Wednesday, May 16, 2018

Sembahan Dan Ulama PAS, Dan Hak Allah

Siapakah sembahan ulama PAS dan penyokong PAS? Adakah, atau betulkah Allah, hanya Allah adalah yang disembah?
•••••
Kepada yang membezakan abdi dari hamba, sila jawab: Apakah "hamba", dan apakah "sembah" di dalam bahasa Arab? Sedari dan terimalah hakikat bahawa perkataan Arab yang sama ertinya dengan hamba, juga dengan sembah, adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal".
•••••
Mengenai sembah, sila fikirkan dan perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan (semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya). Ibadat adalah sama ertinya dengan penyembahan. Dan "ain-ba-dal", bukan "sod-lam-alif-ta", adalah perkataan Arab yang patut atau boleh diterjemahkan kepada sembah ataupun hamba. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, kalau engkau adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan engkau. Dan suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya, sedangkan Dia lebih berkuasa.