Khamis, 25 Disember 2014

Alim Dan Ulama Dan Pewaris Nabi: Awas, Jangan Terpedaya

Alim apa?! Alim konon? Alim gelaran? Alim palsu, tipu? Siapakah alim betul, yakni yang betul tahu, tidak tersalah sangka dan tidak tersalah percaya mengenai sembah dan masuk Islam, atau mengenai erti tuhan dan Muslim dan najis? Sila buktikan. Boleh? Sedarlah bahawa alim bukanlah bermakna yang tahu segalanya, ataupun yang betul mengenai segalanya. Sedarlah bahawa alim bukanlah bermakna yang soleh ataupun solehah, bahkan bukanlah bermakna yang mendapat hidayah Allah. Dan ingatlah bahawa alim bukanlah bermakna yang menyembah Allah serta setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. “Rob” bukanlah “ilah” atau tuhan atau “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba, maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Mushrik adalah najis, menurut ajaran Allah, iaitu ayat 28 surah Taubah; maka, apakah pengertian najis yang sebenar, dan bagaimanakah cara mensucikan mushrik, iaitu bukan anjing, juga bukan babi? Sila fahami surah Kafirun, serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam, yakni menjadi orang Islam, bukanlah dengan mengucap kalimah syahadah, tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan aslam, yakni menyerah diri, kepada Allah. Dan mengenai tuhan dan Allah dan Islam: Tidakkah Iblis lebih alim, yakni lebih berilmu, yakni lebih tahu, betul tahu, berbanding siapapun manusia?
    Kaji-selidik atau tadaburlah al Quran dengan jujur serta dengan rasional. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan, serta keinginan. Terjemahan yang betul, apatah lagi pengertian atau alasan yang lebih munasabah, janganlah ditolak. Dan betapa perlu adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan tempat di SyurgaNya. Berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai sembah dan aslam dan kafir dan najis dan akal dan ulama dan hadis dan sunnah. Janganlah tersalah guru, usahkan takut atau tidak mahu untuk berfikir. Dan al Quran, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, juga sumber kebenaran. Sedarlah bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan walau apapun, yang menyembah selain Allah adalah kafir, juga mushrik. Sedarlah, Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dan kebodohan yang bertopengkan Islam. Dan sedarlah bahawa ulama bukanlah bermakna yang jujur serta tidak salah, usahkan bermakna yang wajar serta tidak sesat, walau seramai manapun penyokong dan pengikut mereka. Bukan ulama, tetapi yang betul menyembah Allah dan anti-perhambaan serta taat-setia kepada Allah adalah yang patut dikatakan pewaris Nabi. Dan syaitan, atau barua syaitan yang bergelar ulama atau imam atau guru atau ustaz: Allah cukup tahu, serta lebih alim. Allah adalah pencipta kita; dan hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita: Sedarlah, dan akur serta hayatilah. Dan ingatlah Allah dan mati.