Kalau pasal erti Islam dan sembah,
atau kalau pasal masuk Islam
pun tak betul, maka?
Jangan tertipu: UMNO dan PAS
tidak patut dianggap sebagai parti
yang memperjuangkan Islam.
Islam adalah untuk
penyembahan Allah, hanya Allah,
dan untuk penyerahan diri kepada
Allah, serta untuk kemerdekaan
manusia. Menyembah
ialah menghambakan diri.
Kalau ada hamba ataupun abdi,
maka adalah tuan.
Dan mempertuankan,
apatah lagi memperajakan,
adalah menyembah. Maka?
Sebenarnya, adakah UMNO atau PAS
memperjuangkan bahawa Allah
adalah pencipta kita, tuan kita,
raja kita, tuhan kita?
Siapakah yang mengajak supaya
mempertuankan Allah, hanya Allah?
Dan siapakah yang mengajak supaya
menyerah diri kepada Allah?
•••••
Apakah bukti bahawa erti Islam adalah salaam atau aman ataupun "peace"? Ada? Kalau tidak ada, maka? Dan tidakkah benar bahawa Muslaam ialah yang berada di dalam salaam? Maka?
•••••
Salaam ialah aman atau "peace". Salaam dan Islam tidaklah sama ertinya. Dan erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, sedangkan erti Muslim ialah yang aslim, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka terhadap Allah, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia.
Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Kita patut taat serta setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah, Dia, pencipta Islam, Dia, pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Dan yang tidak betul mengenai erti Islam dan Muslim tidaklah patut dianggap ulama Islam, ataupun pejuang Islam, mahupun Muslim sebenar, begitu juga dengan yang tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan.