Friday, May 4, 2018

Pejuang Islam Sebenar

Siapakah pejuang Islam? Siapakah yang betul memperjuangkan Islam, iaitu agama ciptaan Allah, Dia, pengarang al Quran? Yang pasti, Allah tahu. Apapun, masuk akalkah bahawa ulama ataupun pejuang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Islam? Masuk akalkah bahawa ulama ataupun pejuang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Muslim dan sembah dan tuhan? Dan munasabahkah bahawa ulama ataupun pejuang Islam adalah yang tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Tidak. Tidak. Tidak.
       Fahamilah, bahawa sangat penting adalah betul mengenai erti Islam dan Muslim dan sembah dan tuhan, lebih-lebih lagi mengenai masuk Islam, kalau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim.  Dan kalau dibandingkan dengan orang UMNO dan ulama PAS serta pengikut apa pun mazhab, maka aku adalah pejuang Islam. Fikirkanlah. Fikirkanlah secara jujur dan rasional. Dan Allah adalah penilai terarif. Betulkanlah sikap dan kepercayaan. Untuk mereka yang berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka: Tidakkah yang sesuai adalah temberang dan dampingan syaitan? Hidayah Allah, bahkan kefahaman sebenar bukanlah untuk semua. Allah bukan bodoh. Dan Allah tidak zalim.