Monday, May 28, 2018

Elokkah Beriman Kepada Ulama, Atau Menjadi Pengikut Ulama?

Siapakah pengikut ulama yang mencanggah al Quran mengenai najis atau hadis atau sunnah ataupun syahadah? Siapakah pengikut ulama yang salah mengenai erti Islam ataupun sembah? Dan lebih teruk, siapakah pengikut ulama yang salah mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Alhamdulillah, bukan aku. Bagaimana dengan engkau atau si ustaz atau seseorang yang engkau hormat ataupun sayang? Pendek kata, yang manakah patut diikut: Adakah ajaran Allah, atau adakah ulama? Fahamilah, hanya Allah adalah pencipta Islam. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
       Janganlah bohong ataupun berdolak-dalih. Disiplinkanlah diri. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan serta keinginan. Terimalah hakikat atau kebenaran, walau siapa pun yang menyampaikannya. Janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Dan ingat, tidak semua layak untuk mendapat hidayah dari Allah, bahkan tidak semua mampu untuk faham, betul faham. Ketahuilah, bahawa ulama ada macam-macam. Dan ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam, terutama mereka yang salah mengenai masuk Islam ataupun mengenai erti Islam. Berpeganglah pada hakikat serta ajaran Allah. Dan sedarlah, al Quran tidaklah sehaluan dengan "Hadis sahih". Rujuklah al Quran. Dan mengenai najis, fahami ayat 28 di surah Taubah. Ayat al Quran janganlah sekadar dibaca. Tadabbur. Fikirkan. Fahamkan. Ambil-tahu ajaran Allah, dan jadikanlah pegangan.
       Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 di surah Taubah, tetapi ulama atau ustaz manakah yang betul percaya? Mushrik adalah najis menurut ajaran Allah, tetapi apakah ajaran ulama atau guru engkau mengenai najis: Adakah sama, atau adakah berbeza? Hmm, betapa ramai ulama yang patut dianggap ulama temberang, atau bahkan patut dianggap barua murahan syaitan. Dan betapa banyaknya solaat yang sia-sia, atau bahkan membawa ke Neraka. Ingat atau sedarlah, semakin engkau tidak tahu ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, maka engkau semakin mudah untuk dipesong-sesatkan oleh pengikut Hadis. Dan pendek kata, yang mengkaji adalah yang tahu atau yang lebih faham, berbanding yang berguru.
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar @ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP
•••••
Kafir, Menurut Al Quran
https://goo.gl/8oW1ZD
•••••
Mukmin, Shafaat, Dan Ulama
https://goo.gl/uEdSPW
•••••
Shirik Dan Tauhid, Dan Muslaam Dan Menjadi Munafiq
https://goo.gl/vo884A