatan, masih keberatan untuk menghubunginya secara terus: pastinya, aku tidak mahu kena marah; pastinya, aku tidak mahu dikatakan mengganggu; dan pastinya, aku tidak mahu disakitkan hati; namun, demi kewajaran ataupun kebenaran, aku rela sakit hati; apapun, yang patut dipentingkan adalah kewajaran dan kebenaran, bukan siapapun makhluk. Kalau tak cinta ataupun tak mahu, maka katakan saja, jujur saja: aku sedia mengundur diri; dan janganlah marah ataupun merasa sakit hati kalau aku mendapat seseorang yang lebih baik serta muda sebagai ganti. Fahamkanlah bahawa aku bukanlah orang marwah, maka aku bukanlah seorang yang mudah syok sendiri, juga bukanlah seorang yang mudah ikut suka hati. Aku tidak suka meneka-neka, termasuk atau terutamanya dalam hal cinta; pastinya, aku takut ataupun tidak mahu tersalah-sangka. Dan walaupun sudah tua ataupun jauh lebih berusia, aku juga mempunyai hati dan perasaan: pendek kata, janganlah ikut sedap sendiri saja; janganlah tidak wajar; dan janganlah macam tidak berakal; ada otak, guna; ada hati, rasa.
Cinta: it's complicated; hmm, mungkin melainkan cinta syahwat dan cinta kebendaan? Dan little things mean a lot: beberapa perkara yang biasanya kecil, yakni tidak penting, boleh jadi amat bermakna ataupun sangat penting di suatu keadaan. Terlampau pasif ataupun terlampau malu adalah menyusahkan, atau bahkan menghalang seseorang yang diinginkan dari mahu menghampiri. Ringkas kata, berilah salam, atau tanyalah khabar, dan berilah kemesraan; dan berterus-terang serta jujurlah: itulah antara perkara yang elok atau bahkan sepatutnya telah si dia lakukan. Pendek kata, cara ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap bohjan ataupun orang syahwat, ataupun terhadap ayam jantan ataupun muka tembok, bukanlah cara ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap aku. Berterus-terang, tidak diam saja, tidak berahsia; dan jujur, tidak bohong, tidak berpura-pura: bagaimana lagi agar sesuatu urusan akan menjadi mudah, ataupun supaya sesuatu hubungan boleh menjadi lancar atau bahkan indah? Dan takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga, bahawa perempuan bukanlah perigi, tetapi adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air; oleh itu, takkanlah perigi, yakni lelaki, mencari timba, yakni perempuan: fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional; janganlah mabuk kemarwahan; dan terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar. Hmm, berterus-terang dan jujur mengenai perasaanku kepadanya telah pun aku lakukan; maka, aku, yakni bukan si dia, adalah yang patut dikatakan pihak yang sudah cukup berusaha.
Terlampau pasif, juga terlampau malu, apatah lagi terlampau angkuh, adalah menyusahkan, atau bahkan memustahilkan; dan terlampau pasif, juga terlampau malu, apatah lagi terlampau angkuh, bukanlah bermakna istimewa, juga bukanlah bermakna tinggi martabatnya. Suka atau tidak, adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang hampir kepada taqwa, iaitu sesuatu yang mulia, yakni tinggi martabatnya; dan kesucian adalah sebahagian dari kemuliaan, sebenar kemuliaan. Suka atau tidak, kalau zalim, tidak adil, maka bukanlah bertaqwa kepada Allah; dan kalau tidak suci ataupun kalau tidak bersih, maka tidaklah baik usahkan mulia; namun syaitan adalah mak andam kebodohan dan ketidak-wajaran. Hmm, malu. Malu, begitu juga berani, tidaklah semestinya elok: malu, juga berani, bukanlah hanya sebahagian dari kebaikan, tetapi juga adalah sebahagian dari keburukan; dan malu, juga berani, bukanlah hanya boleh menguntungkan, tetapi juga boleh merugikan. Malu ataupun takut untuk berbohong: itu adalah baik ataupun bersih, tidak jahat, tidak kotor, tidak sepertimana berani berbohong. Dan berani, juga tidak malu, untuk memperjuang-tegakkan keadilan ataupun kebenaran: itu adalah baik atau bahkan mulia, walau seramai manapun muslim palsu mengada-ngada, atau bahkan mengancam, tidak suka, tidak merestui.
Hmm, fahamkah si dia siapa aku? Setakat manakah si dia tahu mengenai sikap ataupun sifat ataupun kepercayaanku? Dan siapakah yang si dia percayakan dalam hal yang membabitkan Allah ataupun Islam ataupun kewajaran: adakah seorang yang sekadar mempertuhankan Allah, maka sebenarnya tidaklah menyembah Allah, maka sebenarnya bukanlah orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin? Sesungguhnya, tidaklah lelaki sama saja, begitulah juga dengan perempuan; tidaklah Melayu sama saja, begitulah juga dengan Cina dan apapun bangsa. Dan tidaklah pelampau, juga tidaklah pendusta, adalah orang Islam yang sebenar; namun hidayah, bahkan sebenar kefahaman, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Alhamdulillah, aku adalah orang akal dan kewajaran, bukan ataupun berbanding orang marwah dan syahwat dan kebendaan; aku menyembah hanya Allah, yakni mempertuankan serta memperajakan hanya Allah, bukan sekadar mempertuhankan Allah; dan aku mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, bukan sekadar berserah kepada Allah: hmm, siapakah yang serasi ataupun sepadan denganku? Hadis dan apapun yang bercanggah dengan al Quran tidaklah patut diterima-pakai; terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya sebagai kebenaran; dan betapa yang mementing-beratkan solat sebenarnya adalah yang menshirikkan Allah, bukan yang mentauhidkan Allah, bukan yang setia kepada Allah.
Hmm, sesak di dada: apakah maknanya? Siapakah yang tahu mengenai percintaan ini, serta sudi pula untuk membantu dalam menyelesaikan, tidak dengki, tidak cemburu, tidak cuba untuk merosakkan? Dan istimewa atau tidak, apakah rancangan Allah sebenarnya, kalau Allah ada suatu rancangan? Keraguan; teragak-agak; aku di dalam teka-teki: apakah perasaannya; apakah mahunya; betulkah, ataupun masihkah si dia cintakan serta mahukan aku? Dan siapakah si dia sekarang, setelah bertahun aku berada di kejauhan: adakah masih dara; adakah masih setia; dan adakah suci atau bahkan mulia? Allah tahu, sungguh tahu. Pendek kata, aku terbuka sebagai kawan, juga sebagai pembimbing, kalaupun tidak sebagai suami. Salam.