Monday, February 24, 2020

Janji Dan Ciri Utama Muslim Sebenar

Melanggar perjanjian, atau menyuruh supaya melanggar perjanjian: Itu apa atau siapa? Begitukah cara Nabi Muhammad berpolitik? Begitukah cara Muslim berpolitik? Dan begitukah adab Melayu? Hmm, yang melanggar perjanjian dan yang menyuruh atau berusaha supaya melanggar perjanjian bukanlah Muslim, usahkan "pewaris Nabi". Dan tak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam, atau mengenai erti Islam atau sembah atau tuhan: Begitukah sebenar Muslim atau orang Islam?
     Janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Dan janganlah bohong ataupun berdolak-dalih. Ingat, ajaran Allah dan kebenaran patut diterima, walau apa pun. Bukalah minda. Fahami fakta. Dan janji adalah sesuatu yang wajib atau mesti ditepati. Ingat Allah. Dan ingat mati. Muslim bukanlah pendusta, usahkan pelampau. Dan Munafiq adalah musuh Islam yang tidak nyata, sedangkan syaitan adalah musuh yang nyata. Berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat. Menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan dan memperajakan adalah menyembah. Dan menurut definisi Muslim, Muslim adalah yang "aslim" kepada Allah, maka yang tidak "aslim" kepada Allah bukanlah Muslim.
       Ingat, memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah menyembah selain Allah, dan adalah shirik. Dan Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah, adalah najis, menurut ayat 28, surah Taubah. Fikir, siapakah yang Nabi Muhammad pertuankan dan perajakan? Dan adakah Allah suka kalau engkau mengambil selain Dia sebagai rajamu, ataupun sebagai tuanmu? Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan masuk Islam atau menjadi Muslim, maka amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam".
••••• 
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen 
@ Gaji Buta 
- https://goo.gl/YbvKnA 
••••• 
Jom Tubuhkan Atau Sokong 
"Wajar Bersatu" 
- https://goo.gl/uB3TwV 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong 
Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim 
- https://bit.ly/2H2Y85G 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN