Awas, terjemahan atau pengertian yang salah boleh menyesatkan. Dan betapa ramai adalah ulama dan ustaz yang mencanggah al Quran mengenai najis. Ketahuilah, "amal ibadat" ialah "act of worship" di dalam bahasa English. Dan sembah ialah "worship", bukan "prayer".
Amal ialah perbuatan atau kerja. Dan ibadat (ibadah) ialah penyembahan. Amal ibadat ialah perbuatan atau kerja yang ada kaitannya dengan penyembahan (ibadat). Dan solaat bukanlah ibadat, tetapi ia adalah amal ibadat, sebagaimana puasa dan haji. Sedarlah, solaat tidak sama ertinya dengan sembahyang. Dan janganlah sembah hyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah.
Di dalam bahasa Arab, sembah, juga hamba, adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Fahamilah. Sesungguhnya, menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Dan "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas" patut diterjemahkan kepada tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Sesungguhnya, Allah berhak sebagai tuan, juga berhak sebagai raja, ke atas setiap manusia ciptaanNya. "An-nas" ialah manusia. Dan "ilah", bukan "rob", adalah yang sama ertinya dengan tuhan.
Di dalam bahasa English, "rob" ialah "lord", iaitu tuan, bukan "god", bukan tuhan. Dan "malik" ialah "king", iaitu raja. Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 jenis pemerintah, atau 3 kategori pemerintah. Dan ingat atau fahamilah, bahawa mereka yang menyamakan "rob" dengan tuhan sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, usahkan patut dianggap ulama Islam. Siapakah Allah? Apakah kaitan kita dengan Allah? Sedar bahkan perjuangkanlah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Setialah kepada Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Allah, hanya Allah adalah yang patut kita sembah. Dan benar, menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah.
Awas, sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan, kalau Allah sebenarnya tidak engkau sembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah. Pertuankanlah Allah, hanya Allah. Dan perajakanlah Allah, hanya Allah. Jangan silap ataupun tertipu mengenai sembah. Janganlah bohong semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah. Dan mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya.
Kafir, yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan benar, yang menyembah selain Allah bahkan adalah Mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah. Wahai Kafir Mushrik, hanya Allah adalah yang aku sembah, yakni hanya kepada Allah aku menghambakan diri, yakni hanya Allah adalah yang aku pertuankan, perajakan. Allahu akbar.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN