Friday, February 7, 2020

9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya

1. Masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah".
2. Kalimah "laa-ilaha-illallah" adalah kalimah tauhid.
3. Hadis "sahih" adalah kata-kata ataupun ajaran Nabi Muhammad.
4. "Rob" (rabb) adalah sama ertinya dengan tuhan.
5. Bukan Mushrik, tetapi anjing dan babi adalah najis.
6. Solaat adalah sembahyang.
7. Beribadat tidak sama ertinya dengan menyembah.
8. Menyembah selain Allah bukanlah shirik (syirik).
9. Memperajakan atau mempertuankan selain Allah bukanlah menyembah selain Allah, atau bukanlah shirik.
•••••
Apa lagi? "Abdi tidak sama ertinya dengan hamba" juga adalah ajaran sesat atau bohong yang bahaya @ membawa ke Neraka. Awas, mungkin ajaran sesat atau bohong itu nampak kecil, tetapi fikirkanlah kesan atau akibatnya. Ketahuilah, "rob" (rabb) tidaklah sama ertinya dengan tuhan. Yang sama ertinya dengan tuhan adalah "ilah" ataupun "ilahi". "Rob" ialah tuan. Dan "malik" ialah raja. Soalan, apakah "hamba" dan "tuan" dan "raja" dan tuhan" dan "sembah" di dalam bahasa Arab? Jangan putar-belit. Terimalah hakikat. Fahamilah, melakukan solaat bukan bermakna menyembah Allah. Dan sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah. Jangan silap mengenai erti sembah dan Islam dan Muslim dan tauhid. Dan jangan silap mengenai "masuk Islam". Sedarlah, mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah" bukanlah bagaimana untuk mentauhidkan Allah. Dan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim.
       Mentauhidkan Allah adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah. Mentauhidkan Allah adalah dengan menghambakan diri kepada hanya Allah. Dan benar, mentauhidkan Allah adalah dengan mempertuankan Allah, hanya Allah, dan dengan memperajakan Allah, hanya Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik. Sedarlah, memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah shirik. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Sila fikir, siapakah yang Nabi Ibrahim atau Nabi Isa atau Nabi Muhammad pertuankan dan perajakan. Jawapan: Allah, hanya Allah. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah). Maka? Sesungguhnya, Muslim adalah seseorang yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya. Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, tidak mempertuankan selain Allah, tidak memperajakan selain Allah. Dan Muslim adalah yang aslim atau menyerah diri kepada Allah. Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan masuk Islam atau menjadi Muslim, maka hayati atau amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Ikut akal, bukan marwah (maruah). Dan sedarlah, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Tak percaya? Kaji atau selidiklah.
       Mengenai terjemahan ayat al Quran: Awas, ustaz yang mempercayai atau berlandaskan terjemahan yang salah adalah ustaz yang sebenarnya mencanggah atau tidak mempercayai ajaran Allah. Maka? Hmm, macam-macam bohong dan putar-belit dan dolak-dalih. Dan betapa ulama dan ustaz adalah penyesat bertopengkan Islam. Allah tahu. Fikirlah. Jujurlah. Ingat, kebenaran wajib atau patut diterima, tidak patut ditolak, tidak patut dicanggah. Kalau bukan Muslim, maka bukanlah sebenar pengikut siapapun Rasulullah. Dan Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran, juga keadilan serta kejujuran, tidak seperti Munafiq. Suka atau tidak, Allah adalah pencipta manusia, tuan manusia (rob-binnas), raja manusia (malikin-nas), tuhan manusia (ila-hinnas). Suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan suka atau tidak, kepada Allah kita dikembalikan. Perbaikilah diri. Dan ingatlah mati. Terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya atau diterima-pakai. Menyangka bukanlah mengetahui. Dan "percaya saja" adalah kerja bodoh. Bukalah minda. Fahami fakta. Benar, tidak semua mampu untuk faham, betul faham. Dan tidak semua layak untuk mendapat hidayah dari Allah. Allah tidak zalim. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w
•••••
Engkau Dan Aku Dan Agamamu Yang Sebenar
- https://bit.ly/2Qer26K