Sunday, May 20, 2018

Hak Allah Dan Teras Islam

Apakah hak Allah ke atas manusia, atau apakah kedudukan Allah dalam politik manusia? Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 kategori pemerintah. Selain "rob-binnas" dan "ila-hinnas", Allah adalah "malikin-nas", yakni raja manusia. Dan raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, maka? Raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan, oleh itu, kalau Allah adalah raja manusia, maka tentulah Allah tuan manusia. Betul?
       Sila jawab, siapakah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita? Fikir: Apakah agaknya jawapan Rasulullah? Janganlah berdolak-dalih, usahkan sombong terhadap Allah. Terimalah hakikat bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan sedarlah, bahawa teras Islam atau ciri Islam yang paling utama adalah penyembahan Allah, hanya Allah, dan penyerahan diri kepada Allah, serta kemerdekaan manusia. Merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh siapa pun selain Allah.