Allah betul tahu. Dan Allah lebih tahu. Apapun, lebih baik adalah kalau aku menyangka bahawa aku bukanlah yang dia cinta, usahkan inginkan. Dan lebih baik, atau bahkan memang sepatutnya aku menyangka bahawa dia sudah ada teman lelaki istimewa, iaitu bukan aku. Maka, selamat tinggal, Ain. Dan terimakasih Allah. Kehidupan, apatah lagi usaha menyampaikan kebenaran, sepatutnya diteruskan. Salam. Sakinah hati, ataupun pasangan jiwa: di manakah dia? Adakah untukku di Dunia ini seorang yang suci, atau bahkan mulia? Dan adakah seorang dara untuk menjadi yang pertama buatku? Allah tahu. Dan Allah pun ada kehendak. Percayalah, bahawa main jual mahal, apatah lagi membohong dan tidak berterus-terang, bukanlah cara untuk mendapatkan aku, tetapi ia adalah cara untuk menyebabkan aku melangkah pergi ataupun mendiamkan diri. Dan wahai perempuan, kalau engkau mementingkan kebendaan du
niawi ataupun marwah, berbanding kewajaran, ataupun berbanding kejujuran, lebih-lebih lagi kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, maka sedarlah bahawa aku, ataupun semogalah aku, bukanlah yang sesuai untukmu, walaupun engkau nampak cantik dan menutup aurat, serta mempertuhankan hanya Allah, dan apa-apa lagi.